Citarasa 40000 Buffet Dinner Di Best Western i-City Shah Alam

Citarasa 40000 Buffet Dinner Di Best Western i-City Shah Alam | Assalamualaikum semua.. Yuhuuu warga Shah Alam, berbuka puasa kat mana hari ni?? Kalau buntu nak Iftar kat mana , ha meh sis suggest korang untuk berbuka puasa di Best Western i-City Shah Alam. Sis dah pergi dah masa hari first buffet mereka hari tu. Jujur sis cakap memang happening dan menu-menu yang ada pun menarik. Nak tau tak apa hidangan yang ada?? Ha, meh baca sampai habis..


Nama buffet kat Best Western i-City Shah Alam ni adalah Citarasa 40000 Buffet Dinner. Uish, apa maksud 40000 tu?? takkan menu kat sini sebanyak?? eh.. rupanya 40000 tu merupakan poskod Shah Alam.. ahaha, sorry la sis bukan orang Shah Alam so lupa plak poskodnya... hihi. Citarasa 40000 Buffet Dinner menawarkan pelbagai menu masakan melayu, Arab, Western, Thai, Indonesia, India dan Cina.


Terdapat 7 stalls yang akan menyediakan makanan mengikut speciality masing-masing. Pengunjung boleh mengambil makanan seperti Salai Set di Malay Corner, Shawarma Set dan Arabic Lamb Stew dari Arabic Corner manakala Pasta, Grilled Lamb dan juga Beef Stew dari Western Corner. Peminat Nasi Ambeng boleh nikmatinya dari Indonesian Corner, menu favourite ramai iaitu Briyani Set di Indian Corner dan Hainamese Rice Set serta Dimsum di Chinese Corner. Sebut pasal Nasi Briyani kat sini special tau sebab dihidangkan dalam buluh. Uishh, unik betholll. 












Oh ya, jangan lupa juga untuk ke Thai Corner sebab ada menu kegemaran dari Thai seperti Miang Kham, Somtam, Luk Chup dan juga Pulut Mangga. Menu-menu ni disediakan oleh orang Thai sendiri tau. Ye, mereka dijemput datang khas untuk penyediaan makanan di Thai Corner. Baru la betul-betul Authentic kan.





Selain menu-menu yang sis sebutkan kat atas, sebenarnya ada banyak lagi menu-menu lain. U guys boleh makan Seafood On Ice, pelbagai jenis bubur, kerabu, sup, laksa, mee, satay dan banyak lagi. Untuk desserts pula boleh nikmati pelbagai jenis kuih-muih, kek, dan pastries. Untuk air minuman pun ada banyak jenis tau. Sambil cedok air tu perati la nama-nama air tu. Unik tau.. 












Ok la.. dah cerita pasal menu, meh sis reveal harga pula. Rujuk bawah ye :

Harga Citarasa 40000 Buffet Dinner
RM128 nett dewasa
RM96 nett kanak-kanak/warga emas

Citarasa 40000 Staycation
Bagi yang nak stay dekat sini pun boleh tau
RM409 untuk 2 orang
*Penginapan + Sahur + Citarasa 40000 Buffet Dinner

Untuk maklumat lanjut dan tempahan di Best Western i-City Shah Alam, sila hubungi
☎️ +603 5521 9000
💻 enquiry@bestwesternicity.my
💻 sales@bestwesternicity.my




Post a Comment

0 Comments