Siri Jelajah SURIA Kembali Dengan Anggun Cotton Collection Sebagai Penaja Rasmi | Assalamualaikum semua.. Gaisss Siri Jelajah SURIA kini kembali tau untuk tahun 2023. Kali ni pastinya akan lebih meriah dengan keriuhan penyampai-penyampai Suria FM yang happening dan sporting serta kehadiran ramai artis-artis popular. Penaja rasmi bagi siri jelajah Suria pada tahun ini adalah dari Anggun Cotton Collection yang akan menemui peminat di 4 lokasi iaitu di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023.
Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection
Untuk tahun ini, Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection bertemakan sentuhan ‘80an, 90an, dan terkini!’. Antara artis yang terlibat adalah Shidee, Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Luqman Podolski, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Ally Axl, Exists, Khai Bahar, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Zulhadi, Syameer Azmi, Aris Ariwatan, Muss, Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Newboyz, Xpose, Azan Scan, Misha Omar, Venus, Ella, Haqiem Rusli, Alif Satar & The Locos, Meer Nash, Da Unknown, Wani Annuar, Aiman Zaidi, Heedan Mohd dan ramai lagi! Wah, mesti best sebab ada artis 80'an, so dapat dengar kembali lagu-lagu lejen berkumandang. Maklum la, sis ni remaja purba so lagu-lagu lejen ni memang all time favourite sis ye.
Acara tahunan dari radio Suria FM ini pasti ditunggu-tunggu para peminat sebab time ni la para pendengar setia radio ini dapat berjumpa dan beramah mesra dengan barisan penyampai Suria FM seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahirah (Rara), Tyzo Xander, DJ Lin dan Anna J. Serius sis cakap penyampai radio Suria FM ni memang best, happening dan peramah. Tu yang buat peminat melekat dengan radio Suria FM tu. kan kan kan... So, korang kena pakat mai ramai-ramai ke Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection :
Lokasi dan Tarikh :
• Paradigm Mall, Johor 11 Feb 2023
• Aman Central, Kedah 19 Feb 2023
• Kuantan City Mall, Pahang 25 Feb 2023
• Tropicana Gardens Mall, Selangor 4 Mac 2023
Anggun Cotton Collection Selaku Penaja Rasmi Siri Jelajah SURIA 2023
Ahaaa, selain dari kehadiran penyampai Suria FM dan artis, ada lagi sebab best kenapa korang kena mai ke Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection kali ini. Nak tahu tak apa dia?? Haaaa, sebab ada Anggun Cotton Collection selaku Penaja Rasmi Siri Jelajah SURIA 2023. Siapa yang selalu dengar radio Suria FM mesti tahu lagu ni Anggun! Anggun! 🎶🎶 Cun molocun!!🎶🎶 Tak porlu nak gosok mmg dah cun molocun. Anggun Cotton Cun Molocun!.. aishhh, sampai melekat dalam kepala dah iklan depa ni.. hehe.. Apapun tahniah Anggun Cotton Collection 👏👏
Sebelum sis pergi lanjut apa yang best menanti korang di Booth Anggun Cotton Collection masa Siri Jelajah SURIA nanti, meh la sis kongsikan dulu mengenai siapa Anggun Cotton Collection ni. Untuk pengetahuan korang, Anggun Cotton Collection famous dengan koleksi baju kurung wanita dan kanak-kanak yang berasaskan cotton. Jenama Anggun Cotton Collection ini telah bertapak selama 8 tahun dan diterajui oleh foundernya iaitu Puan Noraini binti Hanipah dan juga Puan Norafizah binti Hanipah bersama dengan pengasas bersama Tuan Mohd Shazrin bin Yahya dan Tuan Adzim bin Zakaria.
