Buffet Ramadan 2023 Di Renaissance Johor Bahru Hotel | Assalamualaikum semua.. Ye, dah tak lama lagi kita akan menyambut Ramadan kan. Selalu sis pergi ke Preview Ramadan di kawasan Lembah Klang kan tapi kali ni special sikit sebab sis ke Johor Bahru. Yeahhh, bagaikan satu rezeki kerana kami berada di Renaissance Johor Bahru Hotel ini untuk merasai sendiri keenakan menu yang bakal ditawarkan pada bulan puasa nanti.
Dengan bertemakan "Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet", Renaissance Johor Bahru Hotel menjemput pengunjung untuk pelbagai pengalaman masakan yang lazat dan unik di Café BLD bermula dari 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023. Untuk tahun ini para chef dan team dari Café BLD akan menyajikan pelbagai pilihan juadah warisan tempatan dan juadah tradisional untuk pengalaman bufet Iftar yang meluas. Tak ketinggalan juga beberapa stesen memasak secara langsung dan interaktif serta pencuci mulut bagi menambah elemen teater kulinari kepada para pengunjung.
Bufet berbuka puasa Sajian Tradisi Ramadan kali ini menampilkan warisan tempatan dan juadah tradisional Melayu, Cina dan India di mana menunya menggunakan pelbagai rempah tradisional segar dan bahan-bahan tempatan untuk memastikan keasliannya. Antara menu yang dinanti-nantikan adalah seperti Dendeng Daging, Asam Pedas Berempah Ekor Sapi, Kambing Masak Kandar, Udang Masak Lemak Nenas, Itik Bakar Masak Lemak Cili Padi, Ikan Sambal Berlado Hijau dan antara banyak lagi masakan tradisional Melayu yang mesti dicuba di atas barisan bufet.
Jangan lupa juga stesen chef yang menjadi kegemaran semua seperti Sate, Kambing Golek, Nasi Beriani, Sup Ekor Daging Merah, Mee Jawa, Laksa Johor, Lemang, Ayam Percik, Ikan Asam Pedas, Mee Goreng Mamak, Roti Canai, Durian Roll, Pasembor dan banyak lagi ada. Pasti meriah bila makan sambil dihiburkan dengan alunan hiburan muzik tradisional secara langsung.
Tak lengkap la makan kalau tak merasai kemanisan pencuci mulut. Walau kenyang macam mana sekali pun pasti tak dapat menghalang godaan pelbagai jenis Kuih Melayu, Serawa Durian, Pengat Pisang, Cendol, aneka kek, tart dan pencuci mulut lain menanti. Untuk anak-anak pastinya stesen ABC dan ais krim menjadi pilihan.
Dah cerita pasal menu, nah sis kongsikan pula harga bagi buffet ramadan 2023 di Renaissance Johor Bahru Hotel untuk rujukan korang :
Harga Buffet Ramadan 2023 Di Renaissance Johor Bahru Hotel
Dewasa - RM188
Kanak-Kanak (Bawah 12 Tahun) - RM94
Kanak-Kanak (Bawah 6 Tahun) - Percuma
Early Bird Promotion
Tarikh Beli: 15 Februari 2023 - 21 Mac 2023
Beli 10 - Percuma 3
Waktu Berbuka Puasa : 23 Mac 2023 - 28 Mac
Tarikh buffet : 23 Mac 2023 sehingga 21 April 2023,
Masa : 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Alamat :
Renaissance Johor Bahru Hotel
2, Jalan Permas 11,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Johor Bahru, Johor
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Renaissance Johor Bahru Hotel sila
WhatsApp : 60177713327
Laman Web Rasmi : Renaissance Johor Bahru Hotel
Facebook : @RenaissanceJohorBahruHotel
Instagram : @renaissancejohorbahru
0 Comments