Pengalaman Staycation 2 Hari 1 Malam di Apartment Hotel Tenera Bangi

Staycation 2 Hari 1 Malam di Apartment Hotel Tenera Bangi | Assalamualaikum semua.. Bila penat bekerja, alangkah seronoknya dapat bercuti kan. Tapi kalau nak pergi jauh susah pulak nak berkumpul ramai-ramai. Jadi memandangkan semua pun busy maka kami memilih untuk healing dekat je. Janji semua dapat hadirkan diri. So, untuk staycation kali kami memilih Hotel Tenera Bangi selama 2 hari 1 malam.



Info Mengenai Hotel Tenera Bangi


Hotel Tenera diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd yang 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad. Kalau korang nak tahu, nama Tenera sendiri adalah merupakan benih minyak sawit hibrid yang berasal daripada gabungan Dura Seed dan Picifera Seed. Tujuan benih hibrid pastinya memberikan hasil terbaik, pulangan paling banyak, dan paling bernilai.


“..Memperkayakan Setiap Penginapan..” Merupakan tagline kepada Hotel Tenera di mana ia menunjukkan komitmen pihak Tenera dalam menyediakan perkhidmatan untuk memastikan setiap penginapan dihargai, momen yang tidak dapat dilupakan.


Lokasi Hotel Tenera Bangi terletak di 👇

Persiaran Kemajuan, 
Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, 
Selangor
Phone: 03-8929 9600


Check-In Di Hotel Tenera Bangi


Untuk staycation kali ini melibatkan 8 orang iaitu sis, Kak Min, Momi, Moka, Abg Wan, Abg Yee, Khai Artzfar dan juga Cyrill. Ha, bukan senang tau nak set time dengan orang-orang hebat ni. Masing-masing busy kan. Tapi akhirnya impian untuk bercuti bersama tercapai juga.


Sesampai di lobi, sis, Momi dan Moka menunggu Kak Min untuk urusan Check-In. Di Hotel Tenera Bangi ni waktu untuk Check-In bermula 3.00 petang manakala waktu untuk Check-Out pula adalah 12.00 tengah hari. Sambil menunggu Kak Min tu sempat la sis usha sekitar lobi. Besar juga ye kawasan lobi Hotel Tenera ni. Ada banyak spot cantik nak OOTD sebab keliling dinding kaca. Jadi lighting memang On-Point laa..




Apartment Di Hotel Tenera Bangi


Memandangkan kami ramai, kami memilih penginapan jenis Apartment supaya lebih selesa. Apartment ni terletak di bangunan sebelah jadi kena menapak sikit la ke sana ataupun boleh juga naik buggy. Tapi kalau sesiapa yang drive kereta, parking hotel dan apartment ni bersambung tau, so korang boleh drop by je sekejap untuk check-in then nanti bawa kereta ke parking bahagian Apartment. Jangan risau, parking banyak kat sini.


Kami ambil 2 unit Apartment jenis Double Room Suite dan kebetulan pula unit kami bersebelahan di tingkat 20. Jadi senang la kalau nak gather-gather kan. Apa yang bestnya mengenai Apartment di Hotel Tenera Bangi ni memang suasana dia macam rumah yang mempunyai 2 bilik, dapur dan ruang tamu. Memang sesuai kalau nak bawa keluarga atau kawan-kawan datang bercuti.



Bilik Tidur Pertama


Dalam bilik tidur pertama ni ada katil besar (Saiz King kot kalau tak silap). Lepas tu ada side table, almari pakaian, meja solek dan ruang sofa untuk bersantai. Dalam almari pakaian tu ada hanger, iron dan juga sejadah. Ha, senang la nak iron baju dan solat kan. 



Dalam bilik tidur pertama ni ada bilik air sendiri tau. Apa yang menariknya, dalam bilik air ni ada bath tub. Wow, best kan. Kalau tau, boleh bawa Bath Bomb dan berendam. Tapi takpe la, kitorang stay pun 2 Hari 1 Malam je kan. Tak sempat pula nak manjakan diri.. ahak. Oh ya, kemudahan toiletries semua ada tau. So kalau tak bawa berus gigi, tak payah kalut ye.. hehe



Bilik Tidur Kedua


Dalam bilik tidur kedua pula, ada 2 katil single. Ha, kalau datang berkeluarga, anak-anak boleh suruh tidur kat bilik ni. Tak payah la sharing katil dengan mak ayah kan. Dalam bilik ni juga ada almari tapi bezanya tiada meja solek dan sofa la. Tapi jangan risau, kat almari tu dah ada cermin. So, boleh la nak bersiap. 


