Buffet Dinner 2024 : Sajian Titian Desa Sepanjang Ramadan Di Hotel Royal Signature Kuala Lumpur

Buffet Dinner 2024 : Sajian Titian Desa Sepanjang Ramadan Di Hotel Royal Signature | Assalamualaikum semua... Pejam celik, pejam celik dah nak tiba bulan Ramadhan kan. Pasti ramai yang dah mula mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan nanti kan. So, macam biasa la sis akan berkongsikan beberapa lokasi untuk berbuka puasa nanti. Sebagai lokasi yang pertama adalah Hotel Royale Signature yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.



Mengenai Hotel Royal Signature Kuala Lumpur


Mungkin masih ramai yang belum tahu mengenai Hotel Royal Signature ni. Untuk pengetahuan korang, Hotel Royal Signature merupakan nama terbaharu dalam industri hospitaliti bertempat di pusat bandar Bukit Bintang, Kuala Lumpur, layanan mewah oleh Hotel Royal Signature bertumpuan kepada servis hospitaliti yang mesra keluarga. Dengan 428 bilik tamu yang direka dengan teliti, hotel ini menggabungkan konsep kontemporari dan warisan tempatan.

Hidangan kulinari di restoran Asian Pot, kafe Brew & Bond dan Cabana Pool Bar menawarkan pelbagai jenis hidangan untuk menjamu selera. Kemudahan di aras 4 termasuk kolam renang yang luas, pusat latihan kecergasan yang dibuka 24 jam dan juga pusat permainan kanak-kanak, Bintang Playhouse yang dilengkapi dengan bilik rangsangan pelbagai deria (multi-sensory roam) pertama di Malaysia untuk perkembangan deria kanak-kanak. 

Sesuai untuk pelbagai jenis majlis, Hotel Royal Signature menawarkan ruangan majlis tanpa tiang yang mampu menampung bilangan tetamu shingga 500 orang dan sesuai untuk pelbagai acara. Hotel Royal Signature berinisiatif dalam memperkasa aktiviti kelestarian alam dan amalan mesra alam dalam operasinya menerusi langkah-langkah seperti menggunakan penapis air minuman di dalam bilik, kemudahan bilik mandi terbiodegradasi, dan mempunyai kebun kecil bagi mendapatkan hasil masakan yang segar dari ladang ke meja (farm-to-table).


Buffet Dinner 2024 Sajian Titian Desa Sepanjang Ramadan


Buat julung kalinya Hotel Royal Signature menjemput semua untuk memeriahkan lagi suasana bufet makan malam sulungnya secara eksklusif dan menikmati hidangan lazat. Bertemakan "Sajian Titian Desa", boleh la abadikan kenangan terindah ketika berbuka puasa bersama orang yang tersayang sambil menghayati keasyikan rasa santapan tradisional Malaysia.


Para tetamu yang hadir ke bufet makan malam ini akan dihidangkan dengan lebih 200 jenis juadah yang terdiri daripada masakan tradisional Melayu dan Antarabangsa. Suasana dimeriahkan lagi dengan aksi memasak secara langsung dengan yang dikendalikan olen eksekutif chef, Chef Tony Tang bersama-sama pasukan kulinari beliau yang intipati hidangannya berinspirasikan desa daripada zaman kanak-kanak mereka.


Seleksi Menu Buffet Dinner Sajian Titian Desa


Hidangan utama yang menjadi tarikan ramai adalah Kambing Golek yang mendapat sentuhan gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif dalam mencetuskan resepi baharu daripada menu tradisional hidangan tersebut. Kari Kepala Ikan "Istimewa" Kedah juga merupakan antara hidangan yang mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini. Terdapat juga pelbagai tawaran menu lain yang menarik termasuk Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka, dan Sate.






Para penggemar makanan laut juga tidak ketinggalan untuk turut menikmati pelbagai pilihan menu kegemaran mereka. Makanan laut segar "Seafood on Ice", Ikan Siakap Bakar dan Sambal Petai Udang Karang merupakan antara hidangan yang disediakan khas. Bufet makan malam Sajian Titian Desa dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia, seperti Ais Kacang, aneka kuih-muh Melayu, chocolate fountain yang mengiurkan, dan juga beberapa pilihan lagi untuk menjamu para penggemar manisan.















"Walaupun kita seperti sudah terbiasa dengan hidangan tradisi Melayu yang dipermodenkan, rakyat Malaysia tetap sentiasa merindukan rasa asli masakan turun temurun. Maka, hidangan yang kami tampilkan dalam bufet makan malam Sajian Titian Desa ini adalah bercirikan resepi yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman tok nenek kita yang dahulunya mereka memasak secara tradisi sebelum terciptanya perkakas dapur yang canggih seperti sekarang"
~ May Cheong @ Nurul, Pengurus Besar Hotel Royal Signature ~



Sambil menjamu selera dan berbuka puasa dengan bufet makan malam Sajian Titian Desa, tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung pada setiap hari. Suasana majlis berbuka puasa dimeriahkan dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga ada disediakan oleh pihak hotel untuk tetamu yang beragama Islam bagi menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak dengan selesa. 

Bersempena dengan keberkatan bulan Ramadan, Hotel Royal Signature mengumumkan bahawa setiap satu penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa, sejumlah RM1.00 akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah sebagai inisiatif mereka dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat.


Tarikh Dan Harga Buffet Dinner Sajian Titian Desa


Buffet makan malam Sajian Titian Desa ini bertempat di Restoran Asian Pot dan mula beroperasi pada 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam. Butiran harga adalah seperti berikut :

  • Dewasa : RM 178.00 nett
  • Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM 128.00 nett
  • Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) : RM98.00 nett
  • Diskaun 20% untuk pemegang kad RHB
  • Belian berkumpulan : Beli 10, Percuma 1

Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran "Early Bird" tersedia bermula 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024, pada harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM178.00 nett). 

Jika korang ingin membuat tempahan atau memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, sila hubungi e-mel di fb.secretary@hotelroyalsignature.com. Korang juga boleh menghubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp menerusi talian +60 16-808 3188



Pakej Bilik Penginapan Titian Desa Ramadan


Hayati semangat Ramadan dengan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif kari, khas untuk mereka yang ingin meraikan bulan yang mulia ini dengan berkumpul bersama keluarga tercinta. Harga pakej bilik kami bermula dari RM 488.00 bersh untuk setiap bilik pada kadar satu malam, pakej termasuk :

  • Bufet sarapan sahur
  • Bufet makan malam Sajian Titian Desa
  • Parkir percuma
  • Snek Ramadan dalam bilik
  • Nikmati diskaun 20% pembelian tambahan untuk buffet makan malam Sajian Titian Desa
  • Tempoh tempahan & penginapan: Sekarang - 5 April 2024

Tempahan pakej boleh dibuat melalui laman sesawang https://hotelroyalsignature.com dan gunakan kod akses FESTIVE. 


Jika memerlukan maklumat dengan lebih lanjut, sila hubungi e-mel di reservation@hotelroyalsignature.com. Korang juga boleh menghubungi melalui panggilan telefon atau WhatsApp menerusi talian +60 16 809 5188.



Post a Comment

0 Comments