SCENTIFY dari Enchanteur Menghasilkan Rangkaian Semburan Penyegar Fabrik dan Penyegar Kereta

SCENTIFY dari Enchanteur Menghasilkan Rangkaian Semburan Penyegar Fabrik dan Penyegar Kereta | Assalamualaikum semua.. "Wow, wanginyaaaa". Ha itu lah ungkapan pertama sis bila buka je bungkusan produk yang sis terima ni. Ha, nak tahu apa produk? Tadaaa, ni la dia rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur. Serius weiiii, best giler bau dia. Ha, macam biasa la barang baik kena la kongsikan dengan pembaca semua kan. So, korang kena baca sampai habis tau.


Untuk pengetahuan korang, dengan berbekalkan kepakaran serta pengalaman dalam penghasilan haruman mewah selama lebih dari 30 tahun, Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.


Bila berada di rumah tentu kita nakkan suasana yang bersih dan selesa kan. Bukan tu je, bauan yang wangi juga turut memainkan peranan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman. Bayangkan kita balik rumah dalam keadaan penat tapi rumah pulak bau hapak, fuh terus rasa nak pengsan.. hahaha. Jadi kena la stanby produk-produk pewangi macam SCENTIFY dari Enchanteur ni. Sembur-sembur terus wangi. 

“Bauan yang menyegarkan merupakan sebuah tanda aras terbaik dalam menentukan tahap kebersihan dan ketelitian persembahan. Di negara beriklim tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia, bauan yang kurang enak sudah menjadi satu permasalahan biasa — terutama sekali bagi kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan,” 
~ Krishnamurthy Sriram, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Wipro Unza Malaysia ~

Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi kita, di samping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia. 

“Walaupun kebanyakan penyegar fabrik berupaya menyahbau dan pada satu tahap, membasmi bakteria, acapkali kesegaran itu tidak berpanjangan. Kadang kala, ada sesetengah semburan penyegar fabrik yang turut meninggalkan kesan nyata pada permukaan fabrik, walaupun cairan penyegar itu telah tersejat ke udara sepenuhnya. Dengan mengambilkira permasalahan-permasalahan tersebut, ditambah dengan kepakaran dalam menghasilkan wangian mewah bermutu selama lebih dari 30 tahun, para pengadun wangian Enchanteur telah mengadun pelbagai bauan premium lalu menciptakan beberapa haruman unik dan bekerjasama bersama para saintis Wipro Unza untuk memformulasikan rangkaian  semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan berharuman premium yang berkesan untuk menyahbau bauan yang kurang enak disamping mengharumkan ruangan peribadi dan kenderaan anda dengan keharuman wangian mewah yang dapat bertahan lebih lama.”
~ Krishnamurthy Sriram ~
Seperti di dalam gambar, rangkaian semburan penyegar wangian dari SCENTIFY dari Enchanteur kali ini hadir dalam dua format iaitu Eau de Fabric dan Eau de Car – SCENTIFY memberikan kediaman serta kenderaan kita sebuah simfoni haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi — semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur. 


Dipakej di dalam botol penyembur yang sangat mudah untuk digunakan, rangkaian semburan penyegar fabrik SCENTIFY Eau de Fabric amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria. 


SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 
Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi anda, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih. 


SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 
Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu. 


SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml, RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 
Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi.  


Ahaaa, untuk kereta pun sama juga macam rumah kan. Ye la, bukan rumah je nak wangi kan, malah dalam kereta pun mesti la nak wangi juga. Baru la selesa nak drive. Macam sis memang selalu tercari-cari akan penyegar kenderaan yang boleh menjadikan pengalaman pemanduan seharian mahupun ke destinasi berjarak jauh lebih nyaman dan menenangkan. Mujur ada pada penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car. 


Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, kita boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: 

1) Gantungkannya pada cermin pandang belakang. 


2) Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan


Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau. 

SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 
Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.


SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml, RM9.90 (Sem.  Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 
Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar. 


SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml, RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 
Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan. 


Ha, dah tengok kedua-dua rangkaian Semburan Penyegar Fabrik dan Penyegar Kereta SCENTIFY dari Enchanteur ni kan. Kalau korang tanya yang mana satu paling wangi, jawapan sis semuanya best. Ahaha, cliche sangat jawapan kan tapi betul la. Semua wangi tau, susah nak pilih. Alang-alang tu grab je semua kan. Tak yah berkira sangat la sebab semuanya untuk keselesaan kita juga.


So guys, ayuh harumkan kediaman dan kenderaan korang dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi kita mahupun dalam kenderaan. Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.



Post a Comment

8 Comments

  1. Haruman Scentify ni memang wangi.. sekali spray tahan sepanjang hari kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. memang wangi macam bau perfume

      Delete
  2. Suka kalau produk Enchanteur mmg tahu wangiannya sangat best dan tak sakit hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, bau dia lembut dan menyegarkannnn

      Delete
  3. Seriussss wangi...mmg Enchanteur semua best, fav Sally yg Yuzu-licious Bouquet tu utk kereta!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samaaaa.. paling suka yang yuzu, tapi yang lain pun best jugaaaa

      Delete
  4. anak akak spray satu rumah melekat baunya hehehe

    ReplyDelete