JINGLE U.S POTATOES ALL THE WAY Christmas Workshop

JINGLE U.S POTATOES ALL THE WAY Christmas Workshop | Assalamualaikum semua... Bestttt gilerr weiii... Ha, apa yang best tu?? Ha, baru-baru ni sis ada join JINGLE U.S POTATOES ALL THE WAY Christmas Workshop di mana sis dapat mingle around dengan kawan-kawan, belajar masak dan juga membuat ukiran berasaskan kentang. Ahaa, semestinya kentang yang digunakan adalah U.S Potatoes sebab kentang ni banyak khasiatnya.


Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way, merupakan event masakan unik yang meraikan kepelbagaian dan rasa kentang A.S., serta membawa tetamu jemputan dan influencer untuk meneroka dan merasai sendiri perjalanan yang mengasyikkan melalui dunia kentang. Fuhh, ayattt. Tapi sebenarnya betul weiii.. Masih ramai yang belum betul-betul mengetahui apa itu U.S. Potatoes ni. Sis sendiri walaupun selalu share mengenai kebaikan kentang A.S ni tapi masih banyak benda yang sis perlu belajar. Itu sebab sis decide untuk join JINGLE U.S POTATOES ALL THE WAY Christmas Workshop ni.


Dianjurkan di FunFun Event Space, event ini berlangsung dari 10:30am hingga 2pm di mana sis dan kawan-kawan dapat merasai pengalaman untuk pelbagai aktiviti, demonstrasi memasak dan bengkel interaktif. Masa sis sampai, acara masih belum bermula so sis menuju ke meja di mana pelbagai jenis kentang A.S ada dipamerkan dengan hiasan dekorasi Krismas. Ada kentang segar AS seperti Russet, Merah dan Ungu bersama-sama dengan potongan kentang AS beku yang berbeza serta campuran kentang tumbuk AS segera.



Sementara menunggu acara bermula, sis juga sempai join permainan di mana sis perlu menyusun kentang. Siapa yang cepat dan susunan lebih tinggi akan menang. Nak tahu sis menang ke tidak?? of course la menang. So, sis dapat hadiah T-shirt. yayyy... Dah siap main, apa lagi.. berposing-posing la pulak sebab siapa yang snap photo dan upload di media sosial akan dapat hadiah. 


Tidak lama selepas itu, acara pun bermula. Pengacara majlis menyambut tetamu dengan mesra ke acara utama, mengatur pentas untuk hari yang menarik. Encik Eddie Saw, yang merupakan wakil U.S Potatoes di Malaysia, menyampaikan ucapan yang mencerahkan tentang perjalanan dan kepentingan kentang AS.


Selepas ucapan, Chef terkenal ZieZie mengambil alih untuk sesi 'Cooking Demo' dengan menunjukkan cara menyediakan Baked U.S. Potatoes with Cheese. Telatah Chef ZieZie yang comel dan friendly memikat hati para tetamu dengan gelagatnya. Sis sendiri pun teruja tengok cara Chef ZieZie memasak. Nampak sedap dan mudah je nak sediakan.



Selepas sesi Chef ZieZie, acara diteruskan dengan Chef Taufiq Halim pula dengan mengetuai bengkel mengukir kentang, mengajar tetamu untuk mengukir dua patung perayaan daripada U.S. Russet dan kentang Ungu. Ha, part ni nampak macam senang je Chef Taufiq buat. Dalam hati sis rasa macam confident je nak buat tapiiiii... (sila baca kat bawah 😂)



Tiba masanya sis dan kawan-kawan untuk buat sendiri masakan dan juga ukiran berasaskan kentang. Untuk masakan, kami perlu masak menu "Twinkle A.S. Potatoes Stars" manakala untuk ukiran pula sis buat ukiran rusa. Fihhhh, serius mencabar ye nak buat. Tengok tadi Chef demo macam senang je tapi hakikatnya huru hara tau nak siapkan. Berkat tunjuk ajar Chef dan pertolongan kawan-kawan akhirnya siap jugak. Tadaaa, ni la hasil sis punya masakan dan ukiran menggunakan kentan A.S.





Selepas berhempas pulas siapkan, terus happy bila dapat sijil dari Chef ZieZie. Terus perut rasa lapar nak makan. Masa tengah makan tu, sekali lagi nama sis dipanggil. Rupanya sis dapat hadiah lucky draw. Yayyy, dapat jambangan buah kentang A.S. Cantik kannnn.



Acara ini berakhir pada pukul 2 petang dan secara keseluruhan memang sis enjoy sangat join event Bengkel Krismas Jingle U.S. Potatoes All The Way ni. Bagi sisi inilah event untuk perayaan kentang A.S., yang menonjolkan faedah pemakanan dan serba boleh masakannya. Ia adalah hari yang penuh dengan pembelajaran, keseronokan, dan hidangan berasaskan kentang yang lazat, meninggalkan tetamu dengan penghargaan yang lebih mendalam untuk sayur-sayuran yang sederhana tetapi serba boleh ini.




Post a Comment

0 Comments