Masalah Dan Rawatan Untuk Jerawat Dan Parut Jerawat | Assalamualaikum semua... Bila sebut bab jerawat ni memang stress kan. Macam sis sendiri tak boleh lari dari masalah ni. Tiap bulan mesti ada seketul dua yang naik kat muka ni. Stress sis dibuatnya. Tapi nasib baik la bukan jenis yang teruk tu cuma parut dia ambil masa juga nak hilang. Tak boleh bayangkan macam mana mereka yang mengalami masalah jerawat yang teruk tu, mesti lagi struggle kan.
Apa itu Jerawat?
Eh, rasanya semua orang tahu apa itu jerawat kan. Tapi apa yang sis maksudkan adalah apa sebenarnya jerawat ni, apa punca ia boleh timbul kat muka. Lepas tu kalau jerawat ni muncul, apa rawatan yang diperlukan termasuk untuk menghilangkan parutnya. Berikut sedikit info yang sis dapat hasil dari pembacaan sis.
Jerawat - Jerawat adalah sejenis komedo yang disebabkan oleh sebum berlebihan dan sel-sel kulit mati terperangkap di pori-pori kulit. Dalam keadaannya yang lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi pustul atau papul.[1] *sumber wikipedia
Jenis-Jenis Jerawat
Secara normalnya, kelenjar di dalam kulit memang akan menghasilkan minyak alami yang disebut sebum. Sebum ini kemudian akan dibawa ke permukaan kulit melalui pori-pori untuk melembapkan wajah. Lebihan sebum ini akan bercampur dengan sel kulit mati dan menyebabkan pori menjadi tersumbat. Jika dibiarkan maka munculnya komedo atau jerawat yang meradang hingga bernanah.
Untuk pengetahuan korang semua, terdapat dua jenis komedo yakni yang terbuka (blackhead) atau tertutup (whitehead). Kedua-duanya adalah angkara liang pori di wajah yang tersumbat. Kemudiannya, bakteria yang tinggal pada kawasan kulit akan menjangkiti folikel ini dan menyebabkan pembentukan papules, pustules, nodules atau sista.
Whitehead - Jika pori yang tersumbat ini dekat dengan kulit, ia akan menghasilkan whitehead. Lebihan minyak dan kulit mati terperangkap itu akan membentuk jerawat dalam yang berwarna putih atau kekuningan (kerana tiada tindak balas oksida). Whitehead juga turut popular dengan nama jerawat nasi atau jerawat pasir
Blackhead - Jika folikel ini terbuka, ia akan membentuk blackhead. Ia kebiasaannya muncul sebagai benjolan kecil dan sedikit timbul serta kelihatan hitam di atas permukaan kulit.
Papules - Jerawat biasa di mana terdapat bintik-bintik berwarna merah, kecil dan gatal yang disebabkan oleh jangkitan bakteria bernama Propionibacterium acnes pada kulit. Antara ciri khusus papula adalah ia tidak mengandungi nanah dan akan dikategorikan sebagai teruk atau sederhana bergantung kepada jumlahnya pada kulit.
Pustules - Jerawat nanah di mana terdapat bintik-bintik berwarna merah, kecil dan gatal yang disebabkan oleh folikel rambut atau liang roma yang mengandungi sebum tersumbat. Antara ciri khusus papula adalah ia akan mengandungi nanah dan juga dikategorikan sebagai teruk atau sederhana bergantung kepada jumlahnya pada kulit.
Nodules - Jerawat nodul adalah jenis jerawat di bawah permukaan kulit yang terasa keras dan sakit. Tidak seperti jerawat biasa yang dapat sembuh dalam beberapa hari, jerawat ini dapat berlangsung selama berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan.
Sista - Jerawat ini juga dikenali sebagai jerawat batu. Jerawat batu biasanya berbentuk benjolan merah, cukup besar, dan keras. Sista ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.
Punca Jerawat
Ok, meh sis share mengenai punca-punca jerawat ni.
Stress - Tekanan sebenarnya boleh menjadi punca muka berjerawat. Badan yang mengalami tekanan akan berdepan dengan kemerosotan fungsi badan dan akhirnya mencetuskan jerawat. Bahan kimia yang dilepaskan ketika tekanan, neuropeptides, akan menjadikan masalah jerawat semakin kronik.
Kelenjar sebum - Keadaan ini biasanya disebabkan oleh perubahan hormon, di mana kelenjar sebum menjadi aktif dan mengeluarkan sebum dalam jumlah yang banyak. Akhirnya akan menyebabkan pembentukan jerawat. Memiliki kulit muka jenis berminyak juga boleh menjadi penyebab munculnya jerawat.
Jangkitan kuman - Apabila sebum yang terhasil terlalu banyak, ia cenderung untuk menyekat atau menutup liang pori. Situasi ini akan menyebabkan pengumpulan bakteria yang akhir menjadi punca jerawat. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah keradangan kulit.
