Emas Chiang Heng Menawarkan Harga Emas Terendah Di Seluruh Malaysia

Emas Chiang Heng Menawarkan Harga Emas Terendah Di Seluruh Malaysia | Assalamualaikum semua.. Sebut pasal emas terus blink-blink mata sis. Weii, orang perempuan ni sape je yang tak teruja bila sebut pasal emas kan, Memiliki emas dalam bentuk barang kemas dah menjadi sinonim dengan kaum wanita. Ada yang membeli barang kemas untuk diperagakan malah ada juga yang membelinya untuk dijadikan pelaburan jangka panjang. Kira macam simpanan juga la. 


Tapi kan lately ni harga emas tidak menentu dan selalu naik. Macam sis sendiri selalu juga duk intai-intai harga emas semasa tapi bila tengok harga terus cancel nak beli. Jadi bila dapat tahu mengenai Emas Chiang Heng menawarkan harga emas terendah di seluruh Malaysia, terus sis teruja dan pergi usha sendiri di kedai. Ahaaa, mesti korang pun nak tahu juga mengenai kedai emas Chiang Heng ni kan, sila baca sampai habis naaa...


Untuk pengetahuan korang, Emas Chiang Heng ni memang jenama kukuh yang telah berada dalam pasaran selama 37 tahun dan dah ada 19 cawangan di seluruh Malaysia. . Emas Chiang Heng juga telah menerima pelbagai anugerah dan mendapat sokongan daripada pelanggan setia. Pada tahun 2020, Emas Chiang Heng mencatatkan rekod yang membanggakan dengan 117 siaran langsung dalam satu hari, memecahkan rekod The Malaysia Book of Records. Fuhhh, hebatttt... 


Apa yang menariknya mengenai Emas Chiang Heng ni adalah mereka bukan sahaja menawarkan barang kemas emas pada harga yang paling menarik, malah sering memberi pelbagai ganjaran dan tawaran istimewa kepada pelanggannya tau. Dengan misi "Semua orang mampu memiliki emas”, Emas Chiang Heng juga melancarkan promosi setiap bulan di setiap cawangan seluruh Malaysia dengan beri tawaran yang eksklusif. Setelah sis berkunjung sendiri ke salah satu outlet Emas Chiang Heng, berikut sis share dengan korang kenapa Emas Chiang Heng ni berjaya menambat hati sis :


1) Harga Emas Yang Terendah Di Chiang Heng


Macam yang sis katakan di atas, yesss memang betul Emas Chiang Heng ni ada menawarkan harga emas yang rendah di pasaran. Hurmm, pelik juga sis macam mana harga mereka boleh murah. Rupanya ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka boleh buat begitu seperti tidak perlu mengambil kira kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal, dan sebagainya. Ooo.. patut lah tak pernah nampak outlet Emas Chiang Heng di shopping mall. Jadi kos-kos yang dapat dijimatkan ini lah yang menjadikan mereka tidak perlu extra kos malah dapat memberikan pulangan terus kepada pelanggan dengan menawarkan harga emas yang berpatutan. 



2) Design Barang Kemas Yang Menarik


Bila tengok deretan barang kemas yang ada di Emas Chiang Heng ni terus buat sis jatuh cinta. Mana taknya, design-design barang kemas yang ditawarkan cantik-cantik weii.. Bila ditanya, rupanya Emas Chiang Heng juga menghasilkan rekaan barang kemas sendiri. Sekali lagi sis terpegun. Oooo.. patut la ada design-design dia fresh dan up-to-date. Kena dengan jiwa sis.. eh, gichuuu. 


Oh ya, disebabkan rekaan mereka sendiri maka terdapat penjimatan dari kos pengedaran borong, membolehkan Emas Chiang Heng mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah hingga harga emas, maka pelanggan dengan itu dapat membeli emas dengan harga yang paling murah dan berpatutan.


3) Harga Jualan Semula Emas Paling Tinggi Di Emas Chiang Heng


Masa survey-survey nak beli emas tu sis ada juga tanya kalau nak trade-in barang kemas sis yang lama. Weiii, percaya tak? Harga jualan semula emas di Chiang Heng tinggi tau.. ditambah pula dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus serta tanpa sebarang kos tersembunyi. Lebih penting, Emas Chiang Heng menerima emas untuk dijual semula tanpa banyak syarat, termasuk perhiasan emas yang tidak mempunyai sijil emas, dan Emas Chiang Heng menerima emas walaupun karat, pecah, dan kemek. Bahkan, Emas Chiang Heng juga menerima emas yang telah terbakar dalam kebakaran. Ia adalah satu tawaran yang sangat-sangat berbaloi tauuuu..



4) Pertukaran Barang Kemas Dalam Tempoh 7 Hari


Ok, part ni mesti korang tak percaya. Nak tau tak yang Emas Chiang Heng membenarkan pelanggan memulangkan atau menukar saiz perhiasan emas yang dibeli dalam tempoh 7 hari, dengan syarat tidak ada kerosakan. Perghhh, kalau beli baju pun dapat masa 3 hari je untuk tukar saiz tapi di Emas Chiang Heng 7 hari tuuuu.. Bukan tu je, Emas Chiang Heng juga menawarkan perkhidmatan membaiki dengan percuma dalam tempoh 30 hari (kecuali jika perhiasan tersebut memerlukan penambahan emas) dan servis membersihkan emas percuma seumur hidup, termasuk perkhidmatan rekaan emas menggunakan laser. Serius memang betul-betul bagus service diorang ni.


Haa, amacam?? Menarik kan kalau beli barang kemas di kedai Chiang Heng ni. Mata sis yang blink-blink ni terus bertambah bersinar-sinar bila dah jumpa idaman hati. Selain dari emas, sis juga ada dapatkan perhiasan subang mutiara di sini. Cantik kan. Rasanya dah lama telinga sis tak bersubang jadi alang-alang dah mai sini tu yang berkenan tu. 


So guys, kalau korang mencari-cari barang kemas dengan harga yang berbaloi boleh la datang ke kedai Emas Chiang Heng. Ni sis listkan senarai outlet Emas Chiang Heng :

  1. Butterworth, Pulau Pinang (HQ)
  2. Jelutong, Penang
  3. Bukit Jambul
  4. Bukit Mertajam
  5. Alma, Bukit Mertajam
  6. Sungai Petani, Kedah
  7. Taiping, Perak
  8. Alor Setar
  9. Ipoh
  10. Kepong
  11. Puchong
  12. Cheras
  13. Seremban
  14. Kuchai Lama, KL
  15. Kota Laksamana, Melaka
  16. Muar
  17. Kluang
  18. Johor
  19. Bukit Tinggi, Klang


Andai kata korang tak dapat datang ke outlet, boleh je nak beli secara online. Boleh klik link di bawah untuk info lanjut dan pembelian :



Post a Comment

1 Comments