Buffet Ramadan 2023 Di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Bila dah nak masuk bulan Ramadan ni semakin banyak la promosi untuk berbuka puasa kan. Sampai ada yang pening nak pilih lokasi untuk bawa kesayangan untuk Iftar nanti. Ok, meh sis tambah lagi pening korang dengan menambah satu lagi lokasi untuk Bufet Ramadhan iaitu di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Boleh la korang tambah dalam list nanti. Macam biasa, sila baca sampai habis untuk menu dan harga buffet.


Bagi tahun ni, Buffet Ramadan 2023 di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur adalah bertemakan "Santapan Muhibbah" yang menampilkan pelbagai sajian tradisi yang enak dan membuatkan kita teringat kampung halaman. Bertempat di Table Talk (Level M), Dorsett Hartamas Kuala Lumpur, suasana berbuka puasa pasti menggamit nostalgia dengan persembahan dari penyanyi Lejen iaitu Zur Eda & Bertiga Band. Siapa yang tak kenal kan dengan Zur Eda yang famous dengan lagu Kelmarin, Pelitaku dan Lama Tak Jumpa.


Dari segi menu pula ada banyak juadah yang akan memikat selera seperti Kambing Golek, Daging Bakar, Satay Ayam Dan Daging, Ikan Bakar, Briyani Kambing, Kari Kepala Ikan, Daging Salai Lemak Cili Api, Siakap Mangga Sos Cili Thai, Rendang Ayam Minang, Daging Lasagna, Udang Butter Bersama Telur Masin, Kambing Varuval dan macam-macam lagi malah ada juga live station untuk Sup dan Goreng-Gorengan.















Tak lengkap kan kalau tak akhiri makan malam dengan pencuci mulut. Di bahagian desserts pastinya akan rambang mata dengan pelbagai jenis kek, puding malah kuih muih tradisional pun ada. Bagi anak-anak pula pasti teruja untuk menikmati ABC dan aiskrim. Untuk menghilangkan dahaga pula ada pilihan air sejuk dan juga panas. 







Ha, amacam?? So, warga Kuala Lumpur atau kalau korang ada nak jenjalan di KL boleh la datang berbuka puasa kat sini. Jangan lupa untuk booking dulu tau. Info mengenai buffet rujuk di bawah :

Harga Buffet Ramadan 2023 Di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur

Harga :
Dewasa (Seorang) - RM138 nett 
 Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) (Seorang) - RM98 nett
 Kanak-Kanak (6-12 Tahun) (Seorang) - RM68 nett

Promosi Early Bird :
Sehingga 20 Mac 2023
Dewasa (Seorang) - RM128 nett 
 Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) (Seorang) - RM88 nett
 Kanak-Kanak (6-12 Tahun) (Seorang) - RM58 nett

Tarikh :
27 Mac 2023 sehingga 21 April 2023

Masa :
6:30 petang hingga 10:00 malam

Alamat :
Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
Plaza Damas, D-G-8 3, 
No. 63, Jalan Sri Hartamas 1, 
Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur

Untuk tempahan dan tempahan lanjut di Dorsett Hartamas Kuala Lumpur 
sila hubungi atau WhatsApp +6012 6883 043



Post a Comment

1 Comments

  1. Salam Ramadan DikBee... Wahhh...meriahnya menu-menu dia... Nampak sedap pulak tu

    ReplyDelete