Carrisa Beauty Produk Tempatan Setanding Jenama Antarabangsa

Carrisa Beauty Produk Tempatan Setanding Jenama Antarabangsa | Assalamualaikum semua.. Jadi orang perempuan ni mesti nak kelihatann cantik selalu kan. Justeru itu, terdapat pelbagai produk kecantikan bagi memenuhi kehendak pasaran. Kini terdapat satu lagi jenama yang bersaing dalam pasaran iaitu Carrisa Beauty. Jangan terkejut kalau sis cakap produk tempatan Carrisa Beauty ni setanding dengan jenama antarabangsa. Nak tau sebab apa? Meh baca sampai habis.


Dengan menggunakan tagline 'Kerana Anda Sememangnya Cantik' Carrisa Beauty sentiasa memberi komitment yang tinggi untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita di samping mendidik pengguna untuk menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan makna Carrisa itu sendiri. Mungkin masih ramai yang belum mengenali produk Carrisa ni kan. Berikut sedikit Info mengenai Carrisa Beauty :


Info Mengenai Carrisa Beauty


Carrisa Beauty Sdn. Bh. telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Bermula dengan menumpukan butik pakaian di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Shah Alam, kini Carrisa memperkenal barisan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang setanding produk antarabangsa atas permintaan yang tinggi dari pelanggan.


Pada tahun 2018, syarikat telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa. Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan, malah untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara.

"Jenama Carrisa mendapat sambutan yang tinggi dari pelanggan kami. Justeru saya merasakan inilah peluang terbaik untuk meneroka bidang baharu dengan mempelbagaikan produk keluaran" 
~ Puan Zurin Zakaria, Pengarah Urusan Syarikat ~



Produk Carrisa Beauty


Produk Carrisa sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Semua produknya diformulasi supaya sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan luar negara. Buat masa ini, bagi belian terus (runcit) ia boleh didapati di Pasaraya Besar SOGO. Syarikat juga berhasrat untuk memasarkan jualan peruncitan di beberapa buah pasaraya besar yang lain dan farmasi terpilih selain mempunyai kiosk mudah alih sendiri bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk terkini secara terus.  


Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice - GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik). Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia.


Actually Carrisa Beauty tidak menumpukan hanya pada produk kosmetik sahaja tau malah turut mengeluarkan produk penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita

Berikut merupakan antara produk Carrisa yang ada di pasaran :

a) Kelengkapan kosmetik - Dengan bertemakan warna merah jambu yang terang, set palet make-up dari Carrisa ni sangat sesuai untuk solekan ke majlis rasmi, pejabat ataupun ke majlis-majlis santai. Sis paling suka BB Cushions dari Carrisa. Ada 4 pilihan code warna mengikut kesesuaian kulit dan yang bestnya BB Cushions Carrisa ni semi-matt finish, pore control & coverage dan paling penting tak bercapuk ye walaupun dah berpeluh bagai. 


Lipmatte dari Carrisa pun best jugak tau. Ada 4 pilihan warna dan sis suka betholll nama-nama code lipmatte ni sebab ia menggunakan nama orang iaitu Mei Ling, Salmah, Fatimah dan Priya. Muhibbah kan.. Warna-warna dia pun cantik dan pasti akan menyerlahkan lagi senyuman kita. 


Tak lengkap solekan tanpa menaikkan seri di bahagian mata. Ye, Carrisa turut ada maskara, liquid eyeliner dan juga eyebrow pencil. Maskara Carrisa ada 2 iaitu untuk untuk thickening dan curling. Bila pakai je, terus nampak effect bulu mata lebat dan lentik.



b) Set Penjagaan Wajah (Skincare) - Untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat harus la sentiasa membersihkan wajah menggunakan produk skincare. Carrisa juga ada menawarkan set penjagaan wajah yang sesuai untuk semua jenis kulit tak kisah sama ada wanita atau lelaki. Ye, orang lelaki juga perlu menjaga kesihatan kulit wajah tau. Baru la confident bila berdepan dengan orang ramai. Set penjagaan wajah Carrisa merangkumi Facial Cleanser, Facial Treatment Essence, Brightening Moisturizer Cream dan Argan Oil Serum.


c) Set Penjagaan Diri - Carrisa Beauty bukan sahaja mementingkan penjagaa kulit wajah malah untuk badan juga iaitu krim mandian dan skrub badan. Terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing. Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain. Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar. 


d) Pencuci peribadi wanita - pssstttt.. orang perempuan ni bukan setakat muka je kena jaga, yang di bawah pun kena jaga juga. Jadi Carrisa juga ada mengeluarkan produk pencuci peribadi wanita tau. Ia diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita. Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan. Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka.  Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin. Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini. 


Ha, bagus kan Carrisa Beauty ni. Hampir semua keperluan untuk penjagaan wajah dan diri ada dijual. Bukan tu je, bagi sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat mengenai produk atau dandanan yang sesuai dengan kulit kita, boleh je bertanya pada staff di kaunter Carrisa. Maklum la, kadang kita ni bukan tau sangat apa yang sesuai dengan warna kulit kita kannn.. Jangan risau, staff Carrisa akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Pastinya anda akan pulang dengan penampilan baru yang mengujakan untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga yang lain.


So, jika korang berminat untuk mendapatkan produk Carrisa boleh la datang ke kaunter Carrisa Beauty di SOGO, Central I-City, Shah Alam. Dari segi harga pula, produk jenama Carrisa adalah mampu milik dengan harga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu. Not bad kan harga dia. Mana nak dapat produk yang berkualiti setaraf produk antarabangsa dengan harga macam ni. So, memang berbaloi dengan Carrisa Beauty.


Bagi yang duduk jauh dari Central I-City, Shah Alam jangan bersedih. Korang boleh beli produk Carrisa  secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.carrisa.com.my

Carrisa juga dalam usaha untuk mengembangkan misi perniagaan dengan mengikuti banyak acara dan pameran di dalam dan di luar negara bagi mempromosikan produk jenama secara lebih meluas.  Banyak aturcara telah dirancang dan akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Carrisa. Untuk yang gemar melayari sosial media dan mengetahui info terkini, boleh melayari sosial media Carrisa :







Post a Comment

0 Comments