Kumpulan Margasatwa Memperkenalkan Single Terbaru Bertajuk Kasa Rubia | Assalamualaikum semua.. Siapa sini peminat kumpulan Margasatwa?? Sis pasti ramai peminat mereka kan. Oh ya, sebagai pembuka tirai 2024 ni, kumpulan Margasatwa ingin menghadiahkan single terbaru mereka yang bertajuk Kasa Rubia. Satu majlis tertutup telah diadakan di SEJIWA Cafe, Titiwangsa bersama dengan media bagi memperkenalkan single terbaru mereka.
Info Mengenai Kumpulan Margasatwa
Eh, masih ada yang belum mengenali kumpulan Margasatwa ni?? Ok, nah sis kongsikan sedikit info mengenai Kumpulan Margasatwa ni.
Margasatwa (sebutan mergastua) ialah sebuah kumpulan rock indie Malaysia yang ditubuhkan pada 2016. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Kimal (vokal), Fadhil Imran James (gitar utama), Shahir Samsi (gitar kedua), Shadiq Sapian (bes) dan Syahir Majid (dram). Kumpulan ini terkenal dengan mengetengahkan elemen muzik Melayu dalam kebanyakan karya mereka.
Baca Juga :
Single Terbaru Margasatwa Berjudul Kasa Rubia
Single terbaru Kasa Rubia ini ternyata menguatkan lagi signatur bunyian dan muzik Margasatwa yang tersendiri. Kasa Rubia merupakan single pertama daripada album kedua Margasatwa yang bertajuk Seribudaya yang mengandungi 11 lagu dijangka akan rilis pada pertengahan 2024.
Menarik apabila dilihat pada liriknya ada menyebut tentang Kebaya Nyonya yang diperbuat daripada bahan kasa rubia, cucuk sanggul dan kasut manik yang menjadi pelengkap pakaian tradisi bagi masyarakat Peranakan ataupun Baba Nyonya. Unsur dan perincian sebegini jarang diketengahkan dalam lagu Melayu kontemporari namun seakan mudah dihadam dan sangat sesuai apabila dibawakan oleh Margasatwa.
Kasa Rubia adalah sejenis kain yang digunakan untuk membuat Kebaya Nyonya, terkadang jarang dan tembus shingga seakan menampakkan dalaman. Sebagai satu simbolik untuk melihat tembus dari permukaan kehidupan dan keindahan sesuatu perkara atau makhluk untuk mencari yang tersirat.
Apabila ditanya mengenai maksud lagu ini, Kimal berkata dia lebih suka jika para pendengar dapat menafsirkannya mengikut kefahaman masing-masing kerana ia akan lebih bermakna. Namun menurutnya jika ada yang boleh dikongsikan, lagu ini menceritakan tentang cinta dan harmoni. "Kehidupan dan muzik punyai persamaan, kedua-duanya perlu kepada harmoni." Jelas Kimal.
Gabungan unsur muzik Pop Klasik dan sentuhan Rock menjadikan karya ini begitu unik dan sangat dinamik dilengkapi susunan muzik yang dihasilkan oleh Margasatwa dan Loque selaku penerbit bersama. Runut Saxophone dan Perkusi menambah perisa dan memberi mood yang segar untuk muzik Margasatwa. Lagu ini dirakamkan di Makmal Kampung Batu dan diterbitkan oleh Penerbitan Tongkat Sakti.
Cabaran Dalam Menghasilkan Lagu Kasa Rubia
Apabila ditanya mengenai cabaran dalam penghasilan lagu Kasa Rubia ini, Kimal berkata pada asalnya lagu ini disiapkan bersama Allahyarham Tony Alberto / Tony Spider selaku penerbit asal album namun Allah lebih menyayangi beliau dan Margasala mengambil masa yang agak lama untuk mencari pengganti beliau dan meneruskan perjalanan merakam album baharu.
"Sepanjang perjalanan menghasilkan lagu ini ada antara kami yang telah kematian orang yang tersayang. Maka seluruh jiwa dan raga serta air mata kami telah disertakan bersama lagu Kasa Rubia untuk dijiwai semua peminat kami dan seluruh dunia."
So guyss, Single Kasa Rubia kini boleh didengari di semua saluran digital dan pendengar boleh mengikuti laman sosial serta saluran Youtube Margasatwa untuk perkembangan terkini.
Youtube :
0 Comments