Bibir Mungil Berseri Dengan Fire & Ice Lip Booster Serum Keluaran Her Beauty

Bibir Mungil Berseri Dengan Fire & Ice Lip Booster Serum Keluaran Her Beauty | Assalamualaikum semua.. Lately ni tetiba rasa concern pula dengan bibir sis. Makin lama nampak kusam dan kurang berseri. Jeles bila tengok bibir orang lain berseri-seri je. Siap nampak pinkish gichuuu. Mujur la sis berkenalan dengan satu produk yang best iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum keluaran jenama Her Beauty. Ha, nak tau best ke tak produk ni Lip Booster Serum?? Meh baca sampai habis.


Untuk pengetahuan korang, Fire & Ice Lip Booster Serum merupakan produk rawatan bibir pertama milik selebriti tanahair iaitu Nynaa Harizal. Sejajar dengan potensi pasaran industri kecantikan yang semakin banyak menyaksikan dominasi jenama keluaran tempatan di Malaysia, Nynaa Harizal bijak memanfaatkan peluang untuk mula berjinak dalam dunia perniagaan sekaligus membina empayar kosmetik menerusi jenamanya sendiri iaitu ‘Her Beauty’.



Majlis Pelancaran Her Beauty Dan Memperkenalkan  Fire & Ice Lip Booster Serum


Dalam sebuah majlis sidang media tertutup yang diadakan baru-baru ini, Her Beauty telah dilancarkan kepada umum. Buat julung kalinya juga, tayangan perdana iklan televisyen komersial ‘Her Beauty’ yang diterbitkan khas sebagai strategi pemasaran bagi mempromosikan produk kosmetik Fire & Ice Lip Booster Serum turut dipertontonkan kepada barisan media secara rasminya sewaktu majlis pelancaran tersebut.


Masa dalam majlis tersebut, Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ turut berkongsi bagaimana beliau boleh menceburi bidang perniagaan terutamanya dalam industri kosmetik. 

“Seperti yang kita tahu, maklumat dan data merupakan elemen yang paling penting sebelum menceburi bidang perniagaan khususnya yang membabitkan produk kecantikan kosmetik. Oleh itu, kami terlebih dahulu sudahpun membuat kajian terperinci untuk mengenal pasti pasaran dan pelanggan sasaran supaya produk yang dihasilkan selari dengan permintaan semasa dan tidak bersifat ‘syok’ sendiri."
~ Nynaa Harizal selaku Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif ‘Her Beauty’ ~


Beliau juga turut berkongsi sewaktu masih dalam fasa ‘market research’ untuk jenama ‘Her Beauty’, ternyata trend pelanggan di Malaysia kini cenderung untuk memilih produk keluaran tempatan yang menawarkan kualiti tinggi dengan harga berpatutan. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap jenama dan produk lokal semakin meningkat. Ini juga membuktikan kualiti produk lokal dilihat sudah setanding dengan produk antarabangsa. Jadi, Nynaa merasakan ini merupakan waktu terbaik untuk melancarkan produk pertama keluaran ‘Her Beauty’ iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum untuk bersaing secara sihat dengan produk sedia ada di pasaran.


Fire & Ice Lip Booster Serum


Fire & Ice Lip Booster Serum dicipta dengan teknologi tinggi untuk turut bertindak sebagai plumper bagi memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna.produk Fire & Ice Lip Booster Serum didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi efek berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama. Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah menyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit.


Serum Fire yang diformulakan dengan bahan pelembap semulajadi seperti asid hyaluronik, minyak jojoba, ekstrak minyak kelapa organik, minyak badam, vitamin E dan minyak biji anggur akan memberikan warming effect yang boleh membuatkan bibir menjadi mungil, tegang dan lembab secara semulajadi dengan selamat.


Manakala serum Ice pula diperkaya dengan ekstrak beri, vitamin E, mentega murumuru dan minyak argan yang akan memberikan cooling effect selepas penggunaan serum Fire untuk memberi kelembapan bagi merawat masalah bibir kering, kusam dan merekah.


Betul ke Fire & Ice Lip Booster Serum memberi solusi bibir mungil berseri dengan efek anjal serta-merta kepada pengguna?? Ahaaa, masa dalam majlis tempoh hari, Nynaa ada membuat demo cara pakai dan testimoni terhadap 2 orang model. Memang betul weii bibir jadi mungil serta-merta. Kagum giler sis tengok hasilnya. Ternyata produk ni telah berjaya menambat hati sis ye. Harga pun tak mahal sangat tau. Mampu milik gichuuu...



Harga runcit mampu milik serendah RM44.90 sekotak

Produk rawatan bibir Fire & Ice Lip Booster Serum boleh dibeli menerusi laman web rasmi di www.herbeauty.com.my atau platform media sosial Instagram @myherbeauty atau Tiktok @myherbeauty ataupun melalui ejen dan stokis berdaftar



Post a Comment

0 Comments