Kempen 'Miaowmori Ikonik' Roadshow Mengimbau Memori Zaman Kanak-Kanak

Kempen 'Miaowmori Ikonik' Roadshow Mengimbau Memori Zaman Kanak-Kanak | Assalamualaikum semua... Bila dah tua-tua ni kadang-kadang terasa rindu masa zaman kanak-kanak. Masa tu riang ria sungguh bermain tanpa memikirkan masalah dunia. Tiap-tiap petang mesti keluar jumpa kawan-kawan pastu dah nak senja baru balik.. hehe. Time tu segala jenis permainan tradisional kitorang main macam lompat getah, baling selipar dan banyak lagi. Korang masih ingat tak?


Jadi untuk mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak ni, Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia kembali lagi dengan lima perisa klasik, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau. Kempen “MIAOWMORI IKONIK” yang dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya pada 2hb Mac 2023 sempena dengan 'Iconic Miaowments Roadshow' yang berlangsung dari 2hb Mac hingga 5hb Mac 2023.

“Konsep di sebalik jerayawara kami di Mydin ini diinspirasikan oleh permulaan kami pada tahun 80an. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mereka mengingati kami sebagai snek yang sering mereka nikmati semasa kecil atau yang dikongsi bersama orang yang tersayang. Menerusi jerayawara ini, kami berharap agar para hadirin dan pengunjung boleh mengimbau semula zaman kanak-kanak mereka sambil menikmati snek kami, dan sebab itu juga kami membawakan semula beberapa permainan tradisional dan klasik seperti Tingting , lukisan pasir dan banyak lagi.”
~ Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow ~


Menurut Encik Jason Ch'ng, Mydin adalah rakan yang ideal untuk jerayawara ini kerana mereka mempunyai sifat yang sama iaitu mereka juga merupakan jenama Malaysia dengan warisan selama lebih 60 tahun dan mempunyai kedudukan yang mantap di seluruh Malaysia. Jadi pihak Miaow Miaow sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Mydin


Selain daripada melancarkan kempen “MIAOWMORI IKONIK” secara rasmi, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”. Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama. 


Bagi sesiapa yang nak merasai keenakan dan kerangupan keropok Miaow Miaow, boleh je beli kat sini sebab semua perisa ada dijual. Antara pilihan snek paling laris yang diketengahkan pada acara itu ialah:
Keropok Udang Miaow Miaow – Dibuat dengan udang dan disimpan pada suhu rendah bagi mengekalkan kesegarannya, snek ini dipanggang dengan teliti bagi memastikan rasa udangnya yang asli dapat dinikmati sepenuhnya.
Keropok Ubi Miaow Miaow – Kaya dengan rasa kentang bagi memenuhi keinginan anda dan memberikan anda pengalaman yang menggembirakan. 
Snek Kekacang Hijau Miaow Miaow – Jika anda menggemari kacang pea, anda pasti menyukai snek ini! Kacang hijau ini dibentuk unik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda. 
Keropok Perisa Ayam Miaow Miaow – Rasa klasik zaman kanak-kanak yang membolehkan anda mengimbau dan mencipta memori indah bersama-sama keluarga. Diperkayakan dengan rasa ayam dalam setiap gigitan. 
Keropok Perisa Sotong Miaow Miaow – Snek berperisa sotong yang pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah.


Kalau korang nak tahu, keropok Miaow Miaow ni telah menjadi kegemaran tempatan sejak tahun 1989 tau. Miaow Miaow mula ditubuhkan di Batu Pahat sebagai sebuah perniagaan pengagihan keluarga, ia pakar dalam penghasilan, pembekalan, dan pengeksportan pelbagai snek, dijual pada harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia dengan pelbagai gaya hidup dan budaya yang berbeza di seluruh dunia. 


Macam sis sendiri pun dah start menggemari keropok Miaow Miaow sejak dari zaman sekolah lagi. Ingat lagi balik sekolah je mesti singgah kedai runcit beli keropok Miaow Miaow. Masa tu sis suka yang perisa udang dan ayam. Jadi bila Miaow Miaow buat Roadshow, of course la sis teruja untuk datang. Tambahan pula ada juga permainan masa zaman kanak-kanak dulu seperti Batu Seremban, Lompat Ting Ting, Musical Chair dan juga skipping. Fuhh, happening dekkk...



Ingat lagi tak dengan Gashapon Machine?? Ha, kat Miaow Miaow Roadshow ni ada Goshapon Machine tau. Actually ia adalah untuk Lucky Draw dengan hanya pembelian sebanyak RM10 produk Miaow Miaow dah boleh join dah. Hadiah boleh redeem on the spot tau. Ha, nak tau sis dapat apa? Sis dapat keychain... Comel tauuuu.


So, kalau korang berkelapangan hujung minggu ni, ayuh bawa keluarga datang ke Mydin Subang Jaya untuk menggamit memori bersama-sama dengan Miaow Miaow. Sis dah pergi, so korang bila lagi???

Miaow Miaow
'Iconic Miaowments Roadshow'

Tarikh :
2hb - 5hb Mac 2023

Alamat :
Mydin Subang Jaya Hypermarket 
(Mydin Wholesale Hypermarket)
675;676, Persiaran Subang Permai, 
Taman Perindustrian Usj 1, 
47500 Subang Jaya, Selangor



Post a Comment

0 Comments