Penggunaan alat solekan tidak bersih - Walaupun alat solekan yang digunakan itu adalah milik persendirian dan tidak bercampur dengan individu lain, tetap perlu mencuci alat solat yang digunakan seperti berus mekap atau sponge. Ini kerana alat solekan yang tidak dijaga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria sekali gus mengakibatkan jerawat. Jadi, sebulan sekali, cuci dan bersihkan segala alat solek yang kerap digunakan.
Debu dan kotoran - Di persekitaran sebenar kita terdapat kotoran dan debu yang turut boleh menjadi punca muka berjerawat. Ditambah pula dengan keadaan muka yang berminyak, sudah tentu ia akan memburukkan lagi keadaan.
Penjagaan muka tidak konsisten - Biasanya kaum wanita mudah tertarik untuk membeli pelbagai set penjagaan muka. Namun, tidak semua dapat melakukan rutin penjagaan secara konsisten. Tidak dinafikan adakala apabila terlalu penat, kita akan menjadi malas untuk melakukan rutin penjagaan muka. Dan perkara itu sebenarnya boleh menjadi punca masalah jerawat. Jadi selepas ini, kena rajin melakukan rutin penjagaan muka. Jangan malas!
Kerap memicit jerawat - Perasan tak apabila memicit jerawat, tak lama kemudian sure muncul jerawat dekat bahagian lain? Macam magic. Tapi sebenarnya tabiat begini tidak digalakkan, apatah lagi ia meningkatkan risiko untuk munculnya parut jerawat. Kalau geram sangat alas jari jemari menggunakan tisu atau kain bersih sebelum memicitnya, okay? Tetapi sebaiknya elakkan dari memicit. Takut nanti makin merebak dan banyak pula jerawat yang muncul.
Petua Hilangkan Jerawat dan Parut Jerawat
Sis pasti ramai yang melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan jerawat sebab sangatlah penting untuk mendapatkan wajah yang cantik lagi berseri bagi menaikkan rasa confident bila berjumpa dengan orang. Petua paling penting yang sering dinasihatkan oleh semua orang ialah kerap membasuh muka. Hal ini kerana muka kita terdedah kepada segala kotoran yang terdapat di udara. Jadi, apabila kita kerap membasuhnya, kita berpeluang mengeluarkan kotoran yang tersumbat di pori muka dan menjadikan muka tidak berminyak dan mengembalikan oksigen untuk muka.
Selain itu, kita juga haruslah memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka kita. Hal ini kerana setiap pencuci muka mempunyai pH yang berbeza. Sekiranya pH pencuci muka terlalu rendah maka ia ada kemungkinan besar untuk menjejaskan kulit muka kita kerana kandungannya yang terlalu asidik. Oleh itu, pencuci muka yang dipilih haruslah sesuai untuk digunakan hari-hari.
Kita juga bolehlah mengambil serbuk kunyit hidup dan menitiskan beberapa titik air padanya untuk dijadikan pes muka. Kemudian, pes muka tersebut hendaklah disapu pada bahagian jerawat dan tunggu sehingga kering. Setelah kering, kita bolehlah cuci muka dan mengulang kaedah ini untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh. Kunyit mempunyai ciri-ciri anti-bakteria. Oleh itu, dengan menyapu pes ini, bakteria yang tumbuh di permukaan kulit muka akan mati justeru menghilangkan jerawat.
Kita juga bolehlah menghiris timun dan merendamkannya dalam air. Air tersebut bolehlah diminum setiap hari. Bukan sahaja timun yang digunakan untuk usaha mencantikkan kulit muka, malah tomato juga mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan kulit. Selain itu, betik juga digunakan oleh kaum wanita dalam rawatan atau usaha untuk mencantikkan dan melicinkan kulit wajah.
Berjumpa dengan Pakar Untuk Masalah Kulit
Tapi petua-petua di atas ni biasanya adalah untuk masalah jerawat yang biasa. Kalau untuk masalah jerawat yang dah teruk harus la berjumpa dengan pakar tau. Antara klinik yang sis boleh suggest untuk rawatan jerawat di selangor dan Kuala Lumpur adalah Klinik Dr Bazilah.
Klinik Dr Bazilah adalah pengamal kesihatan yang bertauliah dan berlesen di bawah KKM yang menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa secara amnya hinggalah kepada masalah kulit dan rambut khususnya. Ada juga sis dengar beberapa kawan pernah dapatkan rawatan jerawat jerawat kat sini. Katanya puas hati dengan resultnya. Bukan tu je, ada juga yang pernah mendapatkan rawatan kulit seperti eczema, psoriasis, allergy dan macam-macam lagi jenis masalah kulit.
Selain Klinik Dr Bazilah Shah Alam, korang boleh juga pergi klinik Kulit Bangi dan Klinik Kulit Kuala Lumpur. Nah sis kongsikan alamat di bawah :
Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931
Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A
Seksyen 13, 40100, Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8
Jalan Sentul Pasar
51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
Untuk pertanyaan , nak dapatkan khidmat nasihat atau temujanji untuk rawatan,
boleh hubungi Klinik Dr Bazilah
Whatsapp Kami Sekarang: wa.me/60196571563
Temujanji: http://temujanjidrbazilah.wasap.my
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
0 Comments