Samtai YAMCH'A Menawarkan Halal Chinese Food Dan Dim Sum

Samtai YAMCH'A Menawarkan Halal Chinese Food Dan Dim Sum | Assalamualaikum semua.. Craving makanan Cina (Chinese Food)?? Tapi risau nak makan kat restoran sebab ragu-ragu dengan status halal?? Ha, apa kata korang try makanan yang ditawarkan di Restoran Samtai YAMCH'A. Dekat sini bukan sekadar ada menu masakan Cina malah Dim Sum pun ada. Apa yang penting, restoran ini telah mendapat kelulusan Sijil Halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) tau.


Masa sis pergi ke 1 Utama Shopping Centre, sempat la sis singgah di restoran ni. Yes, memang betul restoran Samtai YAMCH'A ni ada sijil Halal. Siap tampal logo Halal kat depan restoran. Jadi tak perlu ragu-ragu kalau nak makan kat sini ye. Nak cari restoran ni pun senang, korang pergi je ke Level LG, Foodstreet. Kalau tak jumpa juga, cari je KFC then dah boleh jumpa dah Samtai YAMCH'A.


Kalau sebut Chinese Food, menu apa yang paling korang suka?? Kalau sis semua suka.. ehh.. haha, susah nak buat pilihan maka sis dan kawan-kawan pilih pelbagai jenis menu. So, bila makan nanti boleh la rasa semua sebab share-share (ahakkk bijak tak kami..hehe). Ok, nak tau tak menu apa kami makan?? Ok, meh sis share dengan korang :


1) Mala Mee Tarik with Beef Slices - Fuhh, ni menu paling sis lurve ye sebab pedas. Tengok rupa pun dah nampak merah menyala kan. Maklum la walaupun craving Chinese food tapi lidah melayu tu tetap ada. Nak jugak rasa pedas kan. 


2) Dry Mee Tarik with Chicken Teriyaki - Bagi yang tak makan pedas pulak boleh la order menu ni. By the way, chicken teriyaki tu sedap. Memang ngam makan dengan dry mee tarik tu.


3) Signature Fried Chicken Wings (4 pcs) with Korean Ramyeon - Eh, kata restoran Chinese Food tapi kenapa ada menu Korean ni?? Ala, korang ni. Kita kan kat Malaysia, apa salahnya ada pelbagai menu kannn. Menu ni pun sedap sebab sis suka Signature Fried Chicken Wings tu.


4) Nasi Lemak Bunga Telang with Whole Fried Chicken Leg - Ha, yang ni pula menu masakan melayu berasaskan nasi. Nasi lemak kat sini special tau sebab warna biru. Mula-mula sis ingat nasi kerabu rupanya nasi lemak dan warna biru tu sebab guna bunga telang.


5) Fried Rice with Salted Chicken Chop - Kalau nak makan nasi tapi tak nak pedas boleh order menu ni. Memang tak pedas dan sesuai untuk family yang bawa anak. Tambah pula ada chicken chop, mesti diorang suka.


6) Prawn Cheong Fan - Oh ya, Prawn Cheong Fan ni sedap tau tambah lagi bila cicah dengan sambal dia. Kalau korang tak makan udang, boleh je order yang lain seperti Original, BBQ Chicken atau telur.


Bagi yang tak nak makan mee atau nasi, boleh je order Dim Sum. Di Samtai Yamch'a ni ada pelbagai jenis dim sum yang menarik untuk diorder. Antaranya seperti :

1) Prawn Siew Mai (3 pcs)

2) Har Gao (3 pcs)

3) Prawn Salad (3 pcs) 

4) Shanghai Red Oil Dumpling (3 pcs)

5) Prawn Beancurd Roll (2 pcs)

6) Loh Mai Kai

7) Pan-fried Gyoza (3 pcs)

8) Nerd Red Bean Bao

9) Custard Lava Bao

Semua dim sum kat sini sis suka ye. Dihidangkan panas-panas dan dicicah pula dengan sos pencicah mesti membuatkan kita rasa nak makan lagi dan lagi. Nerd Red Bean Bao dan Custard Lava Bao tu pula memang super cute. Bentuk minion lagi. Comel kan. 


Untuk Nerd Red Bean Bao intinya adalah kacang merah manakala untuk Custard Lava Bao pula inti salted egg. Nak lagi comel tak?? Ha, korang kena cucuk dah keluarkan inti Custard Lava Bao macam dalam video di bawah. Sumpahh comel kannn..

Untuk air minuman pula ni antara yang sis dan kawan-kawan order iaitu : 


1) Empat Sekawan (citrus – lime, lemon, calamansi lime, and kaffir lime)
2) Sirap Bandung Cincau
3) Cham Ice
4) Lychee Soda
5) Lemongrass Ginger Pandan Tea


Ha, dah tengok kan menu-menu yang kami order ni. So, lepas ni kalau korang craving chinese food yang halal, terus je datang ke Samtai YAMCH'A. Selain dari outlet yang sis pergi ni, ada juga outlet di tempat lain. Berikut adalah lokasi cawangan Samtai YAMCH'A :

📍1 Utama Shopping Centre
Address: LG, Foodstreet, 
1 Utama Shopping Centre, 122, 
Central Park Avenue, Bandar Utama, 
47800 Petaling Jaya, Selangor
Phone: 03-7495 9093

📍Genting Premium Outlets
📍Sky Avenue, Genting Highlands
📍Seremban 2
📍Putra walk, Seri Kembangan

Kalau makan tu, ingat la kat sis ye.. adios




Post a Comment

0 Comments