Sambutan Hari Krismas Budimas Menceriakan Kanak-Kanak Kurang Bernasib baik | Assalamualaikum semua... Sekali lagi sis dijemput untuk hadir ke majlis anjuran Budimas iaitu sambutan Hari Krismas bertempat di Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail. Kali ini seramai lebih 150 kanak-kanak kurang bernasib baik, termasuk mereka daripada masyarakat Orang Asli turut hadir memeriahkan suasana.
Senyuman di bibir kanak-kanak terukir gembira tatkala melihat kelibat Santa Claus memasuki ruang dewan. Lebih gembira bila kanak-kanak ini mendapat ole-ole dari Santa Claus. Seronok sis tengok. Dengan adanya majlis sebegini, kanak-kanak ini dapat memahami semangat sebenar Krismas, menekankan nilai kemurahan hati, penghargaan, dan kegembiraan berkongsi detik-detik yang menggembirakan dengan semua kanak-kanak yang hadir.
Untuk majlis pada malam ini, kehadiran YM Tunku Dato' Yaacob Khyra, Pengerusi Yayasan Amal Budimas, diiringi oleh ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dihormati, termasuk YBhg Datin Seri Maneesah dan En. Steve Teoh. Pegawai Utama Yayasan Amal Budimas, Pn. Anne Rajasaikaran, turut memberi penghormatan kepada acara itu dengan kehadirannya, meningkatkan perhimpunan yang dihormati dan menjanjikan malam yang hebat.
Acara itu mendapat sokongan daripada rakan korporat yang dihargai yayasan itu, termasuk Hotel Impiana KLCC dan Kolej Antarabangsa Imperium. Selain itu, tetamu istimewa dan kanak-kanak ceria dari Persatuan Kanak-Kanak Ini Disayangi Selangor (K.I.D.S), Pertubuhan Kash Sayang Kanak-Kanak Padmasambhava Klang, Selangor, Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kash Harmoni Paya Jaras, Pusat Jagaan Kebajikan Kanak-Kanak Budimas Orion, dan Kampung Orang Asli Bukit Kepong turut menghadiri majlis penting ini. Penglibatan mereka menambahkan sentuhan istimewa pada malam itu, memupuk rasa komuniti dan kegembiraan berkongsi.
Acara dimulakan dengan ucapan daripada Cik Anne Rajasaikaran, di mana beliau menekankan kepentingan meraikan Krismas bersama.
"Sama seperti perayaan lain di Malaysia, Krismas di sini adalah tentang berkumpul, bukan sahaja dalam komuniti Kristian, tetapi di kalangan orang yang berbeza kepercayaan dan latar belakang. "
Cik Anne Rajasaikaran menekankan kepentingan meraikan secara kolektif, bergema dengan rasa perpaduan yang mentakrifkan perayaan Malaysia.
Selepas itu, majlis perasmian yang menyentuh hati menyerikan tempat itu, dengan Lembaga Pemegang Amanah menghiasi Pokok Krismas yang indah dengan semburan salji, mewujudkan suasana perayaan. Walaupun di Malaysia tiada salji sebenar tapi kemeriahan sambutan Hari Krismas tetap terasa dengan adanya simbolik yang sebegini.
Tak lengkap majlis pada malam ini tanpa persembahan dari Kanak-kanak yang comel dan berbakat. Ada yang berpuisi, menari dan ada juga persembahan nyanyian. Majlis menjadi lebih gamat apabila kehadiran Santa Claus dengan persembahan Silap Mata yang mempesonakan. Sampai ada yang ternganga la tengok Santa Claus tu buat magic.
Selain persembahan, ada juga pertandingan khas iaitu Mewarna & Membungkus Hadiah. Semua kanak-kanak terlibat mewakili badan kebajikan masing-masing mula menunjukkan bakat seni mereka. Masing-masing mencurahkan idea dan bekerjasama untuk menyiapkan tugasan dengan baik. Hadiah diberikan kepada mereka yang berjaya mendapat markah tinggi.
Secara keseluruhannya sis terhibur dengan gelagat anak-anak ketika majlis ini. Bab makan pun alhamdulillah sedap, sampai kekenyangan la makan. Kanak-kanak yang hadir pun kelihatan ceria ditambah pula masing-masing balik dengan tangan tak kosong. Mereka menerima goodies dan juga sampul raya untuk perayaan Krismas kali ini.
Sis kagum dengan Yayasan Amal Budimas di mana mereka tidak berbelah bahagi dalam dedikasinya kepada tiga program teras-Budimas Home Charity Fund (BHCF), Budimas Food Charity Fund (BFF), dan Budimas Education Charity Fund (BECF). Bukan tu je, Inisiatif akan datang, seperti Dana Penjagaan Perubatan Kanak-kanak Budimas dan Dana Seni Persembahan Budimas, menonjolkan komitmen yayasan untuk memupuk masa depan yang menyeluruh untuk kanak-kanak Malaysia.
0 Comments