Restoran Wha Rong Menawarkan Pelbagai Menu Pilihan Mee Tarik, Sichuan Cuisine Dan Hot Pot

Restoran Wha Rong Menawarkan Pelbagai Menu Pilihan Mee Tarik, Sichuan Cuisine Dan Hot Pot | Assalamualaikum semua.. Sape peminat mee tarik?? Angkat tangan!!! Wahh, walaupun hidangan ni berasal dari China tapi sis pasti hidangan ni telah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sis sendiri suka makan mee tarik ni especially bila digandingkan dengan chilli oil dia.. perghhhh.. mantap beb.


Bila cerita pasal mee tarik ni, ha sis nak share dengan korang satu restoran yang menawarkan pelbagai menu mee tarik. Bukan tu je tau, kat sini juga ada hidangan Sichuan Cuisine dan juga Hot Pot. Nama restoran ni adalah Wha Rong yang terletak di 1 Utama Shopping Centre. Actually sis sendiri tak pernah tau pun pasal restoran ni tapi sebab ada member ajak, tu yang pergi tu.


By the way, kedudukan restoran ni agak tersorok sikit sebab dia terletak di bahagian luar tapi kalau korang nak cari restoran Wha Rong ni senang je. Dari restoran McD dan KFC, korang jalan straight menghala ke pintu keluar lepas tu belok ke kanan. Ha, dari situ korang dah boleh nampak dah restoran Wha Rong ni (kalau tak clear gak boleh refer video kat bawah tau).


Ok, restoran dah jumpa so apa tunggu lagi. Jemput la masuk (cewahh dah macam restoran sendiri plak.. ehehe). Siap ada pintu besar tau nak masuk dalam restoran ni. Vibe dia macam restoran kat negara China gicuuuu.. Ruang dalam restoran pun luas dan selesa. Memang sesuai kalau nak ajak keluarga atau kawan-kawan makan kat sini.


Bab menu pula macam sis cakap tadi restoran Wha Rong ni menawarkan pelbagai hidangan mee tarik, Sichuan Cuisine dan juga Hot Pot. Memandangkan ritu kami makan banyak jenis menu, meh sini sis kongsikan juga kat sini supaya senang korang nak order kat sana nanti.

🍴 Crispy Fried Mee Tarik with Seafood


🍴 Mala Mee Tarik with Homemade Beef Balls & Beef Slice Combo


🍴 Dry Mee Tarik with Chicken Chop


🍴 Dry Mee Tarik with Pan Fried Dumplings


🍴 Mee Tarik with Crispy Chicken Chop in Chicken Collagen Soup


🍴 Dry Braised Beef Mee Tarik with Soup Dumpling


🍴 Braised Beef Rice with Beef Balls


🍴 Spicy Diced Chicken


🍴 Beef Ball Soup (6 pcs)


🍴 Panfried Chicken Buns


🍴 Hot Pot Set (Sesuai untuk 4 pax)


Amacam... terliur tak tengok semua menu kat atas. Jujur sis cakap mee tarik kat sini best sebab mereka menggunakan mee tarik yang dibuat sendiri dan rasa mee tarik dia sedap, kena dengan selera sis. Dalam banyak-banyak menu mee tarik sis paling suka Mala Mee Tarik with Homemade Beef Balls & Beef Slice Combo sebab menggunakan kuah Mala. Walaupun pedas tapi padu buat sis rasa nak lagi dan lagiiii. 


Manakala yang Hot Pot set tu pulak memang sesuai untuk korang yang datang ramai-ramai. Meriah wei makan sambil masak-masak. Ha, time ni la nak tunjuk bakat memasak masing-masing kan walaupun sekadar celup-celup je dalam kuah..hehe, jadi lerrrrr... 


Tak lengkap la kalau makan Hot Pot takde sos pencicah kan. Nak buat sos pencicah yang sedap kena betul cara nak campur setiap bahan. Sis sempat minta bantuan staff Wha Rong untuk bagi tips cara nak buat signature sos pencicah kat sini. Ha, korang nak tak cara dia?? Senang je, campurkan Garlic, Sesame Sauce, Sesame Oil dan Coriander... Siappp. Tapi kalau korang nak buat sendiri sos pencicah boleh je. Ikut selera masing-masing.


Secara keseluruhan memang puas hati betholl makan di Restoran Wha Rong ni. Sampai tersandar kekenyangan masing-masing tau. Nasib baik la kami mai berlima. Kalau berdua pening juga nak habiskan. Btw, kalau korang datang makan kat sini, better korang order lain-lain menu dan share je sebab portion untuk satu hidangan agak banyak juga. So, boleh la korang cuba pelbagai menu juga kan. Konsep sharing is caring gichuuuu.. Nah sis belanja juga video masa sis makan kat sana :

Ok la, kalau korang tetiba teringin nak makan mee tarik, Sichuan Cuisine ataupun Hot Pot boleh la datang ke restoran Wha Rong. Kalau sudi, ajak la sis juga.. ehhh... haha.. adioss

Alamat :
Restoran Wha Rong
LG603, 1 Utama Shopping Centre, 1, 
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi :
Dibuka setiap hari
11am hingga 10pm



Post a Comment

0 Comments