Miliki Kediaman Di Tiara Sendayan Pembangunan Terlaris Dari Matrix Concepts

Miliki Kediaman Di Tiara Sendayan Pembangunan Terlaris Dari Matrix Concepts | Assalamualaikum semua.. Setiap orang pasti mengimpikan untuk memiliki rumah kediaman sendiri kan. Tambahan pula bila kewangan dah stabil dan juga memiliki keluarga sendiri. Tentu lebih selesa jika tinggal di rumah sendiri kan. Tak kurang juga ada yang mempunyai rezeki lebih dengan membeli rumah untuk dijadikan aset. Tak kisah la yang mana satu tapi bila ingin membeli rumah, perkara paling penting adalah memilih kediaman yang selesa dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Betul tak?


Pernah dengar mengenai Tiara Sendayan?? Ha, tahu tak bahawa Tiara Sendayan merupakan projek perumahan yang mencatat jualan tinggi malah menjadi pembangunan terlaris oleh Matrix Concepts dengan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun kerana sambutan yang menggalakkan. Wah, hebat kan. Ayuh kita tengok antara faktor-faktor mengapa kita patut memilih perumahan Tiara Sendayan sebagai kediaman idaman. 


Lokasi Yang Strategik Dengan Aksesabiliti Yang Mudah


Bila berhasrat membeli rumah, pastinya perkara pertama yang dilihat adalah lokasi. Betul tak? Terletak di dalam kawasan Malaysia Vision Valley (MVV) yang merupakan lanjutan dari pembangunan koridor Kuala Lumpur di Negeri Sembilan pasti membuatkan Tiara Sendayan sebagai lokasi strategik di Barat Seremban. Aksesabiliti ke Tiara Sendayan juga mudah kerana ada laluan akses dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan juga KLIA Linkage.

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa Tiara Sendayan juga dikelilingi pembangunan utama oleh Sime Darby Property, Seri Pajam Development dan TH Properties dan bila dihitung dengan jaraknya yang berdekatan dengan KLIA, Tiara Sendayan pasti menjanjikan nilai dan potensi pembangunan yang hebat.

Maka tak hairan la perumahan yang terdiri daripada 14 presint rumah berangkai dan daripada 4,101 unit yang ada sebanyak lebih 2,188 unit telah berjaya diserah kunci kepada pemilik penduduk Tiara Sendayan.



Persekitaran Yang Selesa Untuk Aktiviti Riadah


Kediaman impian bukan sahaja berkaitan dengan rumah malah merangkumi kepada kawasan persekitaran yang selesa terutama untuk aktiviti riadah. Di Tiara Sendayan turut disediakan taman riadah yang dikenali sebagai Central Park. Kawasan seluas 12 ekar ini termasuk tasik yang indah dan pelbagai kemudahan kediaman eksklusif, menjanjikan gaya hidup holistik untuk penduduk tempatan.

Di sini juga terdapat kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan termasuklah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gim, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Di samping itu, penduduk boleh menggunakan 'Hive Lawn' yang luas untuk aktiviti mesra keluarga seperti berkelah atau menerbangkan layang-layang. Terdapat juga kawasan taman permainan yang menawarkan ruang yang menarik dan selamat untuk kanak-kanak dan kanak-kanak bermain.

Tidak jauh dari Tiara Sendayan juga terdapat beberapa lokasi yang sesuai untuk beridah bersama keluarga seperti Kelab Desa d’Tempat, kelab desa berorientasikan keluarga terbesar & X-Park Sendayan yang merupakan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan dengan 34 ekar tarikan menarik, acara ruang dan kemudahan sukan lasak terletak hanya 7km jauhnya.



Kemudahan Tempat Makan Dan Keperluan Runcit


Memiliki rumah yang cantik dan selesa tak jauh dari kedai-kedai pun susah juga kan. Takkan la hari-hari kena keluar jauh semata-mata nak beli bawang kan. Ha, tipikal orang perempuan macam ni la. Kalau boleh nak rumah dekat dengan kedai runcit supaya mudah untuk membeli barang keperluan harian.

Di Tiara Sendayan satu hub komersial 2 tingkat yang diberi nama Tiara Biz telah siap dibina dengan 50 unit lot kedai. Lokasinya yang terletak di sepanjang jalan utama dalam Tiara Sendayan membolehkan penduduk di sini mudah untuk keluar bagi mendapatkan keperluan harian. Hub komersil seperti Sendayan Metropark, Suriaman Biz dan Sendayan Merchant Square pula hanya 5km jauhnya.

Selain itu, bazar makanan yang telah siap juga menjadi tumpuan baharu untuk dinikmati oleh penduduk dan pengunjung sarapan pagi atau minum petang. Gerainya menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman untuk dinikmati semua. So, kalau tak sempat masak boleh la makan di sini.
 


Kemudahan Pendidikan dan Masjid 


Selain kemudahan yang telah dinyatakan di atas, ada satu lagi kemudahan yang tak kurang juga penting nya iaitu sekolah. Bagi sis lebih suka jika rumah dekat dengan sekolah sebab anak-anak nak pergi ke sekolah. Di sini ada beberapa sekolah yang berhampiran iaitu SK Sendayan, SMK Bandar Sri Sendayan dan SMK (Felda) Seri Sendayan hanya kurang dari 7KM jauhnya.
Manakala Masjid Sri Sendayan , mercu tanda baharu yang menjadi ikon di Bandar Seri Sendayan, hanyalah 5 minit sahaja memandu dari Tiara Sendayan.

Bila dihitung tolak campur bahagi (amboiii, matematik sangattt) pendek kata jika memiliki kediaman di Tiara Sendayan ni memang berbaloi la. Projek pembangunan dari Matrix Concepts Holdings Berhad memang memenuhi citarasa penduduk yang inginkan kediaman yang selesa dan selamat. Lagipun tak perlu risau kerana Matrix Concepts Holdings Berhad adalah Developer yang bagus malah memperoleh pelbagai anugerah berprestij termasuk :
✔ The Edge Excellence Award 2022 (TEPEA), 
✔ The Edge Billion Ringgit Club 2022, 
✔ The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above), 
✔ TheStar Property Award 2022.


Wah hebat kan.. Ha, bagi yang tengah merancang untuk membeli rumah di sini masih ada peluang kerana Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat baharu dengan harga bermula dari RM538,888. Kediaman ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air dan berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x 70’). Jika ada yang berminat boleh menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web https://tiarasendayan.com.



Post a Comment

8 Comments

  1. Rumah yang selesa dan persekitaran yang bagus dengan pelbagai kemudahan. Best duduk di Tiara Sendayan

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi beli rumah kat tiara sendayan. Sekolah, hospital, shopping semua ada.

    ReplyDelete
  3. Cantik perumahan sini.. tenang dan banyak kemudahan

    ReplyDelete
  4. Menarik sbb lokasi dia di Seremban dan byk fasiliti dekat sekitar. Mmg berbaloi kalau beli buat aset atau utk jadikan kediaman keluarga kan!

    ReplyDelete
  5. Ada rumah besar dan selesa serta ada jirang yang baik-baik pun satu rezeki kan hehehehe

    ReplyDelete
  6. kalau dapat beli satu nie memang syok. suka penempatan kediaman yang macam nie... best sangat!

    ReplyDelete
  7. Tiara Sendayan ni really check all the boxes of my Home Sweet Home concept bah! Love the facilities nearby and truly boleh promote healthy living kat sini kan dengan recreational park yang ada..

    ReplyDelete