MAHA BUFFET Di Dewan C MAEPS Serdang Iftar Terbesar Malaysia 2023

MAHA BUFFET Di Dewan C MAEPS Serdang Iftar Terbesar Malaysia 2023 | Assalamualaikum semua.. Fuhhh, bila baca tajuk macam menarik je kan. Mana taknya, ini first time sis dengar buffet ramadan diadakan di MAEPS Serdang. Biasanya sis pergi sini time MAHA je tapi kali ni ada MAHA BUFFET pulak, wow menarik kan. So, bila sis dijemput ke majlis Food Testing oleh pihak penganjur, harus la laju je kan sis pergi. Nak juga tengok macam mana rupa buffet berbuka/ifter terbesar di Malaysia untuk 2023 dengan harga di bawah RM100 ni. Macam biasa, nah sis kongsikan juga dengan korang.


Projek MAHA BUFFET ini melibatkan dua otai dalam dunia Food & Baverage (F&B) iaitu Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong yang berpengalaman lebih sedekad dalam bidang masakan. Mereka yang terkenal dengan menu tengahari seperti sotong giant bakar dan western food telah bergabung bagi menjayakan projek mega Ramadan ini. Projek MAHA BUFFET ini akan bermula pada Ramadan kedua iaitu 25 March 2023 sehingga 20 April 2023 bermula 6.30pm hingga 10.00pm di Dewan C, MAEPS Serdang. 


Buffet Ramadan ini digelar sebagai MAHA BUFFET kerana mempunyai lebih 200 jenis menu setiap hari dan 20 stall live cooking menu yang terdiri dari bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, pencuci mulut, kuih-muih dan menariknya di MAHA BUFFET turut menyediakan Kids Food Station supaya kanak-kanak juga turut menikmati menu berbuka yang lazat dan menepati citarasa anak-anak. 


Sepanjang program food testing ini, pelbagai jenis makanan dan minuman yang kami nikmati dan rasanya sangat memuaskan hati. Sedap, terasa seperti makan di rumah. Cukup rasa, bahan dan yang paling penting BERSIH. Setiap masakan itu dimasak dengan penuh kasih sayang dan teliti penyediaannya. Bab makanan ni, kebanyakan memang cerewet tapi sis yakin di MAHA BUFFET, korang tidak akan menyesal. 











MAHA BUFFET juga berlainan dari buffet Ramadan yang lain tau. Dengan tagline “Family Friendly Buffet”, mereka ada menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan seisi keluarga sebelum waktu berbuka. Antaranya seperti Arcade Game, Bouncing Castle, PS4 Game Station, Origami & pelbagai lagi aktiviti menarik. Maklum la, kadang-kadang tu ada yang sampai awal kan. Jadi pelanggan terutama kanak-kanak takde la bosan menunggu. 


Lebih menarik setiap hari akan diserikan dengan persembahan dari LIVE BAND, artis nasyid dan perkongsian dari penceramah-penceramah serta ustaz terkenal tanah air seperti Ustaz Shamsul Debat, Ustazah Siti Nor Bahyah dan ramai lagi sepanjang bulan Ramadan. Julung kalinya, MAHA BUFFET turut menganjurkan program tadarus Al -Quran yang akan diadakan setiap hari sebelum berbuka. Ia memberi peluang kepada semua muslimin muslimat untuk bertadarus sementara menunggu waktu berbuka. 










Ruang makan yang disediakan luas dan berhawa dingin sepenuhnya pasti akan memberi keselesaan kepada keluarga yang datang untuk meluangkan masa iftar bersama. Kemudahan lain seperti surau yang luas, ruang parking percuma seluas 1 ekar, malah MAHA BUFFET turut menyediakan ruang parking VIP & Valet Parking untuk memudahkan semua pengunjung yang datang. 





Harga MAHA BUFFET Di MAEPS Serdang

Dewasa RM89.90
Kanak-kanak/OKU/Warga emas RM49.90
Kanak-Kanak 4 tahun dan kebawah Percuma

Serius bagi sis bila dah rasa makanan mereka dengan melihat harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi. So kalau korang nak merasai kelainan dalam suasana berbuka puasa di bulan Ramadan nanti, datang la ke MAHA BUFFET. Pasti meriah dengan :

 200 jenis menu pelbagai jenis
 Lebih 20 aktiviti untuk kanak-kanak
 2 mega Kids area 
 Persembahan artis nasyid terkenal
 Perkongsian penceramah terkenal tanah air 
 Ruang makan berhawa dingin sepenuhnya 
 Parking PERCUMA 
 Surau yang luas & selesa


Untuk info lanjut dan tempahan boleh rujuk di Instagram @mahabuffet atau klik link ini https://linktr.ee/munstermalaysia


Post a Comment

0 Comments