Buffet Ramadan 2023 Bawah RM100 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Buffet Ramadan 2023 Bawah RM100 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi | Assalamualaikum semua.. Baru je rasa melangkah ke tahun baru dah muncul entri buffet Ramadan kan.. Awal bebenar ni. Tapi kan dalam diam sebenarnya kita akan menyambut bulan ramadan dalam masa sebulan lebih je lagi. Ha, dah tak lama dah tu. Cepat betul masa berlalu kan. Pssttt.. dah ganti puasa ke belum tu?? Kalau belum, ada masa lagi ni.. hehe


Untuk pertama bagi buffet ramadan 2023 ni sis nak kongsikan satu lokasi di mana korang boleh berbuka puasa dengan harga di bawah RM100 dan menawarkan pelbagai hidangan yang akan menggamit memori dan nostalgia berbuka puasa di kampung. Maklum la bulan puasa ni bukan semua orang berpeluang balik kampung dan rasa masakan mak kan. Kalau balik pun, takde la sampai sebulan duk kat kampung tu. So, kalau rindu nak makan lauk-lauk seperti masakan mak kat kat kampung tu, meh la datang berbuka di Santapan Ummis Hijau Kasturi.


Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi


Mungkin ramai yang belum mengenali mengenai Restoran Santapan Ummis Hijau Kasturi ni. Restoran yang telah bertapak selama lebih tiga tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada di kalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.


Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi.


Menu Buffet Ramadan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Dengan bertemakan Air Tangan Ibu’, ada sebanyak lebih daripada 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara yang boleh dinikmati. Sis dah pernah makan kat sini, seriusly makanan kat sini sedap dan bila makan tu terus teringat mak dekat kampung. Air tangan Chef Hajah Norziah dan Chef Haji Fauzi memang sedap. Patut la kerabat diraja Brunei menyukai menyukai air tangan beliau.


Untuk bulan Ramadan kali ni, akan ada tiga cara masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak.


Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga. Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, mee, masakan barat dan air penyegar dahaga juga ada melengkapkan. Untuk pencuci mulut pula, harus la ada kuih muih dan aneka bubur bakal tersedia sebagai pengikat selera. 


Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi. 


Selain itu, buat mereka yang ingin membawa pulang air tangan chef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3.


Dari segi ruang dalam restoran hanya boleh memuatkan sehingga 80 orang sahaja setiap hari. Jadi kalau nak berbuka puasa kat sini kena buat booking awal tau. Untuk surau ada disediakan di dalam restoran dan tempat letak kereta pula boleh parking di bawah bahagian basement.


So bagi korang yang mencari lokasi berbuka puasa dengan harga buffet ramadan di bawah RM100, Ini lah tempatnya iaitu di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Tak percaya?? tengok di bawah ni

Harga Buffet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023

Promosi Early Bird
RM45.90 nett - dewasa
RM17.90 nett - kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
RM17.90 nett - warga emas berumur 60 tahun ke atas
Pembelian baucer tempahan sehingga 28 Februari 2023

Harga Biasa
RM 51.90 nett - dewasa
RM19.90 nett - kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
RM19.90 nett - kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah

* kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan

Tarikh Buffet :
23 Mac 2023 hingga 19 April 2023

Waktu Operasi Bulan Ramadhan :
Setiap hari bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam

Alamat :
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, 
No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.

Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi talian :
03-40324383(pejabat)
017-6534133(operasi) atau
011-23058511(pengeluaran/production)

Ataupun boleh je hubungi saya di 016-2175282 

Waktu Operasi Harian :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang




Post a Comment

0 Comments