Walaupun menjalankan jualan di atas talian, tapi Anggun Cotton Collection ada juga butik di 2 lokasi iaitu di Senawang dan Johor Bahru serta satu warehouse di Senawang. Buat masa ini, Wisma Anggun di Seremban 2 masih dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan April 2023. Antara pencapaian terbesar yang Anggun Collection perolehi adalah pengiktirafan dari BrandLaurate & Superbrand dalam kategori Fashion baju kurung. Wahhh, kalau dah sampai terima pengiktirafan ni memang tak disangkal lagi kan kualiti baju kurung Anggun Cotton Collection ni. Patut la pakaian dari Anggun Cotton Collection ni laku keras. Jumlah dropship yang berdaftar setakat hari ni pun dah ada seramai 46,000 orang tau... wahhhh..
Bila sebut pasal kualiti, perkara ni turut diakui oleh duta Anggun Cotton Collection iaitu Yana Samsudin. Masa majlis sidang media Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection, Yana Samsudin ada berkongsi yang beliau sangat suka pakai baju kurung dari Anggun Cotton Collection ni sebab walaupun pakaiannya adalah Ready To Wear tapi sangat selesa bila dipakai.
Menurut Yana, cutting terletak elok pada badan, kain tak sendat dan ada zip panjang di tangan untuk memudahkan ambil wudhuk. Jenis tekstil yang digunakan pula walaupun cotton tapi lembut dan premium tau, bukan cotton yang keras kejung tu. Dari segi saiz pula, koleksi baju kurung di Anggun Cotton Collection boleh didapati sehingga 10XL tau. Ha, susah nak cari baju sampai saiz besar macam ni. Oh ya, selain dari baju kurung, Anggun Cotton Collection ada juga mengeluarkan baju ironless (tanpa gosok), kurta untuk lelaki dan kanak-kanak, tudung dan telekung.
Promosi Khas Sempena Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection
Jeng jeng jeng... haaaa, sis ada sebut kat atas pasal apa yang best menanti korang di Booth Anggun Cotton Collection masa Siri Jelajah SURIA nanti. Nak tau tak apa dia?? Ok, masa majlis sidang media Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection ada mewar-warkan pasal promosi khas sempena Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection iaitu Anggun Cotton Collection akan mengeluarkan lima edisi khas sempena Jelajah Suria. Maknanya kalau korang datang ke butik ataupun beli online memang takde tau. Kena datang sendiri ke booth di 4 lokasi yang disebutkan di atas dan konsepnya adalah Siapa Cepat Dia Dapat... Kalau habis, jangan menangis di bucu katil tau. Ni sis dah share, cepat-cepat la korang stanby untuk ke sana nanti.
Selain itu, Anggun Cotton Collection juga akan membawa Koleksi Raya. Apa?? awal lagi nak beli baju raya??? Noooo dekkkkk, kita dah nak masuk bulan Ramadan dah. Alang-alang dah pergi ke Jelajah SURIA Anggun Cotton Collection nanti korang grab je terus baju raya. Beli awal-awal tak kalut kannn. Lagipun bila beli di booth, akan ada tawaran harga istimewa yang kaw kaw punya. Time ni la korang nak dapatkan baju raya dari Anggun Cotton Collection dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.
So korang kalau berkelapangan meh la datang ke Booth Anggun Cotton Collection. Sambil-sambil shopping boleh juga berjumpa dengan duta Anggun Cotton Collection yang cantik iaitu Yana Samsudin. Dah shopping pula jangan lupa masuk Lucky Draw, mana tau ada rezeki lebih. Baju dapat, hadiah pun dapat... yeah..
Selain di booth Anggun Cotton Collection, pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth ‘Kedai Suria’ seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag. Wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang.
So gais, jom pakat ramai-ramai datang ke Jelajah Suria Anggun Cotton Collection. Lokasi pertama akan bermula pada 11 Februari 2023 di Paradigm Mall Johor Bahru. Jangan lupa juga save the date yang sis share kat atas tu siap-siap tau.. adiossss
Note : kredit photo kepada Suria FM dan Anggun Cotton Collection
0 Comments