Kieslect Lady Calling Watch Lora Jam Tangan Pintar Untuk Wanita | Assalamualaikum semua.. Koranggg, nak tahu satu cerita tak?? Beberapa bulan lepas kan sis sedih sangat sebab jam tangan pintar (smartwatch) sis hilang. Seingat sis tertinggal di toilet shopping mall. Dah la tu first smartwatch sis tau dan baru je pakai beberapa bulan. Sayang sangat tapi nak buat macam mana. Redha je la. Rupanya, Allah nak gantikan dengan yang lebih baik bila sis berjumpa dengan jam tangan pintar Kieslect.
Dalam banyak-banyak smartwatch yang ada di Malaysia ni, tapi hati sis jatuh cinta pada Kieslect. Ha, Nak tau sebab apa? Ini kerana Kieslect merupakan jam tangan pintar yang menggabungkan gaya dan utiliti yang sempurna untuk kegunaan gaya hidup moden. Selain tu, Kieslect juga menitikberatkan kegunaan produknya, berusaha untuk memberikan reka bentuk yang menarik, kualiti yang unggul dan sentiasa memberi nilai terbaik untuk pelanggan.
Semua jam tangan pintar Kieslect didatangkan dengan pelbagai fungsi, termasuk menerima panggilan terus pada pergelangan tangan, panggilan Bluetooth yang stabil, pemain muzik yang elegan, mod sukan yang berbeza dan banyak lagi. Semua ciri yang ada pada Kieslect ni la yang membuatkan sis tak berfikir panjang untuk dapatkan satu bagi memudahkan urusan seharian sis. Ye, zaman sekarang ni jam bukan sekadar jam tetapi dah jadi PA merangkap BFF dah.
Sedikit Info Mengenai Kieslect
Sebelum sis dapatkan Kieslect Smartwatch ni of course la sis akan google dulu serba sedikit info mengenai jam tangan pintar ni kan. Mula ditubuhkan pada 2017, Kieslect telah bekerjasama dengan penyedia teknologi wayarles terkemuka dan syarikat terpilih lain dengan teknologi teras untuk menerima dan menerajui dunia baharu peranti boleh pakai pintar berkualiti dengan reka bentuk yang elegan. Kini Kieslect mempunyai 5,000 outlet di lebih 60 buah negara dengan lebih kurang 600 orang pekerja di seluruh dunia. Bukan tu je, produk Kieslect juga diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA tau. Ini menunjukkan yang jenama Kieslect ni bukan kaleng-kaleng ye dan antara jenama yang dipercayai serta mematuhi standard yang tinggi.
Apa yang menarik perhatian sis adalah mengenai gabungan teknologi wayerless termaju dan rekabentuk jam yang bergaya dan memberi keyakinan kepada si pemakai. Aha, sis juga ada baca yang Kieslect telah memenangi beberapa siri anugerah reka bentuk antarabangsa, termasuk Red Dot Design Award, iF Design Award, dan German Design Award. Wow, ini membuatkan sis bertambah yakin untuk memiliki jam tangan pintar Kieslect.
Tadaaa, ni la dia rupa jam tangan pintar Kieslect milik sis. Cantik tak??? Ha, yang ni merupakan Siri jam tangan pintar Kieslect untuk wanita iaitu Kieslect Lady Calling Watch Lora. Reka bentuk jam ni lebih mesra pengguna khas untuk wanita tau. Ada tiga pilihan warna iaitu Merah Jambu, Emas dan Ungu. Bagi sis ketiga-tiga warna cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana. Akhirnya sis decide pilih yang purple la.
Jatuh Cinta Pandang Pertama Dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora
Bila Kieslect Lady Calling Watch Lora sampai je terus la sis unboxing. First impression bila sis pegang jam tangan Kiesect ni sis dah terus jatuh cinta pandang pertama tau. Mana taknya, sis suka sangat dengan reka bentuk jam ni. Berbeza dengan smartwacth yang sis ada sebelum ni, Kieslect Lady Calling Watch Lora didatangkan dengan screen berbentuk bulat dan juga tali bermagnet (magnetic strap). Serius mudah sangat nak pakai bila tali jenis magnetic ni. Just tarik ikut sukatan tangan then lepas je. Terus melekat kuat kat pergelangan tangan. Dalam kotak juga ada extra strap berwarna keemasan. Cantik tau. Ha, nanti boleh la tukar-tukar tali kalau nak bergaya ikut kesesuaian outfit kan.
