SURIA FM Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024

SURIA FM Perkenal Barisan Penyampai Baharu Dan Seleksi Program Menarik Bagi Tahun 2024 | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ni pada 19hb Januari 2024 bertempat di Menara Star, berlangsung satu sidang media yang dianjurkan oleh Suria FM. Nah sis kongsikan antara info yang disampaikan pada hari tersebut berkenaan dengan program Suria FM bagi tahun 2024. 



Barisan Penyampai Baharu Suria FM


Suria FM memperkenalkan barisan penyampai baharu, Dato’ Fizz Fairuz, Chiwan Cilok dan Kai Hassan sebagai langkah strategik berikan sentuhan khas untuk terus relevan, meningkatkan mutu dengan menghasilkan produk yang lebih menarik sekaligus memberikan yang terbaik kepada pendengar setia Suria. 


Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid, “Kemasukan penyampai baru di Suria FM ini merupakan salah satu langkah Suria seiring dengan keperluan semasa, untuk memantapkan dan mengukuhkan lagi tunggak utama barisan penyampai sebelum menjelang ‘Radio Survey’yang berlangsung bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024 ini.

Dato Fizz Fairuz bakal keudara di segmen Morning Morning Suria bersama Ajak dan Suraya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi sehingga 10 pagi. Manakala Kai Hassan, bakal keudara dan mengambil alih segmen Morning Morning Suria dan Carta Suria Top 40 sepanjang tempoh Suraya bersalin bagi memastikan kelangsungan kualiti kandungan bagi kedua-dua segmen ini. Manakala Chiwan Cilok akan bergandingan bersama Rara menemani petang pendengar menerusi segmen Suria Petang pada setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 3 petang sehingga 7 petang.

“Setiap penyampai dipilih melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio,” ujarnya. 


Seleksi Program Menarik Suria FM Bagi Tahun 2024


Selain memperkenalkan penyampai baharu, Suria FM turut menyajikan seleksi program hiburan dan ilmiah menarik seperti:

1. Seikhlas Suria 



Suria FM dengan berbesar hati ingin memberikan wang tunai sebanyak RM 24,000 kepada pendengar bagi menghargai mereka yang masih menyokong Suria FM. Caranya mudah sahaja, bermula 22 Januari sehingga 16 Februari, pendengar hanya perlu menghantar Whatsapp bagi pendaftaran di segmen (Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang atau Suria Cinta) dan pendengar berpeluang mendapat RM 300! 

2. Ybae Suria Masuk Kampung


Ybae Suria Masuk Kampung merupakan suatu program CSR bagi mendekatkan penyampai Suria bersama penduduk setempat. Penyampai dan penduduk kampung akan menyediakan juadah dan berbuka bersama. Caranya mudah sahaja, pendengar Suria boleh hantarkan penyertaan nama kampung dan ceritakan kenapa Ybae Suria harus ke kawasan anda pada bulan Ramadan nanti! 

3. Kempen  Raikan Yang Dirai



Bersempena Ramadhan Raya yang bakal tiba, Suria FM dengan bangganya bakal menghasilkan Drama Raya Suria 2024, lagu raya Suria, dan pelbagai program menarik! 

Haaa, inilah dia antara strategi yang telah diperkenalkan oleh Suria FM untuk tahun 2024. Dalam sidang media ini juga ada menyentuh mengenai Isu panas berkenaan Tyzo tapi bab yang ni sis taknak ulas la. Apa pun, semoga semuanya berakhir dengan aman ye.

Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia: 

Instagram: suriamalaysia 
Facebook: @SuriaMalaysia
Youtube: SuriaTV 



Post a Comment

1 Comments