Buffet Nook’s Hoppening Lunar New Year Feast Di Aloft Kuala Lumpur Sentral | Assalamualaikum semua.. Yuhuu, tak lama lagi masyarakat cina akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina kan. Bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum dah tentu kita semua juga berasa happy kerana ini menandakan cuti panjang untuk kita juga. yipieee...
Time ni juga pelbagai tempat dah mula mengadakan promosi menu-menu yang enak untuk sambutan tahun baru cina nanti. So, buat penggemar masakan cina, dah plan ke nak makan di mana nanti?? Ha, apa kata sis suggest dekat uols satu tempat makan yang best dan semestinya halal untuk membawa kesayangan makan besar sempena cuti tahun baru cina nanti. Lokasinya adalah di Restoran Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral.
Tahun ni dengan bertemakan Nook’s Hoppening Lunar New Year Feast, buffet di Aloft Kuala Lumpur pasti sedap hasil dari air tangan team Chef Eksekutif Ng dan juga Chef Eksekutif Norhanis. Ha, team chef di AloftKLS ni memang berbakat tau. Tengok la sajian Yee Sang yang menjadi hidangan utama untuk sambutan tahun baru cina ni. Comel kan, siap bentuk arnab lagi.
Huat ah! Sambutan tahun ni pasti lebih bermakna dengan empat jenis Yee Sang di sini. Sebagai bintang tahun ini, jantung pisang merupakan bahan utama untuk Vegan Blossom Yee Sang diikuti dengan sayur bangsawan ais (Ice Plants), lobak merah dan sayur-sayuran jeruk. Selain tu ada juga Shimmering Jellyfish Yee Sang, Bountiful Salmon Yee Sang dan Double Happiness Abalone & Salmon Yee Sang. Bukan tu je tau, dipaparkan di bawah candelier berkilauan yang direka oleh Raymond Puts, tetamu boleh DIY Yee Sang mereka sendiri di kaunter Yee Sang Nook.
Penggemar makanan cina mesti tak sabar nak tau apa menu special kat sini kan. Ha, ni la yang sis nak share ni. Korang pasti terliur dengan hidangan lazat seperti Chinese Roast Chicken yang lembut dan dihidangkan dengan mantou yang rangup. Penggemar itik panggang pula jangan risau, hidangan ni juga ada iaitu Peking Roast Duck, makanan ruji yang popular semasa musim perayaan.
Korang kena try juga menu Wok-baked Black Pepper Crab, Gold & Silver Garlic Steamed Fish with Grated Yam, Wok-fried Prawns in Portuguese Cheese, Wok-friend Pineapple & Capsicum Beef, Claypot Chicken Rice, Double-boiled Sea Coconut & Ginseng broth, Korean Oysters stewed with Tofu dan banyak lagi!
Bufet tidak lengkap tanpa hidangan pemanis mulut dan 'Mu Dan Su' Chef Ng yang enak. Sis paling suka oven-baked pastry shaped like a flower, and filled with lotus paste – and traditional Sweet Potato Nian Gao, pasti membuatkan perut gembira. Pastu kan ada juga adorable rabbit-shaped Golden Rabbit Goji Pudding with Osmanthus Syrup. Ha, yang ni mesti anak-anak suka sebab comel sangat tau.
Selain dari menu-menu di atas, ada juga hidangan citarasa antarabangsa bagi memeriahkan menu sambutan tahun baru cina seperti pasta dan pizza, dan ada juga menu tempatan seperti Sate Ayam & Lembu, Ayam Gulai Lemak Cili, Ikan Siakap Bakar Tomato Confit & Dill Veloute.
Meriahkan semua menu-menu ni. Ha, pasti korang tertanya-tanya berapa harga Bufet Tahun Baru Cina Nook’s Hoppening. Ni harganya :
👉 RM168nett/seorang pada Tahun Baru Malam untuk makan malam (21 Januari)
👉 RM148nett/seorang pada Hari Tahun Baru untuk makan tengah hari (22 Januari)
👉 RM148nett/seorang pada semua tarikh lain; kanak-kanak bawah 12 tahun mendapat diskaun 50%.
*Buffet pada setiap Jumaat - Sabtu dari 27 Januari – 4 Februari 2023.
Ahaa, kalau tak berkesempatan nak makan di restoran boleh je bawa hidangan istimewa dari Nook AloftKLS ni ke rumah. Ada 2 pilihan iaitu :
👉 Rocking Roast Duck set - Cantonese Roast Duck with plum sauce = RM288
👉 Rocking Roast Chicken set - Chinese Roast Chicken with Crispy Mantou and Mongolian Sauce = RM248
* Ketiga-tiga pilihan datang dengan tiga hidangan sampingan iaitu satu nasi, satu hidangan sayur-sayuran dan pencuci mulut. Setiap set memberi makan sehingga lima orang
Hidangan ala carte juga ada seperti :
👉 Seafood Fried Rice (RM108)
👉 War Shu Gai Almond Boneless Chicken (RM138)
👉 Cantonese Roast Duck (RM238)
👉 Golden Pumpkin Taro Pot (RM88)
Jika inginkan hidangan Yee sang sahaja boleh dinikmati secara dine-in atau take away. Harga seperti berikut :
Saiz biasa - harga bermula dari RM88nett
Saiz besar - harga bermula dari RM128nett
*Tempahan mesti dibuat sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal.
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh hubungi pihak AloftKLS di (+603) 2723 1154 atau e-mel kukal.b&f@alofthotels.com.
0 Comments