Nikmati Kehangatan Ayam HOT-AH Menu Baru Di The Chicken Rice Shop

Nikmati Kehangatan Ayam HOT-AH Menu Baru Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum semua... Huat Ah!! Belum terlambat rasanya nak wish Happy Chinese New Year buat rakan-rakan yang berbangsa Cina. Tahun ni Tahun Arnab kan. Hopefully tahun ini membawa lebih keceriaan dan kegembiraan buat semua pembaca blog sis.


Sebut pasal gembira, ha nak share dengan korang pasal satu menu baru di The Chicken Rice Shop. Yeahh, sempena Tahun Baru Cina dan untuk meraikan ketibaan Tahun Arnab dengan penuh keriangan, The Chicken Rice Shop (TCRS) telah memperkenalkan menu baru mereka, Ayam Hot-Ah yang diperkayakan dengan limpahan perisa dan kelazatan yang melambangkan kehangatan perayaan Tahun Baru Cina. Hidangan yang memukau ini pasti memikat citarasa rakyat Malaysia untuk menjamu selera bersama rakan dan keluarga pada waktu perayaan yang bakal tiba.


Ha, dari segi rupa pun dah nampak kehangatan dia ye. Disempurnakan dengan adunan lazat kuah berperisa pedas, dan digandingkan dengan tauhu goreng yang ditaburi daun bawang, hidangan ini pasti akan membuat korang menyuarakan “Hot-Ah”! Sis dah try dah menu ni.. Sedap ke tidak?? Bagi sis memang pedas weiiii tapi sedap. Bila gigit tu rasa nak lagi dan lagi. Untuk menu Ayam Hot-Ah ni, pihak TCRS telah menikmati hidangan baru ini bersendirian atau mahu berkongsi bersama yang tersayang, 


Perasan tak, di TCRS sentiasa menawarkan menu selari dengan perayaan kita di negara ni. Menurut Mr. Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa dalam hampir setiap budaya, makanan yang berbeza mempunyai maksud simbolik yang berbeza. Sebagai contoh, dalam isi rumah kaum Cina, ayam sering dikaitkan dengan kemakmuran dan tuah, so sebab tu hidangan ayam biasa disediakan untuk jamuan makan besar Tahun Baru Cina.

“Selain daripada menyambut ketibaan tahun baharu dengan penuh kegembiraan, TCRS juga ingin mewujudkan ruang di mana anda boleh berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga yang jarang anda temui sambil menikmati setiap suapan hidangan kami. Kami bersedia untuk memenuhi keperluan berbeza setiap pelanggan kami dan dengan menu Ayam Hot-Ah, pelanggan kami pasti terpukau dengan kenikmatan hidangan pedas ini,” 
“Rakyat Malaysia sentiasa teruja menantikan musim perayaan dan bersama-sama meraikan dengan yang tersayang. Sebagaimana frasa Yam Seng sering digunakan oleh pelbagai kaum untuk memeriahkan lagi majlis, kami mendatangkan sesuatu yang berbeza dengan frasa “Hot-Ah” yang berteraskan nilai yang sama, iaitu nilai kepelbagaian. Di samping itu, kami ingin menunjukkan cara yang berbeza untuk meraikan tahun baru ini dengan menghasilkan cabaran jeritan “Hot-Ah” di mana para peminat boleh mencabar satu sama lain untuk menyuarakan “Hot-Ah” yang terpanjang mengikut kreativiti masing-masing,”

~ Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd ~


Ha... alang-alang pergi makan di TCRS untuk menikmati hidangan Ayam Hot-Ah yang pedas dan lazat ni, apa kata join sekali cabaran jeritan ‘Ayam Hot-Ah’ (di mana peserta dijemput untuk menghantar video merekodkan jeritan “Hot-Ah” yang terpanjang dengan cara yang paling kreatif) anjuran TCRS bersempena pelancaran menu baharu ini. Sis dah sahut dah cabaran ni. Korang bila lagi?? Jom la menyertai cabaran menarik ini dan berpeluang memenangi baucar sedapZ TCRS! 


Oh ya. untuk hidangan Ayam Hot-Ah ni boleh didapati di TCRS mulai sekarang sehingga 28 Februari 2023. So apa tunggu lagi... jom ke TCRS dan nikmati Kehangatan Ayam HOT-AH menu baru yang pedas dan sedap di The Chicken Rice Shop. Untuk maklumat lanjut mengenai menu Ayam Hot-Ah dan Cabaran Ayam Hot-Ah, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/  


Post a Comment

1 Comments