Dalam bilik tidur kedua ni pun ada bilik air sendiri tau tapi takde bath tub la. Jadi bilik air ni kelihatan lebih besar berbanding bilik air sebelah. Toiletries pun ada juga jadi tak perlu berebut ya.




Ruang Dapur


Ruang dapur di sini lengkap dengan kitchen cabinet dan juga meja makan. Turut disediakan dapur dan juga peralatan untuk membuat air. Jadi boleh la nak masak light-light, panaskan makanan ataupun bancuh air. Tapi jangan la pulak korang masak macam nak kenduri bagai. Abes berkecah dapur nanti.. hehe





Ruang Tamu


Bahagian ruang tamu memang cukup selesa untuk bersantai. Ada sofa, coffee table dan televisyen. Dah macam kat rumah pulak rasanya. Berhadapan dengan ruang tamu ni ada balkoni. Bila buka je sliding door, menderu-deru angin masuk sebab apartment kami level 20 kan.



Kemudahan Lain di Bangunan Apartment Hotel Tenera Bangi


Kalau tadi kita dah tengok ruangan dalaman dan kemudahan yang ada di dalam Apartment Double Room Suite kan. So, sekarang sis nak share kemudahan lain yang ada di dalam bangunan Apartment ni pula. Kebiasaannya kalau datang bercuti ni anak-anak mesti nak request mandi kolam kan. Jangan risau, kat sini ada swimming pool tau. Sis dengar di bangunan hotel pun ada juga swimming pool, siap ada swimming pool muslimah lagi. Tapi tak sempat pula nak ke sana.


Selain dari swimming pool, ada juga kemudahan lain seperti Gymnasium, Wash & Go - Self Services Laundry (Ada kerusi urut ye dalam bilik ni, boleh la mengurut sambil tunggu baju siap) dan juga mesin Ezi Coffee. Kalau di bangunan hotel ada Grab & Go Convenience Kiosk.




Breakfast Di Selasih Garden Restaurant


Bagi penginapan jenis Apartment ni kami ambil pakej sekali dengan breakfast untuk 4 orang. Jadi pagi Ahad tu tak payah nak kalut fikir nak makan mana kan. Lagipun boleh la cuba menu makanan kat sini sebab dengar kata sedap. Restoran dia pun cantik, siap ada kolam ikan. Rasa macam makan dalam taman gichuuu.




Antara menu yang ada pada pagi tersebut adalah Nasi Lemak, Kuey Teow, Ayam Masak Merah, Capati, Noodle Soup Counter, Egg Counter, Bread Counter, Salad, Cereal dan banyak lagi. Waktu untuk sarapan pagi adalah pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi.



Oh ya, sepanjang berada di sini, sis sempat mencuba pelbagai menu di Hotel Tenera Bangi ni untuk makan tengah hari dan juga makan malam. Nanti sis akan kongsikan pada artikel lain ye. 


Lokasi Hotel Tenera Bangi Berhampiran KIPMall, Pasar Malam dan Pasar Tani


Kalau korang nak tahu lokasi Hotel Tenera ni memang strategik tau, tak jauh dari KIPMall Bangi. Siap ada pasar malam dan pasar tani di seberang jalan. Sis pula memang dah lama teringin nak pergi pasar malam. Apa lagi, lepas dinner je kami pun terus la menuju ke seberang. Waktu pagi pula, Kak Min, Abg Yee, Moka dan Khai gigih ye ke Pasar Tani. Sis dengan Momi dah tak mampu nak pergi sebab kekenyangan breakfast. Jadi kami decide balik ke apartment je.




Pengalaman Sepanjang Staycation Di Apartment Hotel Tenera Bangi


Secara keseluruhannya memang best la stay kat Apartment Hotel Tenera Bangi ni. Dah la fasiliti semua lengkap, selesa pula tu. Memang sesuai untuk staycation beramai-ramai. So, kalau korang mencari-cari lokasi untuk bercuti atau staycation, boleh la datang ke Hotel Tenera Bangi.


Untuk info lanjut boleh layari :




Post a Comment

0 Comments