Hari Jantung Sedunia 2023 Pusat Perubatan Universiti Malaya

Hari Jantung Sedunia 2023 Pusat Perubatan Universiti Malaya | Assalamualaikum semua.. Jantung merupakan organ yang penting dalam tubuh badan manusia di mana ia merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Tahu tak bahawa Penyakit berkaitan jantung adalah antara penyebab utama kematian di Malaysia. Apa yang lebih menakutkan penyakit jantung ini kini menyerang bukan sahaja di kalangan warga tua malah golongan muda juga berpotensi untuk kena serangan penyakit jantung. Jadi penting untuk ambil tahu dan menjaga kesihatan jantung.


Sempena World Heart Day 2023, pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mengadakan Majlis Hari Jantung Sedunia 2023 anjuran Unit Makmal Kardiologi, PPUM bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Majlis ini diadakan pada 9 November 2023 yang lalu dan Alhamdulillah sis juga berpeluang untuk hadir ke majlis ini bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan jantung.


Majlis Hari Jantung Sedunia 2023 Pusat Perubatan Universiti Malaya telah dirasmikan oleh Profesor Dr. Nazirah Hasnan (Pengarah, Pusat Perubatan Universiti Malaya) dan Profesor Dr. Imran Zainal Abidin (Ketua Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya) dengan tema 'Use Heart 💗 Know Heart 💗'



Untuk majlis hari ini, para peserta didedahkan dengan isu berkaitan jantung melalui 3 sessi iaitu :

Sesi 1 : Heart attack and Heart failure in Malaysia and UMMC. An update
Penceramah : Profesor Madya Dr. Alexander Loch, Consultant Cardiologist and Physician, University Malaya Medical Centre, Kuala Lumpur, Malaysia

Bagi sesi pertama ini, Profesor Madya Dr. Alexander Loch menerangkan mengenai masalah kesihatan jantung iaitu 'Heart attacks and Heart failure', 'The Challenges', dan juga 'Activities in UMMC'. 


Jujur sis cakap bahawa sis baru tahu rupanya ada 2 kategori sakit jantung ni iaitu 'Heart attacks and Heart failure'. Sebelum ni sis duk ingat sakit jantung ni sama je, menyerang dengan tiba-tiba dan boleh bawa maut. 'Heart Attack' terjadi apabila saluran arteri dalam jantung tersumbat akibat pengumpulan kolesterol di dalam dinding arteri (proses Aterosklerosis). Ini menghalang aliran darah kepada otot jantung, dan menjejaskan bekalan oksigen. Mengikut statistic 2020, sebanyak 17% punca kematian disebabkan “Ischaemic heart disease" dan purata menunjukkan golongan lelaki lebih cenderung untuk terkena serangan ini berbanding wanita "females : males (17.4% vs. 82.6%)".


Bagi 'Heart failure' pula merupakan peringkat akhir untuk masalah sakit jantung di mana kegagalan jantung boleh berlaku jika ia tidak dapat berfungsi seperti biasa untuk mengangkut oksigen dalam darah kepada tisu-tisu badan. Berdasarkan statistik anggaran 100 dari 1000 orang yang berusia 65 tahun ke atas mempunyai risiko ini. Ha, nampak kan beza antara 'Heart attacks and Heart failure' tapi kedua-dua masalah jantung ini boleh mebawa maut. 


Dalam sessi ini, Profesor Madya Dr. Alexander Loch juga ada menerangkan mengenai 'The Challenges' untuk kesihatan jantung di mana terdapat banyak penyumbang untuk masalah ini seperti Diabetes, Hypertension, High Cholesterol, Smoking, dan Overweight and Obesity. Gaya hidup zaman kini yang tidak sihat terutama dari sudut pemakanan, penjagaan kesihatan memang mendorong kepada penyumbang sakit jantung. Tu yang ada golongan muda pun dah terkena serangan sakit jantung. Uish, minta dijauhkan la. 


