Oh Yeah Banana Leaf Di Brickfield, Kuala Lumpur

Oh Yeah Banana Leaf Di Brickfield, Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua... Yuhuuu, sape sini peminat nasi daun pisang?? Ahaa, kalau korang suka nasi daun pisang ni, meh sini sis nak share dengan korang satu tempat yang boleh korang pergi untuk menikmati hidangan yang sedap dan beraroma ni. Nak tau kat mana?? Ala, baca tajuk pun dah tau kan. Yesss.. nama tempat tu adalah di Restoran Oh Yeah Banana Leaf yang terletak di Brickfield, Kuala Lumpur.


Bagi sis lokasi restoran ni memang strategik sebab kita dah tau kan kat Brickfield ni vibe dia macam di India. Jadi mood untuk makan nasi daun pisang tu memang sampai. Lagi satu, lokasi restoran ni berhampiran dengan KL Sentral. So, mudah la nak mai sini kan. Bagi yang drive pula, tak jauh dari restoran ni ada tempat parking (berbayar). Jadi tak perlu risau nak cari parking. Ha, nak pi makan pun senang hati sebab tak perlu risau kena saman.. ekekeke..


Untuk pengetahuan korang, Oh Yeah Banana Leaf di Brickfield ni merupakan cawangan ke-3 tau. Cawangan pertama di Bukit Bintang manakala cawangan kedua adalah di Batu Caves. Untuk Oh Yeah Banana Leaf Brickfield ni terletak di bahagian end lot dan mempunyai 3 tingkat. Tapi untuk ruang makan cuma ada 2 sahaja buat masa ni.


Untuk Level Bawah (Ground Floor) korang boleh menikmati nasi daun pisang dan juga pelbagai menu dari South & North India Food. Ha, kalau korang nak try ataupun rindu dengan menu-menu Authentic dari sana, boleh la datang ke sini. Sis tau ramai pengggemar nasi daun pisang ni akan selalu repeat makan sebab sedap kan. Macam sis sendiri, dalam sebulan tu 2-3 kali juga la makan nasi daun pisang ni. Kadang tu sampai rasa macam mengidam.. eh, nooo sis tak pregnant ekk tapi lemak sis ni yang mengidam... ekekkeekeke..




Ok, berbalik kepada Oh Yeah Banana Leaf ni bagi sis restoran ni best sebab kat Level 1 ada ruang yang lebih privasi dan sesuai untuk mereka yang ingin mengadakan gathering ataupun majlis kecil-kecilan seperti nak celebrate birthday. Selain tu ada juga ruang terbuka di luar yang lebih santai untuk mereka yang ingin menikmati makanan sambil melihat panorama luar. 



Untuk Level 1 ni, menu yang ditawarkan ada macam-macam merangkumi pelbagai pilihan Mexican Indian cuisine, Western dan makanan tempatan. Menu yang korang kena try kalau datang ke sini adalah Bamboo Briyani. Kalau korang masuk restoran ni dan dengar bunyi tukk...tukkk..tukkkk. Itu tandanya ada orang makan Bamboo Briyani la. Sis dah try, syiok pulak time ketuk buluh tu. Aroma yang keluar dari buluh tu pulak jangan cakap laaa.. semerbak dan wangi. Dari segi rasa pula memang padu, cukup dengan rasa rempah ratusnya. Untuk Bamboo Briyani ni ada pilihan ayam, kambing, udang dan lain-lain. 



Bamboo Briyani

Oh ya, dengar kata ada menu istimewa yang akan dibawa ke Oh Yeah Banana Leaf Brickfield ni iaitu Kam Heong Seafood Shell Out With Siakap. Sebelum ni menu ni ada di cawangan Bukit Bintang. Korang tengok la menu ni weiiii.. memang terliur dibuatnya. Siap ada ketam, udang, sotong, kerang, sayuran dan juga ikan siakap. Kuah dia pulak memang padu weiii... Yang sis makan ni portion untuk 6 pax. Ada juga portion kalau datang berdua. Jangan risau, gerenti abes punya.

Kam Heong Seafood Shell Out With Siakap

2 pax gets a fillet of Siakap
4 pax gets 1x Siakap
6 pax gets 2x Siakap (the one on the photo)

Selain dari 2 menu di atas, ada banyak lagi menu-menu lain. Antara menu yang sis try adalah seperti di bawah ;

Quesadillas

Mexican tacos 

Nachos

Mexican Indian Pizza - Madurai Mutton Chukka

Sizzling Lamb Shoulder with Mint Jelly

Whole Chicken Roasted

Sizzling Spring Chicken with Herbs Butter

Tikka Prawns

Seafood Aglio Olio with Tikka Prawns

Nasi Goreng with Chicken

Nasi Goreng With Mutton

Mee Bihun Goreng

Amacam?? terliur tak?? Bagi sis secara keseluruhannya memang puas hati makan kat sini sebab masakan dia memang full of taste. Terasa semua rempah ratusnya. So, guysss kalau korang mengidam nak makan nasi daun pisang or menu-menu yang sis tunjukkan kat atas ni, meh la datang ke Oh Yeah Banana Leaf di Brickfield ni. Pssttt... jangan lupa ajak sis sekali tau.. ahakkkk


📍Oh Yeah Banana Leaf 
Address : 192, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur,
Opening Hours: 8am - 10 pm

Note : Oh Yeah Banana Leaf menggunakan bahan dari supplier yang mempunyai sijil Halal


Post a Comment

0 Comments