Bila 'ON' je jam ni, lagi sekali sis teruja ye sebab paparan pada screen sangat jelas tau. Maklum la, sis ni ada rabun jauh dan dekat (opppsss, kantoi dah tua 😝) jadi dengan paparan 3D Full View Colorful Display pada Kieslect Lady Calling Watch Lora ni memudahkan sis nak tengok or baca info pada jam tu. Oh ya, jam tangan Kieslect ni menggunakan Fadeless Aluminum Case tau. So, tak perlu risau sebab warna dia takkan pudar dan nampak cantik dan elegen je bila digayakan.
Sambungan Kieslect Lady Calling Watch Lora Pada Telefon
Macam biasa kalau dah nama smartwatch ni of course la boleh sync dengan telefon pintar kita kan. So, sebelum guna Kieslect Lady Calling Watch Lora, sis pun ikut la arahan pada manual yang diberi untuk cara-cara nak connect kat phone. Surprisingly mudah ye nak setting, download aplikasi GloryFit dan connect pakai QR code je.
Kalau korang nak tau, Kieslect Lady Calling Watch Lora menggunakan sambungan Bluetooth 5.2 yang stabil. So, bila dah sync dengan telefon lebih mudah untuk kita nak guna fungsi-fungsi yang ada pada jam. Antaranya seperti nak Customizable watch faces. Pilih je mana-mana gambar dalam gallery telefon dan edit. Baru la cun Kieslect Lady Calling Watch Lora sebab ada muka sendiri. Tapi kalau jemu nak tengok muka sendiri, tukar jela kepada watch faces yang lain..hehe..
Oh ya, Kieslect Lady Calling Watch Lora ni ada built in speaker tau. So, kalau nak dengar music ke atau nak jawap panggilan tak perlu dah nak capai telefon. Boleh terus play dari jam. Bunyi yang keluar dari jam ni pun clear tau, takde sound pecah-pecah. Sedap je dengar bunyi dia. Kalau jawap call pun mudah sebab ada fungsi AI Voice Assistant. Hanya perlu sebut je apa yang kita nak seperti "Play Music" untuk mainkan lagu ataupun "Call Mom" untuk buat panggilan. Mudah kan. Eh, baca mesej dari Whatsapp, Telegram, Facebook atau aplikasi lain yang seangkatan pun boleh tau. Yang penting kena setting for the first time then lepas tu dah boleh guna dah.
Fungsi Kieslect Lady Calling Watch Lora Ketika Senaman atau Aktiviti Sukan
Bila dah ada smartwatch ni rugi la kalau tak exercise kan sebab kita dah ada Personal Coach yang akan membantu untuk membuat senaman. Sebut je nak buat senaman apa, semua ada tau sebab Kieslect Lady Calling Watch Lora ni ada 70 sports modes. Ada running, cycling, badminton, football, dancing, Yoga dan banyak lagi la. Nak sebut satu-satu banyak la pulak kan.
Mesti korang terfikir macam mana jam tangan Kieslect ni berfungsi bila kita bersenam kan. Ok, sis dah cuba dah so meh la sis share sikit. Bila kita bersenam, ON kan sport mode tu mengikut jenis senaman atau sukan yang kita buat. Lepas tu nanti Kieslect akan kirakan kadar degupan jantung setiap minit (BPM) dan juga jumlah kalori yang dibakar ketika bersenam.
Ye, dengan Kieslect Lady Calling Watch Lora ni kita boleh check kiraan langkah (steps), kalori, Kilometer, SPO2 dan degupan jantung. Bukan tu je, jam Kieslect ni juga boleh pantau waktu kita tidur tau. Boleh tau berapa lama Deep Sleep kita tau. Fuhhh, canggih kan. Penting tau untuk tahu info-info macam ni demi kasihatan kita. Mujur la ada Kieslect Lady Calling Watch Lora.