Selain itu, kos rawatan yang tinggi juga merupakan salah satu 'The Challenges' untuk sakit jantung. Berdasarkan statistik di Pusat Perubatan Universiti Malaya, pesakit jantung yang dirawat di sini terdiri daripada "58% of patients are from B40 family, 66% of patients do not have insurance dan More than 47% of patients are retired/unemployed". Di Pusat Perubatan Universiti Malaya, para pesakit di sini ada yang mendapat rawatan melalui Dana yang diberikan oleh Yayasan Sime Darby di mana kerjasama ini telah dijalin sejak tahun 2013 lagi. Tahniah PPUM dan YSD 


Sesi 2 : "And I thought it's indigestion...": Journey of a Heart Attack Patient

Untuk sesi kedua ini 2 orang pesakit jantung telah dijemput untuk berkongsi dengan peserta yang hadir mengenai pengalaman mereka. Apa yang sis dengar, kedua-dua mereka berkongsi mengenai simptom-simptom yang mereka dapat sebelum didianogsis sebagai pesakit jantung. Antaranya seperti, degupan jantung laju terutama ketika berjalan dan menaiki tangga, dada rasa ketat terumata lepas mandi pagi dan sukar bernafas. Kedua-dua mereka mendapat rawatan di UMMC. So, jika korang ada terasa simptom-simptom seperti ini, sila la berjumpa dengan doktor ya.



Sesi 3 : Care for Cardiac Patients at UMMC
Penceramah : Profesor Dr. Imran Zainal Abidin

Sebagai Ketua Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Imran Zainal Abidin menerangkan mengenai Rawatan kepada pesakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Untuk pengetahuan korang, berdasarkan statistik hanya 6.6% sahaja pesakit jantung yang dapatkan Primary PCI. Masalah ini terjadi kerana kekangan dari segi Cost Constraints, Late presentation, dan Logistic reasons. 


Antara inisiatif yang akan dibuat oleh UMMC adalah untuk menyediakan 'The 1st operational Primary Angioplasty Cardiac Lab in Malaysia' yang terletak bersebelahan dengan 'Red Zone of the Emergency Department'. Target mereka untuk inisiatif ini adala pada penghujung tahun 2024 dengan visi untuk 'Provide the best healthcare for Acute Heart Attack' dan misi bagi 'Perform Primary PCI with DTB time <90 min'.


Antara kemudahan rawatan yang dilakukan adalah Advances in Coronary Angioplasty dengan beberapa peralatan yang baru dan diupgrade seperti Rotational Atherectomy, Orbital Atherectomy dan Intravascular Lithotripsy. Selain itua bagi Advances in Valve Intervention pula ada beberapa kaedah pilihan yang digunakan untuk Aortic Stenosis Treatment seperti SAVR, TAVI dan BAV. Selain itu, Profesor Dr Imran juga ada menunjukkan kaedah 'Transcatheter Aortic Valve Implantation [TAVI] Procedure Steps'. Manakala bagi Tricuspid Valve Regurgitation Treatment pula adalah TricValve Technology.


Untuk Advances in Cardiac Stress Testing pula, Pusat Perubatan Universiti Malaya merupakan pusat yang pertama untuk menyediakan kemudahan 'Bicycle Ergometer Stress Echo'. Ujian ini memberikan ketepatan yang lebih baik dalam pengesanan 'myocardial ischaemia' kerana ia melakukan penilaian ke atas elektromekanikal tindak balas dan perubahan ekokardiografi semasa senaman serentak. 


Wow, banyak betul input yang sis dapat semasa menghadiri Majlis Hari Jantung Sedunia 2023 Pusat Perubatan Universiti Malaya. Selain dari sesi ceramah, kami para peserta juga dijamu dengan hidangan yang enak sambil dihiburkan dengan nyanyian dari Mr Gerald. Ahaa, ada juga acara cabutan bertuah tau. Ceria betul masing-masing bila nombor dipanggil tapi sis macam biasa la, selalu termiss.. hehe




Jadi kesimpulan yang sis dapat adalah penting untuk pegesanan awal jika ada simptom sakit jantung. Seperti yang kita tahu, sakit jantung menyerang dengan cepat. Jadi sebaiknya jika ada terasa tanda-tanda seperti dada sempit, sukar bernafas, lekas-lekas la jumpa doktor ye. 


Post a Comment

0 Comments