Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness Dan Lisa Surihani Sebagai Duta

Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness Dan Lisa Surihani Sebagai Duta | Assalamualaikum semua.. Wahh, Cantiknya Lisa Surihani. Selama ni duk tengok kat TV je tapi bila dapat tengok depan mata terus teruja. Tak sia-sia sis datang ke Putrajaya untuk menghadiri Majlis Pelancaran Daia Hijab All Day Freshness dan perlantikan Lisa Surihani sebagai Duta Daia yang bertempat di Alamanda Shopping Centre. Tahniah Lisa Surihani..


Kalau korang nak tau sis memang suka sabun Daia. Memang selalu guna tau. Terbaru, Daia memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, satu penyelesaian inovatif yang menghapuskan semua bau termasuk bau peluh ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, memberikan kesegaran sepanjang hari. Paling menarik, ia sesuai digunakan untuk seisi keluarga especially untuk wanita yang bertudung. Nak tahu kenapa?
 

Kebanyakan wanita Muslim di Malaysia memakai tudung ataupun hijab. Hijab juga telah berkembang dari segi fungsi dan gaya dengan kehadiran trend fesyen hijab yang terkini. Walau bagaimanapun, keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, serta gelombang haba yang dialami di seluruh negara ketika ini menyebabkan kita banyak berpeluh, tidak kira lelaki, wanita, atau kanak-kanak. 


Lately ni kan cuaca panas di negara kita semakin meningkat. Dengan suhu mencecah 35°C di sesetengah kawasan di Malaysia, pemakaian hijab menjadi agak mencabar. Memandangkan pemakaian hijab melibatkan penutupan aurat sepanjang hari, terutamanya kepala, ia meningkatkan tahap kelembapan rambut, yang kemudiannya menyebabkan hijab dipenuhi dengan kesan peluh, Selain itu, peluh turut mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan dan membuatkan pemakai hijab berasa tidak selesa, resah gelisah, sehingga menjejaskan keyakinan diri mereka.


Jadi adanya Daia Hijab All Day Freshness formula terkini dengan Teknologi Smart lon™ dan Kawalan Bau Peluh yang memberikan prestasi standard tertinggi cucian kerana ia mampu membasmi 99.9% bakteria, menanggalkan kotoran degil, dan menghapuskan semua bau peluh keilka dicuci serta meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian bersih dan kekal segar sepanjang hari. la boleh didapati dalam bentuk serbuk dan cecair yang mana kedua-duanya lembut di tangan dan sesuai untuk pengeringan dalam rumah.

"Cuaca panas di Malaysia menyukarkan pemakaian hijab. Apabila kita berpeluh, bakteria daripada peluh akan terperangkap pada pakaian kita dan menyebabkan bau busk. Saya dengan sukacitanya memperkenalkan Daia Hijab All Day Freshness, yang dirumus dengan formulasi terkini, memberikan Kawalan Bau Peluh berprestasi tinggi yang dapat menghilangkan semua bau ketika dicuci dan meneutralkan bau ketika dipakai, menjadikan pakaian lebih bersih dan kekal segar sepanjang hari. Harumannya yang segar dan kekal lama membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan, supaya anda dapat kekal aktif dan segar sepanjang hari."

"Sebagai jenama terkemuka di kalangan jenama pencuci pakaian premium berstandard tertinggi, kami komited untuk sentiasa member penyelesaian berinovasi yang memenuhi keperluan pengguna kami. Dengan mengembangkan portfolio pencuci pakaian Kami, kami dapat menembusi kategori pencuci pakaian khusus untuk hijab kerana kami menyedari adanya peningkatan permintaan untuk pencuci pakaian yang dirumus khas untuk memberikan kesegaran sepanjang hari kepada pemakai hijab dan keluarga mereka," 

~ Eliza Yanti berkata, Jurucakap Gentle Supreme Sdn Bhd ~


Semasa hari pelancaran ini juga menyaksikan artis terkenal tempatan iaitu Lisa Surihani dilantik menjadi Duta Jenama rangkaian produk Daia. Rupanya beliau bukan sekadar menjadi duta malah beliau merupakan pengguna setia produk Daia tau. 
"Dengan adanya pencuci pakaian yang sesai untuk anda dan keperluan keluarga anda pasti akan memudahkan keria mencuci pakaian. Inilah kelebihan Daia Hijab All Day Freshness. la membolehkan anda menggunakan satu produk untuk mencuci hijab dan pakaian keluarga anda, menjadikan ia serba guna dan pilihan yang praktikal. Dengan menggunakan Daia Hijab All Day Freshness, saya pasti percayakan bukan sahaja hijab saya, tetapi semua pakaian keluarga saya turut mendapat cucian dan kesegaran berkualiti tinggi. Jadi, say tidak perl membeli pencuci pakaian yang berasingan atau bimbang mengenai tahap kebersian tau wangian yang berbeza bagi setiap jenis pakaian yang dicuci. Kepada semua pengguna yang bercadang menggunakan Daia sebagai pencuci pakaian pilihan mereka, say syorkan kepada mereka agar segera bertukar kepada Daia. Percavalah kepada reputasi dan rekod cemerlang jenama ini," 
~ Lisa Surihani, Duta Jenama rangkaian produk Daia ~


Humble dan peramah betul Lisa Surihani ni. Lurve sangat sis tengok dia. Sempat juga dia melayan peminat masa hari pelancaran tu.

Oh ya, bagi sesiapa yang ingin dapatkan produk Hijab All Day Freshness, ni sis kongsikan harga di pasaran :

👉 Cecair Pencuci Pakaian Daia Smart Hijab AII Day Freshness 
💰 RM26.90 untuk 3.8kg


👉 Pek isian semula 
💰 RM11.90 untuk 1.7kg 


👉 Serbuk Pencuci Pakaian Daia Hijab All Day Freshness
💰 RM5.95 untuk 750g
💰 RM15.90 untuk 2.3kg
💰 RM25.50 untuk 3.8kg


Produk in boleh dibeli di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.




Post a Comment

0 Comments