Buffet Ramadan 2023 Bawah RM100 Di Hotel Royal Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Bawah RM100 Di Hotel Royal Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Entri Buffet Ramadan lagiiii. Ini merupakan lokasi buffet Ramadan ketiga yang sis nak kongsikan dengan korang. Bukan apa, mudah korang nak refer dan buat pilihan untuk berbuka puasa bersama kesayangan di bulan ramadan nanti. Ok, lokasi kali ini adalah di Hotel Royal Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.


Betul ke harga buffet ramadan di hotel ni di bawah RM100?? Ahaa, betul wakkk.. Macam tak percaya kan sebab lokasi dia dah la di Bukit Bintang, betul-betul sebelah Lot 10 plak tu. So, kalau korang datang shopping masa bulan puasa nanti boleh la mai berbuka puasa kat sini. Tapi jangan lupa booking dulu tau. Takut penuh pulak.. hehe


Tahun ni tema Buffet Ramadan di Hotel Royal Kuala Lumpur adalah "Citarasa Desa" di mana di sini terkenal dengan sajian makanan yang menepati citarasa masyarakat Malaysia. Terdapat lebih kurang 150 sajian tradisi hasil air tangan dari Executive chef Mohd Hafif bin Mohd Saleh dan teamnya yang membuatkan kita teringat kampung halaman. 


Antara menu yang menarik pada kali ini adalah appetizer (Pembuka Selera) seperti Aneka Ikan Masin Ikan Sepat Ikan Masin Bulu Ayam, Ikan Gelama,telur Asin Keropok Udang, Keropok Pedas Papadom, Keropok Pedas Keropok Ikan, Belinjo Lemang Kampong, Ketupat Palas, Serunding Daging, Serunding Ayam.


Tak lupa juga Rojak Buah, Jeruk Buah-buahan seperti Kedondong, Cermai, Mangga, Kelubi, Betik, Anggur Muda, Jeruk Jambu. Ada juga Aneka Kerabu seperti Kerabu Ikan,Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda Kerabu Tomato, Kerabu Ayam. Tak lengkap kalau makan tak ada sambal kan. Kat sini ada Aneka Sambal seperti Sambal Belacan, Sambal Mangga, Cincalok, Sambal Tempoyak, Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu, Sambal Kicap.


Untuk menu utama pula adalah gabungan kesemua hidangan makanan dengan berdasarkan masakan-masakan ibunda kita dari semua rantau kampung. Antara hidangan utama yang korang kena cuba adalah Ayam Percik Kuah Kacang, Kambing Masak Kuzi Daging Masak Lemak Dengan Kacang Panjang Udang Masak Lemak & Nenas, Kari Ikan Masin & Nangka Muda, Kupang Berlada Pucuk Manis Masak Lemak Putih & Keledek menjadi pilihan ramai.








Tak lupa juga hidangan sampingan seperti Aneka Sup Ekor Sapi, Tulang Rawan & Ayam Berempah Bubur Lambuk with Condiment & Beraneka Roti. Untuk Goreng-gorengan Station pula ada Cucur ikan bilis, Pisang goreng, Keladi, Keledek, Jemput Pisang. Peminat Ikan Bakar boleh menikmati Aneka Ikan Bakar seperti Pari, Ikan Kembong, Cencaru, Bawal & Air Asam, Chilli Kicap





Jangan lupa untuk menikmati Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom, Dhall Curry Sambal Sardine, Nasi Briyani & Daging Masak Hitam Nasi Kandar (Dihidangkan Bersama) Papadom, Acar Jelatah & Air Asam Tomato dan juga Char Kway Teow di Signature Stall (pilihan Chef). Dan tidak ketinggalan  juga Stall Noodle Station (PILIHAN CHEF) seperti Asam Laksa, Mee Curry, Bihun Sup Utara, Mee Kuah Wantan Mee with Condiment. Ada peminat kambing?? kalau berbuka puasa di hotel mesti cari Kambing Golek kan. So, boleh ke Stall Station Roasted Whole Lamb, Black Pepper Corn Mint Sauce, Mushroom Sauce.





Dah kenyang?? Eh, tak boleh balik lagi sebelum makan pencuci mulut. Kat sini ada 2 Jenis Agar-agar buah & Agar-agar Cendol, Sago Gula Melaka, Cream Caramel Bread Butter Pudding, 10 Types of Malay dan Nyonya kuih Bahulu, Tapai Pulut, tapai Ubi, Kurma, Ice Kacang Stall. Selain tu ada juga Fruit Tartlets, Pineapple Tart, Cherry Tart, Éclair, Pandan Kaya Cake Slice, Black Forest Cake, Chocolate Cake dan Mini French Pastries. Ada juga Bubur Pulut Hitam, buah-buahan, dan pelbagai minuman sejuk dan panas.








Semasa berbuka puasa, Hotel Royal Kuala Lumpur  juga menampilkan Dua Artis Tanah Air Kelly Azman dan Ani Maiyuni akan menghiburkan para tetamu sepanjang Ramadan nanti. Berbagai hadiah cabutan bertuah akan di berikan kepada para pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di Hotel Royal Kuala Lumpur.


HARGA BERBUKA PUASA 2023 HOTEL ROYAL KUALA LUMPUR

RM88.00Nett (Dewasa)
*Group: Every 10 paying guest FREE 1

RM58.00Nett (Kanak-kanak  5-12 tahun)
RM58.00Nett (Warga Emas 60 tahun keatas)

Early Bird
RM75.00Nett 
*Selling from 15 Feb – 15 March 2023

Alamat :
Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Grenier
55100 Kuala Lumpur,Malaysia

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi:
T: (603) 2148 6888 /2855/2813
F: (603) 2142 5359
E: info@hotelroyalkl.com / fb.coordinator@hotelroyalkl.com  



Post a Comment

2 Comments

  1. Wow..muroh harga kat KL Kalau gini gayanyaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. boleh la pi lepas shopping kat KL nanti

      Delete