Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam

Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam | Assalamualaikum semua..  Alhamdulillah, cuaca yang cantik mengiringi perjalanan sis menuju ke Shah Alam bagi memenuhi undangan Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik. Oh ya buat pembaca blog sis sekalian pernah dengar Jubin Cantik?? Aha, bagi yang belum pernah dengar terutama yang memang mencari-cari idea renovasi rumah dan tengah riki-riki jenis jubin yang nak digunakan nanti, sila baca artikel sis ni sampai habis ye. Mana tau dapat memberi idea dekat uols nanti.


Sampai je ke lokasi, sis terus parking dan menuju ke lokasi Showroom Jubin Cantik. Dari kejauhan dah nampak dah bangunan berwarna kuning dengan deretan khemah. Ahaa, confirm ni la bangunan showroom Jubin Cantik. Kalau takde khemah tu pun gerenti tak sesat sebab showroom ni ada signboard yang tertera 'Jubin Cantik' manakala di bahagian tepi pula ada signboard ‘Yang Cantik-Cantik Sahaja’ yang merupakan tagline bagi Jubin Cantik tau.



Sebelum masuk ke showroom meh sis kongsikan serba sedikit mengenai Jubin Cantik. Mula ditubuhkan pada 2016, Jubin Cantik merupakan syarikat inovatif dengan pengalaman luas dalam kemasan dinding dan hiasan, terutamanya dalam dunia jubin & mozek seramik. Setakat ni showroom Jubin Cantik dah ada 2 cawangan. Yang pertama di Kajang (HQ) dan cawangan kedua ni adalah di Padang Jawa, Shah Alam. 


Majlis hari ini merupakan pembukaan cawangan kedua Jubin Cantik yang terletak  di Padang Jawa, Shah Alam tu la. Acara hari ini turut diserikan dengan Majlis bacaan yaasin dan doa selamat. Gimik perasmian pula dibuat oleh pemilik Jubin Cantik bersama isterinya dan turut memeriahkan majlis adalah terdiri dari staff Jubin Cantik serta ramai tetamu-tetamu jemputan. 



Bila melangkah je masuk ke dalam showroom Jubin Cantik, mata sis terus tertumpu ke bahagian dinding. Mana taknya, ada berderet-deret sampel jubin yang cantik-cantik. Ruang dalam showroom juga luas bagi memudahkan pelanggan untuk Setiap produk yang ditawarkan ada di bilik pameran (showroom) dan telah dipilih sendiri dengan mengambil kira keperluan pelanggan Jubin Cantik. Kakitangan Jubin Cantik pula mempunyai pengetahuan yang luas dan sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan, pereka dan kontraktor.


Apa yang menariknya, semua sampel jubin ni disusun dengan kemas dan diletakkan tagging supaya senang pelanggan nak tengok. Tapi kalau tak puas nak tengok, ha korang boleh rasa juga tau. Ehhh, bukan maksud sis makan sampel jubin tu 😂 tapi korang boleh cuba untuk pijak dan berjalan atas sampel jubin di lantai. Tujuan sampel jubin ni dibuat sebagai 'display tiles' di lantai supaya pelanggan boleh merasai sendiri pengalaman merasa tekstur tiles di lantai. Ha, baru la boleh membantu pelanggan untuk mendapatkan idea / imagine jika jubin dipasang di lantai.



Sis ingat dalam showroom Jubin Cantik ni cuma ada 'display tiles' je, rupanya tidak yeeee... Bila masuk ruangan di bahagian belakang rupanya ada Mock Up Area tau. So, kita boleh tengok rupa ruangan dapur, bilik membasuh (laundry area), bilik air dan tandas bila dah dipasang dengan jubin. Serius lawa weiii... tak sangka sesuatu ruangan tu akan lebih berseri-seri dengan Jubin Cantik. Memang sesuai la dengan nama dia kan. Aishh, kalau la sis ada rumah sendiri memang confirm la sis guna Jubin Cantik ni. 







Oh ya, masa sis pusing-pusing di bahagian Mock Up Area ni, sis perasan ada 'toilet bowl' dengan 'auto flush sensor' jenama Sorento. Apa lagi, sis pun test la. Wow, just wave je tangan kat bahagian sensor then air terus keluar untuk flush. Canggihnyaaaa.. Rupanya Jubin Cantik juga ada berkolaborasi dengan Sorento untuk bathroom dan kitchen package dengan tawaran yang berpatutan. Jadi kalau ada pelanggan yang nak buat dapur dan bilik air dah tak payah pening-pening, boleh mendapatkan jubin dan alatan untuk dapur dan bilik air dari jenama Sorento di Jubin Cantik.



Bila dah round dalam showroom ni memang rambang mata nak pilih jubin tau sebab ada pelbagai bentuk dan semuanya cantik-cantik. Tapi macam sis kan, sis berkenan la dengan beberapa jenis Mosaic Tiles seperti Ava Silver Mosaic Tiles, Fishscale XL Black Mosaic Tiles dan Mini Triangle Dark Blue Mosaic Tiles. Semua ni kalau pasang kat dapur, perghhh segakkk tau..mesti hari-hari sis akan auto rajin masak... agichuuu. 





Lepas tu kan, sis berkenan juga dengan Pattern Tiles di mana corak-corak yang ditampilkan memang cantik dan menarik. Sesuai buat mereka yang sukakan konsep encaustic styles, vintage dan ala-ala Moroccan styles gichuuu..


Ahaa, satu lagi jenis jubin yang sis paling suka adalah Wood Tiles. Zaman sekarang ni memang tengah hot dengan konsep minimalis dan juga bohemian. Selalunya tema macam ni memang akan blendkan dengan warna-warna earth. Jadi bila sis nampak Wood Tiles ni memang terus jatuh cinta. Tak sangka ada juga jubin bercorakkan kayu macam ni. 


Setelah puas mencuci mata melihat pelbagai jenis jubin yang cantik-cantik, sis pun mencuba nasib untuk 'Spin and Win' Contest. Putar punya putar, sis dapat RM50 Cashback ye. Wah, berbaloi juga ni. Kalau beli, jimat RM50 gitu. Selain tu, sekarang ada diskaun diberikan sehingga 20% untuk pembelian di showroom Shah Alam sehingga 12 Ogos & pembelian melalui website sehingga 20 Ogos. Ha, bertambah-tambah lagi la penjimatan untuk pembelian di Jubin Cantik kan.


Sebelum balik pula pihak Jubin Cantik ada memberikan sedikit cenderamata sebagai tanda terima kasih kerana sudi menghadiri Majlis Pembukaan Showroom Kedua Jubin Cantik Di Shah Alam. Ya Allah, buat susah-susah je. Sis harap semoga Jubin Cantik akan terus maju jaya dan dapat membuka lebih cawangan lagi selepas ni. InshaAllah.. 


So, buat korang yang tengah mencari-cari idea untuk renovasi rumah dan memerlukan jubin yang cantik dan berkualiti, meh la datang ke showroom kedua Jubin Cantik yang terletak di : 

Alamat : 
A1-2, Ground Floor, Jalan Serai Wangi F 16/F, 
Persiaran Selangor, Alam Avenue Padang Jawa, 
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi : 
Isnin-Sabtu (9.30 pagi – 6.00 petang)

Website :



Post a Comment

0 Comments