Discover This Way Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel | Assalamualaikum semua... Bila stay di Renaissance Johor Bahru Hotel ni memang tak perlu risau bab makan. Kat sini sentiasa menawarkan makanan yang best-best tau. Pendek kata duduk kat sini tak kan kelaparan la. Tu yang sis seronok stay kat sini bila datang ke Johor Bahru. Kadang tu sampai teringat-ingat bila dah balik ke KL.
Kebetulan masa sis datang ke sini baru-baru ni ada Discover This Way Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel. Buffet ni dibuat di Cafe BLD. Happynya rasa sebab dapat la sis melepaskan craving nak makan pelbagai jenis menu tempatan dan antarabangsa. Yang lagi bestnya, untuk hujung minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu ada menu istimewa tau yang tiada pada hari biasa. Wah, memang rezeki sis la nampaknya. Ok, jom sis kongsikan apa menu yang best kat sini.
Antara menu yang berjaya memikat selera sis adalah seperti Sambal Prawn Water, Baked Seabass with Portuguese Sauce, Pan-Seared Salmon With Capers Cream, Roasted Duck, Roasted Chicken, Smoked Duck with Chili Onion, Asam Pedas Ekor, Daging Dendeng, Beef White Radish, Chicken Thai Sauce, Lotus Leaves Rice dan macam-macam lagi. Paling best ada favourite sis juga seperti Seafood On Ice. Oh ya, untuk hari Jumaat dan Sabtu ada Oyster dan juga Barbeque Station. Satay ayam dan daging pun ada. Fuhhh, memang puas hati makan seafood kat sini especially Sambal Water Prawn tu.. marvelesss.
Kalau menu-menu lain pun ada seperti pelbagai jenis sushi, Salad Station, Indian Corner, Nachos Cheese, pizza, Noodles station dan banyak lagi. Untuk pencuci mulut pun ada juga tau seperti pelbagai jenih kuih-muih tradisional, pelbagai jenis kek, puding, bubur, ais krim dan juga Chocolate Fountain. Ha, port ni memang tumpuan anak-anak la kan.
Amacam?? terliur tak?? Aha, buat warga Johor ataupun yang datang bercuti di Johor Bahru ni sila la datang bawa kesayangan menikmati Discover This Way Dinner Buffet Di Renaissance Johor Bahru Hotel. Nah ni harga buffet kat sini :
𝗗𝗜𝗦𝗖𝗢𝗩𝗘𝗥 𝗧𝗛𝗜𝗦 𝗪𝗔𝗬 𝗗𝗜𝗡𝗡𝗘𝗥 𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧 | 𝗙𝗘𝗕𝗥𝗨𝗔𝗥𝗬 𝟮𝟬𝟮𝟯
📅 Sunday to Thursday
⏰ 6:30pm to 10:00pm
💰 RM108 nett per adult
💰 RM54 nett per children (6 to 12 years old)
📅 Friday & Saturday
⏰ 6:30pm to 10:00pm
💰 RM158 nett per adult
💰 RM79 nett per children (6 to 12 years old)
Untuk info lanjut dan tempahan boleh hubungi :
Jangan lupa juga follow :
Instagram @renaissancejohorbahru
Facebook Renaissance Johor Bahru Hotel
0 Comments