Ayam Bakar Oh-Semm Kini Kembali Di The Chicken Rice Shop

Ayam Bakar Oh-Semm Kini Kembali Di The Chicken Rice Shop | Assalamualaikum semua... Yuhuuu guysss, nak tahu tak??? Yeah, sempena sambutan ulang tahun ke-23 The Chicken Rice Shop (TCRS), Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) dah kembali di TCRS. Sis dapat tahu bila tengok ramai kengkawan share kat soc med. Dek kerana terliur tengok menu ni, apa tunggu lagi.. terus la sis pergi ke outlet TCRS di Mitsui Lalaport Bukit Bintang.


Tadaa, ni la dia Ayam Bakar Oh-Semm tu. ABOS ni merupakan karya kulinari yang dicipta dengan adunan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Lebih enak bila digabungkan pula dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain, perghhhh... hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan dan membuatkan sis rasa nak lagi dan lagi... 


Untuk hidangan Ayam Bakar Oh-Semm ni kita boleh pilih nak set Meal A, Meal B atau Meal C. Kalau korang datang dengan family atau kawan-kawan, boleh pilih Meal B atau Meal C tapi kalau datang secara individu atau berdua, boleh pilih set Meal A. Macam sis aritu pilih set Meal A tapi amik 2 set. Lepas tu kami add-on pula dengan air minuman So-Yammy iaitu air Creamy soya with Zesty Marmalade



Oh ya, untuk pengetahuan korang, pihak TCRS ada bagitau yang Ayam Bakar Oh-Semm ni memang hidangan kegemaran ramai dan sempena sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS, hidangan ini bukan sahaja kembali buat penggemar TCRS malah ia akan kekal dalam menu. Yayyy,  maknanya kita boleh la menikmati hidangan istimewa ini di seluruh negara sepanjang tahun! yippieeee..

“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” 
~ Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd ~


Bukan tu je, ada satu lagi berita best iaitu dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, kita berpeluang memenangi hadiah menarik dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm yang sedang berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023! So,sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS!


Untuk maklumat lanjut mengenai menu & peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, sila layari www.thechickenriceshop.com atau halaman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/.


Post a Comment

0 Comments