Kemeriahan Krismas Di MyTOWNKL Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik | Assalamualaikum semua.. Apabila tiba hujung tahun, pelbagai jenis pokok krismas mula dinyalakan dengan pelbagai lampu yang berkelipan sebagai tanda kemeriahan sambutan hari Krismas tak lama lagi. Tak ketinggalan juga di MyTOWN Shopping Centre Kuala Lumpur (MyTOWNKL) yang turut dihiasi dengan pelbagai dekorasi yang cantik.
Sis sendiri tak ketinggalan untuk datang ke MyTOWNKL dan melihat sendiri pelbagai jenis pokok krismas dan juga hiasan di sini. Memang cantik, dah macam dalam alam fantasi. Siap ada pokok krismas bersaiz 30 kaki tinggi tau yang terletak di Central Town. So, sambil-sambil shopping tu boleh la bergambar di pokok krismas ni.
Ha tahu tak tahun ini, MyTOWNKL siap bekerjasama dengan penyanyi-penulis lagu tempatan yang berbakat iaitu Nick Yungkit atau terkenal sebagai NYK untuk mengarang lagu Krismas yang menarik berentak R&B dan dijadikan lagu tema Krismas tahun ini. Matlamat di sebalik mengarang muzik ini adalah untuk membawa kegembiraan kebersamaan kepada satu dan semua. Penuhi hati kawan dan keluarga dengan kebahagiaan yang tidak berkesudahan menerusi melodi Krismas MyTOWNKL tahun ini yang bertajuk "When Christmas Comes Around featuring NYK"
Masa majlis pelancaran, Pengurus Pusat MyTOWNKL, Mohd Azhan Che Mat berkata :
“Krismas adalah salah satu masa yang paling dinanti-nantikan dalam setahun dan kami menjanjikan satu lagi masa pusingan perayaan yang menaikkan semangat untuk semua. Ini adalah masa yang sesuai untuk meraikan cinta dan mencipta kenangan yang akan kekal selamanya. Ia adalah semua emosi yang digabungkan dan dibungkus bersama untuk menghadiahkan anda orang yang dekat dan disayangi.”
Selain dari hiasan yang menarik, korang juga berpeluang untuk melihat salah satu LED yang terbesar dan paling menakjubkan iaitu Perarakan Krismas di mana penari dengan pelbagai costume yang menarik menari dalam salji. Kita pun boleh join menari sama tau. Ada juga pelbagai aktiviti disediakan untuk pembeli seperti penampilan Santa dan Santarina, Bengkel Krismas oleh Craftomon, dan persembahan koir. Sila rujuk di bawah untuk Jadual aktiviti Krismas.
Oh ya, masa pelancaran tersebut, MyTOWNKL juga turut berbesar hati menyampaikan tiga anugerah khas di bawah kategori Top Sustainable Tenants, Top Tenants’ Support dan Top Sales Award untuk mengiktiraf sokongan tidak berbelah bahagi penyewa yang dihargai terhadap MyTOWNKL.
Top Sustainable Tenants
1. Uniqlo
2. Spotlight
3. Decathlon
4. Kaison
5. Mr. DIY
Top Supportive in Marketing Initiatives
1. Mighty Monster
Top Participation in Reward Programme
1. Urban Juicer
Top Sales (Fashion Category)
1. Uniqlo
2. Decathlon
3. Padini
Top Sales (F&B Category)
1. Kyochon
2. Suki-Ya
Top Sales (Specialty Category)
1. Switch
2. Watson’s
Kemeriahan Krismas tidak bermakna jika tidak berkongsi kegembiraan bersama kan. Jadi, seramai 44 orang kanak-kanak Yayasan Amal Budimas akan diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti makan tengah hari yang lazat, bermain di Outdoor Fun Fair yang disediakan oleh Sonic Park, serta merasai permainan 4D yang paling komprehensif VR di VAR Live dan aktiviti yang menyeronokkan di The Parenthood. Bukan tu sahaja, anak-anak ini juga diberi kejutan membeli-belah di Max Fashion dan Good2U.
Wahh, bestnya.. Ha, untuk pelanggan di MyTOWNKL pula berpeluang untuk mendapatkan barangan Krismas eksklusif seperti Christy Ng Beg Tote Kanvas, Tumbler Percutian MyTOWNKL dan Lencana Pin Krismas yang boleh didapati sebagai penebusan untuk pengguna Aplikasi MyTOWNKL dengan minimum 750 mata dan serta bukan pengguna dengan perbelanjaan minimum RM1,500 (maks. 3 resit gabungan).
Untuk info lanjut mengenai sebarang promosi dan juga aktiviti di MyTOWNKL boleh layari :
Website : https://mytownkl.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mytownkl/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@mytownkl
1 Comments
Memang nampak meriah.
ReplyDelete