Buffet Ramadan 2023 Di Zebra Square Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2023 Di Zebra Square Kuala Lumpur | Assalmualaikum semua.. Yaaa, masih lagi perkongsian mengenai lokasi untuk berbuka puasa. Maklum la, bila nak masuk bulan Ramadan ni memang banyak hotel dan restoran yang akan membuat preview bufet Ramadhan dan tugas sis adalah untuk menyebarkan melalui blog ni. Ok, lokasi berbuka puasa yang ingin sis kongsikan kali ni adalah di Zebra Square Kuala Lumpur.


Walaupun sis selalu lalu kat area Bulatan Kampung Pandan tapi ni pertama kali sis datang ke Zebra Square Kuala Lumpur. Kenpa sis tak tau mengenai lokasi ni ekk. Tapi takpe, belum terlewat untuk sis dan juga korang semua untuk merasai suasana berbuka puasa di sini. Dengan kapasiti tempat duduk 250 hingga 300 setiap hari, Zebra Square Kuala Lumpur menawarkan suasana yang sempurna untuk memeriahkan perayaan suci bulan bagi umat Islam.


Tahun ini merupakan tahun kedua bagi Zebra Square Kuala Lumpur menyambut Ramadhan 2023 dengan pelbagai pilihan masakan Malaysia yang menarik.Hidangan bufet yang disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru dapur yang berdedikasi. Menghidangkan masakan tempatan yang menarik, hidangan barat yang lazat serta gerai-gerai yang mensajikan pelbagai hidangan sampingan untuk pilihan para tetamu.






Kemuncak bufet adalah Kambing Bakar yang diperap dengan ramuan istimewa dan dihidangkan pada setiap hari. Selain Kambing Bakar, hidangan bufet ini menampilkan makanan kampung asli tradisional seperti Daging Gulai Kentang Utara yang lembut, Ikan Masin Nenas, Ikan Bakar, Ayam Palembang, Kerabu Sotong, dan Lempeng & Sambal Bilis.









Suasana KAMPUNG TRADISIONAL yang dibawa untuk menghiasi suasana sepanjang tetamu menikmati hidangan menjanjikan suasana yang sangat indah. Kuih Melayu & Nyonya Tradisional serta pelbagai puding, kek, dan pilihan minuman “Air Balang” menyegarkan juga menjadi hidangan sampingan yang cukup istimewa. Di sini juga memperkenalkan Cendol Istimewa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia dari dulu, kini dan sepanjang masa.





Semarakkan semangat Ramadhan bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja bagi meraikan kemeriahan bulan suci bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023. Berikut merupakan harga bagi buffet di sini.

Harga Buffet Ramadhan di Zebra Square Kuala Lumpur 

Dewasa: 
RM85.90/dewasa

Kanak-kanak (berumur di bawah 12 tahun): 
RM45.00/kanak-kanak

Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas): 
RM 45.00/warga emas

Pembelian awal (Early Bird) 26hb Februari 2023 hingga 20hb Mac 2023 
menawarkan belian 5 tempat duduk dengan percuma 1 tempat duduk 
dan sehingga 50 tempat duduk

Zebra Square menyediakan kemudahan dan fasiliti yang terbaik memenuhi keperluan dan keselesaan untuk para pelanggan. Kemudahan fasiliti sambungan Wi-Fi, sistem audio visual canggih, dan akses tempat letak kereta PERCUMA. Zebra Square Kuala Lumpur juga menawarkan tempat yang ideal kepada yang berminat untuk mengadakan sebarang acara atau majlis, perkahwinan, persidangan atau lain-lain dengan pakej harga yang sangat menarik.


Bagi menyemarakkan suasana buffet setiap tahun pihak zebra square akan mengundang anak-anak yatim dan rumah perlindungan dan meraikan serta berkongsi bersama dengan mereka rezeki pada bulan ramadhan. Pihak Zebra Square Kuala Lumpur juga ingin membuka ruang dan peluang kepada para dermawan diluar sana untuk berkongsi dengan anak-anak yatim. Pada yang berminat untuk menyertai tabungan ini boleh menghubungi pihak kami untuk maklumat lanjut.

Untuk tempahan, sila hubungi 
019 – 340 5719 / 019 – 233 1180 / 017 – 251 6316 
atau e-mel
info@moderndynamicgroup.com


Post a Comment

0 Comments