Kieslect Lady Calling Watch Lora Membantu Semasa Hari Istimewa Wanita
Setiap wanita akan ada hari istimewa setiap bulan. Maksud sis ketika datang bulan la (haid). Ye, memang haid ni akan datang setiap bulan tapi bagi seseorang wanita penting untuk mengira tarikhnya tau terutama bagi yang dah kahwin. Salah satu fungsi yang paling sis suka pada Kieslect Lady Calling Watch Lora adalah Peringatan Haid Wanita (Female Menstrual Reminder). Memang teman yang sempurna untuk mengingatkan sis tentang hari-hari istimewa setiap bulan. Jadi dapat la sis menjaga kesihatan dengan lebih baik. Macehhh Kieslect Lady Calling Watch Lora 😍
Kieslect Lady Calling Watch Lora Memudahkan Urusan Seharian
Jujur sis cakap sebelum ni sis memang sejenis yang tak suka pakai jam (jam yang hilang tu pun sempat pakai kejap je) tapi sejak ada Kieslect Lady Calling Watch Lora memang kehidupan sis lebih teratur. Selain dari fungsi-fungsi yang sis cerita kat atas ni ada banyak lagi fungsi yang ada pada jam tangan memang memudahkan urusan seharian sis. Antaranya seperti Calculator, Stopwatch, Alarms, Timer, Weather forecast. Kalau gelap, ada fungsi Flashlight, kalau boring boleh main Game, nak ambil gambar boleh shake je jam, kalau terlupa telefon kat mana ada fungsi Find Phone, kalau ada kecemasan boleh call SOS dan macam-macam lagi tau.
Pendek kata sepanjang sis guna Kieslect Lady Calling Watch Lora ni sis dah In Love dengan fungsi dia. Dah la cantik, IP68 Waterproof pula tu. Cuma jangan la bawa mandi, berenang, ataupun menyelam. Walau bagaimanapun bagi sis memang best tau pakai jam ni. Bukan tu je, Kieslect Lady Calling Watch Lora merupakan 'The 3rd 2-in-1 Core calling chip in the world' tau. Ini membuatkan penggunaan kuasa adalah 30% lebih rendah daripada dual chip, membolehkan ia bersaing dengan 10 jam tangan teratas dari segi hayat bateri. tu yang seronok guna jam ni sebab Kieslect Lady Calling Watch Lora merupakan jam tangan pintar yang pantas, stabil dan cekap tenaga.
Dari segi harga pula, Kieslect Lady Calling Watch Lora memang dah berbaloi sangat tau. Dengan bajet yang rendah dah boleh dapat jam tangan pintar yang dapat membantu urusan seharian. So, kalau korang mencari-cari jam tangan pintar sila la beli Kieslect Lady Calling Watch Lora.
Oppss, ni pesanan untuk kaum wanita tau. Bagi kaum lelaki pula boleh beli Kieslect Calling Watch Ks, Kieslect Calling Watch Kr Pro, dan Kieslect Calling Watch Kr. Pembelian jam Kieslect akan dapat waranti selama setahun untuk penukaran produk yang rosak (tidak termasuk aksesori) untuk unit serba baharu. Tapi kalau kerosakan tu disebabkan kecuaian kita memang tak dapat la ekk. Harap maklum.. ahakkk.
Oh ya, untuk pembaca blog sis yang setia baca sampai habis, nah sis kongsikan link dan juga kod diskaun untuk pembelian jam Kieslect. Jangan cakap sis tak payung ye.. hehe
Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os
Kieslect Lady Calling Watch Lora Bonus discount rm5 voucher: KIESLORA
Kieslect Calling Watch Ks Bonus Discount Rm10 voucher: KIESKS
First come first serve
Ni pula sis belanja video kisah sis bersama Kieslect Lady Calling Watch Lora untuk menunjukkan dengan lebih jelas mengenai fungsi yang ada pada Kieslect Lady Calling Watch Lora. Harap bermanfaat untuk korang ye..
Kieslect Official Social Media Platform:
Facebook: https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram: https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
Twitter: https://twitter.com/KieslectMY
Hashtag:
#kieslect #kieslectks #kieslectkrpro #kieslectlora #kieslectkr #kieslectmy #kieslectmalaysia #smartwatch #ladywatch #fashionwatch #health #fashion #fitness
1 Comments
Cantik design dia, cukup feminin tapi functional habis!
ReplyDelete