Buffet Ramadan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong

Buffet Ramadan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah tahun ini kita kembali berpuasa dengan suasana yang selesa dan bebas semula. Bukan apa, 2 tahun lepas kita berpuasa dalam keadaan yang terkurung di rumah dan sentiasa berwaspada akibat daripada wabak Covid-19. Ketika itu dunia seakan-akan berehat dari kesibukan malah ada yang telah mengakibatkan korban jiwa. Ramai yang kehilangan orang kesayangan.. 


Aishh, sedih pula bila terkenang kembali waktu tu kan. Namun, tahun ini ayuh la kita hayati bulan Ramadan dan syukuri nikmat yang ada. Bila sebut pasal orang kesayangan, bulan Ramadan kali ini apa kata kita raikan momen indah dan eratkan ikatan silaturahim dengan membawa mereka berbuka puasa di luar. Aha, kalau mencari lokasi yang cantik, selesa dengan makanan yang sedap boleh la datang ke Lugar De La Boda, Puchong.


Buffet Ramadhan 2023 di Lugar De La Boda, Puchong


Untuk Ramadhan kali ini, HANANA GROUP SDN BHD akan mengadakan buffet ramadhan kali ke-6 di Lugar De La Boda, Puchong. Pengalaman mereka hampir 20 tahun di dalam bidang ini tak perlu di ragui lagi. Buffet Ramadhan ini bermula dari 26 Mac 2023 sehingga 19 April 2023 dari 6:30 petang hingga 9:30 malam. Antara kemudahan yang disediakan Lugar De La Boda Puchong ialah ruang solat lelaki dan wanita, tandas serta parkir di sekitar Lugar De La Boda Puchong.


Antara menu yang bakal dihidangkan diatas meja buffet ialah Ayam Masak Merah, Ayam Masak Lemak, Daging Paprik, Ikan Goreng Cili Padi, Kupang Goreng Pedas, Lala Masak Halia, Sambal Sotong, Sayur Goreng Campur, Dalca Sayur dan macam-macam lagi. Semua menu ini akan berubah setiap hari. Tidak lupa, menu istimewa dari Hanana Station, Nasi Lemak Ayam Berempah. 




Seterusnya, terdapat 12 stall makanan dan 'Live Cooking' yang korang WAJIB cuba iaitu menu istimewa Hanana Station seperti : 
- LAMB GRILL LIVE - Menghidangkan Kambing Grill Hanana bersama Coleslow dan Sos Black Pepper'
- SPECIAL MENU - Kari Kambing/Sup Kambing + Roti Benggali Bakar
- Mee Kari Chinese Style atau Mee Bandung



Korang juga bakal merasai pelbagai hidangan di stall lain seperti Teppanyaki Counter, Char Kuew Toew, Roti John, Dim Sum, Air Balang 'Night Market Style', ABC Counter dan beberapa menu lain. Selain itu, meja buffet, korang bakal menikmati pencuci mulut seperti Bubur Of The Day, Buah-Buahan Tempatan, Kuih-Muih Melayu, Pelbagai jenis Kek dan beberapa hidangan lain.





Korang boleh dapatkan semua ini dan banyak lagi menu apabila berbuka puasa di buffet ramadan Puchong - Lugar De La Boda pada harga seperti berikut :

Harga Buffet Ramadan 2023 Lugar De La Boda, Puchong
Dewasa (Seorang) - RM79 (Seorang)
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM49 (Seorang)
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM49 (Seorang)

1 Meja (10 Pax) - RM690 


Dengan pembelian minimum 4 pax dalam satu (1) resit, korang berpeluang untuk sertai cabutan bertuah. Hadiah Utama - Motosikal Modenas Kriss dan 10x Barangan Elektrik/Peralatan Dapur untuk dimenangi. Pemenang akan diumumkan pada malam 19 April 2023 di Live TikTok Hanana Station Buffet Ramadhan



Untuk tempahan Buffet Ramadhan Puchong 2023 Di Lugar De La Boda, anda boleh ke link ini (https://buffetramadhanputrajaya.onpay.my/order/form/buffetramadhanselangor2022) atau sila hubungi:
Zuraini - 0163111074
Liana - 016-4318434
Shaidatul - 0166700473
Kak Lin - 0166700752

Alamat :
Lugar De La Boda, Puchong
Persiaran Prima Utama, Taman Puchong,
Lot 65083, Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista, 47100 Puchong,
Selangor.

Website

Facebook

Instagram



Post a Comment

0 Comments