Buffet Ramadan 2024 : Cita Rasa Ramadan Di Dorsett Grand Subang | Assalamualaikum semua.. Bulan Ramadan bakal tiba lagi. Pasti ramai yang menunggu-nunggu ketibaan bulan yang mulia ini untuk merapatkan silaturrahim di mana kita akan berkumpul bersama keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka puasa. Jadi ada yang dah mula mencari-cari lokasi untuk Iftar bersama kesayangan nanti. Untuk entri kali ini sis akan kongsikan satu lagi lokasi untuk buffet ramadan 2024 iaitu di Dorsett Grand Subang.
Lokasi Dorsett Grand Subang
Bagi warga Subang Jaya pastinya dah tahu kan lokasi Dorsett Grand Subang ni tapi bagi mereka yang berada di luar kawasan Subang Jaya, boleh je waze (kalau naik kenderaan sendiri la). Bagi yang naik public transport, korang boleh naik LRT atau Komuter dan turun di Stesen Subang Jaya atau Stesen LRT SS15. Cumanya dari sini kena naik grab la ke hotel sebab agak jauh juga nak jalan.
Alamat :
Dorsett Grand Subang
Jalan SS 12/1,
SS 12, 47500 Subang Jaya,
Selangor
Tema Buffet Ramadan 2024 Dorsett Grand Subang
Bufet Ramadan pada tahun 2024 ini dengan bertemakan Cita Rasa Ramadan, pasti dapat memenuhi citarasa semua yang hadir dengan pelbagai jenis juadah yang enak. Oh ya, sambil menjamu selera, jangan lupa luangkan masa untuk melihat beberapa pakaian dan kasut terbaik Raya boleh didapati di beberapa booth yang menampilkan pelbagai rekaan Masterpiece oleh Masrina Abdullah, Maswira Majid, Evita Mairesse, Izwani, Huda Hassan dan Hasfitri Yusof.
Menu Buffet Ramadan 2024 Cita Rasa Ramadan
Ha, mesti semua nak tahu apa menu yang ada di Dorsett Grand Subang ni kan. Ya, di sini ada menawarkan pelbagai menu tempatan dan juga antarabangsa. Antara menu yang boleh korang nikmati di sini adalah seperti Seafood On Ice, Sup Gear Box, Ayam Percik, Roasted Baby Lamb With Arabic Rice, Roti Boom, Pastas and Spaghetti, Chicken And Lamb Tandoori, Sate, Seleksi Kerabu dan juga Pencuci Mulut.
Atas permintaan ramai, Dorsett Grand Subang sekali lagi akan bekerjasama dengan Agro Best untuk menawarkan pengalaman berbuka dengan durian. Tetamu boleh dapatkan Durian Platter dengan harga RM49.99 nett. Setiap pinggan akan mengandungi 3 jenis durian iaitu D24, Udang Merah dan IO1 di mana 2 ulas untuk setiap varian. Juga bagi peminat Durian Musang King pun boleh menikmatinya dengan harga RM68 bersih sekilogram.
Nota : bergantung kepada musim dan keadaan, kemungkinan varian durian akan berubah tapi yang pasti kualitinya terjamin.
Tarikh Buffet Ramadan 2024 Cita Rasa Ramadan
Buffet Ramadhan di Dorsett Grand Subang akan berlangsung bermula dari 13 Mac 2024 hingga 9 April
2024. Bertempat di Melati Floor (Level M), para tetamu boleh mula datang seawal dari 6.30 petang hingga 10.00 malam. Sepanjang waktu makan, para tetamu juga akan dihidangkan dengan alunan lagu-lagu menarik dari persembahan Busker Duo.
Harga Buffet Ramadan 2024 Cita Rasa Ramadan
Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Ramadan yang sangat berpatutan iaitu :
Harga Buffet Ramadan 2024 Dorsett Grand Subang
Cita Rasa Ramadan
Harga :
RM188 nett (Dewasa)
RM150 nett (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM90 nett (Kanak-kanak 6-12 tahun)
Promosi Early Bird :
RM158 nett
(Pembelian 19th Januari 2024 - 13th March 2024)
Untuk Reservation boleh hubungi :
+603 5031 6060
email: fnb.subang@dorsetthotels.com
2 Comments
Sedap nya tgk menu kat sini..😅😅
ReplyDeleteSedap nya tengok menu² kat sini..😍
ReplyDelete