Buffet Ramadan 2024 : Selera Warisan Kampung Di World Trade Centre Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua... Sempena kehadiran bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi, pasti ramai yang telah mula mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa bersama kesayangan kan. Ok, untuk entri buffet Ramadan 2024 kali ini sis nak share satu lokasi yang boleh menjadi pilihan korang iaitu di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL)
Tema Buffet Ramadan 2024 World Trade Centre Kuala Lumpur
World Trade Centre Kuala Lumpur menyambut kedatangan bulan mulia, bulan Ramadan dengan hidangan bufet bertemakan "Selera Warisan Kampung". Dalam menghayati semangat berkongsi dan memberi pada bulan yang mulia nanti, Briged Kulinari mereka yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan hidangan yang Istimewa dan akan menggoda deria rasa korang pada bulan ramadan nanti.
Menu Buffet Ramadan 2024 Selera Warisan Kampung
Mesti korang tertanya-tanya apa menu istimewa tahun 2024 ni kan. Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali "Nasi Kandar Saddam" yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.
Selain itu, Briged Kulinari WTCKL juga menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan 5 rotasi menu seperti kan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio. Tidak dilupakan hidangan paling popular kami yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.
Tarikh Buffet Ramadan 2024 Selera Warisan Kampung
Buffet Istimewa Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024. Ruang makan eksklusif mereka terletak di Aras 2, Legar Putra, dan akan beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.
Harga Buffet Ramadan 2024 Selera Warisan Kampung
Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Ramadan yang sangat berpatutan.
Harga Buffet Ramadan Di World Trade Centre Kuala Lumpur
Selera Warisan Kampung
Harga :
RM128 nett (dewasa)
RM73 nett (kanak-kanak bawah 12 tahun)
RM73 nett (Warga emas 60 tahun ke atas)
Promosi Early Bird :
RM108 nett seorang
(Pembelian dari 1 Februari 2024 hingga 29 Februari 2024)
Untuk baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari Restoran Riverside, atau hubungi talian 03 2614 6701/6702 atau klik pada pautan berikut:
Easy Store : https://riverside.wtckl.com/
Kemudahan Berbuka Puasa Di World Trade Centre Kuala Lumpur
WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya' dan Tarawih.
Tenang & mudah - Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 - 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
Pilihan pakej berbuka puasa 'Get Together' untuk banquet
Jika korang merancang ingin berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menyediakan pakej 'Get Together' Selera Warisan Kampung untuk korang meraikan rakan perniagaan, jamuan persendirian, korporat atau keluarga dalam ruang dewan yang akan disediakan.
Pakej 'Get Together' Sajian Warisan Kampung ditawarkan dari RM 138 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skin LED, dan surau khusus.
Raikan Ramadan lebih hijau Bersama WTCKL
Eksklusif pada Ramadan ini, raikan bulan suci ini dengan lebih hijau dengan 'Tiffin Carrier' edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Menariknya dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur. Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.
Untuk Maklumat Lanjut boleh hubungi :
Emel untuk buffet Ramadan: riverside@wtckl.com
Emel untuk tempahan korporat: ask@wtckl.com
Hubungi kami ditalian: +603 2614 6999 / +603 2614 6173
WhatsApp: +6019 2678
1 Comments
buahnya lengkap banget sampe ada buah naga :D
ReplyDelete