Grilled Butter Chicken Katsu Henshin Kini Di The Chicken Rice Shop

Grilled Butter Chicken Katsu Henshin Kini Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum semua.. Bila tengok anime selalu dengar mereka sebut Hensinnn. Sebelum ni sis tak tau pun apa maksudnya tapi rupanya ia bermaksud Transformasi. Wahh, patut la watak-watak anime bila berubah je dari manusia menjadi adiwira akan sebut macam tu. Malah sekarang The Chicken Rice Shop (TCRS) pun dah terjebak dengan trend ni..


Ingat tak dengan menu kegemaran ramai Grilled Butter Chicken di TCRS?? Ha, menu yang telah diperkenalkan 15 tahun yang lalu kini didatangkan kembali tau. Seperti watak anime yang berubah kepada adiwira, menu ini juga berubah dengan citarasa baru yang pasti memikat selera. Diperbaharui dengan serbuk roti katsu, nama yang diberi adalah Grilled Butter Chicken Katsu Henshin. Hidangan baharu ini lebih rangup, lebih berperisa, dan pasti memenuhi citarasa para pelanggan dan ia tersedia dalam tiga set hidangan yang berbeza untuk dinikmati semua. Empuk lagi enak, Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ini merupakan kombinasi terbaik antara isi ayam dan tepung roti katsu yang disempurnakan lagi dengan salutan sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah yang pasti menawan hati rakyat Malaysia.


Tak boleh tahan tengok asyik lalu lalang je di social media sis pun apalagi harus la merasai sendiri keenakan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin ni. Kali ni sis ajak sekali kawan-kawan sis dan kami memesan Combo C untuk 4 orang. Meriah kan tapi lebih meriah bila kami memesan juga air Passion Henshin. Bila kedua-duanya bergabung, memang mantap, sedap, dan menyegarkan. Serius u guys kena cuba menu ni tau. Hidangan istimewa ini boleh didapati dari cawangan TCRS seluruh negara mulai 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023.


Ternyata TCRS sentiasa memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Berpegang teguh pada slogan ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka dengan memastikan mereka dapat menikmati pengalaman pemakanan yang luar biasa. TCRS berharap untuk mengakhiri tahun ini sejajar dengan kelazatan menu ayam lazat berkrim mereka dan mereka juga bertekad untuk meraih momentum yang positif menjelang tahun 2023. 


Dengar kata masa pelancaran menu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin tempoh hari, pemain Cosplay tempatan turut memeriahkan lagi suasana di TCRS, IOI City Mall dengan mengejutkan pelanggan dengan menghidangkan Grilled Butter Chicken Katsu Henshin sempena meraikan pelancaran makanan kegemaran orang ramai ini yang kini kembali dengan resipi yang istimewa. Wahh.. untung la siapa dapat berjumpa dengan mereka. 


Selain menjamu pelanggan dengan hidangan yang pasti akan menawan hati keluarga dan rakan-rakan mereka, TCRS juga akan mengadakan Cabaran #GBCKatsuHenshin di platform media sosial mereka di mana peminat berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di outlet TCRS terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang Grilled Butter Chicken Katsu Henshin dan Cabaran #GBCKatsuHenshin, sila layari 



Post a Comment

0 Comments