Buffet Dinner 2024 : Memori Pasar Malam Di Aloft Langkawi Pantai Tengah | Assalamualaikum semua.. Selamat berpuasa. Alhamdulillah bertemu lagi kita di bulan Ramadan kan. Untuk entri kali ni khas buat warga Kedah khususnya Langkawi dan juga buat mereka yang datang ke Langkawi pada bulan Ramadan ni. Nah sis kongsikan lokasi berbuka puasa tapi kali ni jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor. Kat mana? Aha, kali ni kita nak merasai keenakan Buffet Dinner 2024 di Aloft Langkawi Pantai Tengah.
Lokasi Aloft Langkawi Pantai Tengah
Kali ni sis dan beberapa orang blogger lain berbuka puasa jauh sedikit sebab ada urusan di Langkawi. Kami menaiki flight dari Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan Air Asia. Actually kalau nak drive pun boleh juga, nanti boleh naik feri ke Langkawi. Bila tiba di Langkawi, kami memilih untuk sewa kereta dan menuju ke Aloft Langkawi Pantai Tengah. Ni alamat hotel ni :
Alamat :
Aloft Langkawi Pantai Tengah
Lot PT, 701, Jalan Pantai Tengah,
07000 Langkawi, Kedah
Tema Buffet Dinner 2024 Aloft Langkawi Pantai Tengah
Bila tiba bulan puasa, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk membeli makanan di Bazar Ramadan kan. Namun kadang kala dek kerana kesibukan sampai tak sempat nak jejak kaki ke sana. Dengan bertemakan 'Memori Pasar Malam', Aloft Langkawi Pantai Tengah mengambil inisiatif untuk membawa para pengunjungnya merasai suasana seperti pasar malam bila berbuka puasa di restoran Nook. Seronok bila mendengar keriuhan para jurusaji yang betul-betul menaikkan mood pasar malam.
Menu Buffet Dinner 2024 Memori Pasar Malam Di Aloft Langkawi Pantai Tengah
Bila sebut pasal pasar malam, terus terbayang ayam percik, roti john, satay dan air balang. Jangan risau, semua menu ni ada di sini. Ada deretan gerai yang kelihatan seperti pasar malam dan apa yang menariknya nama-nama gerai ni catchy tau. Ada Minyak Panaih Jemput2, Jajan, Terpaling Ayaq Balang, Kambing Di Sini!!!, Yong Tau Fu Taiping, Mi Tiga Penjuru dan Dapoq Bakaq. Menu-menu yang ada pula seperti Kambing Golek, Yong Tau Fu, Satay, Roti John, Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Ayam Percik, Ikan Bakar, Aneka Gorengan dan Macam-Macam lagi
Selain tu ada juga menu lauk-pauk seperti Ayam Masak Berlado, Rendang Ayam, Kari Kambing, Rendang Daging Tok, Udang Galah Masak Lemak Tempoyak, Sotong Tumis Masak Kunyit, Ikan Bawal Goreng Berempah, Gulai Ikan Tenggiri, Udang Masak Lemak Nenas, Daging Pesamah, Itik Salai Masak Lemak dan Ayam Pansuh.
Jangan lupa juga untuk menjengah ke sudut pembuka selera dan pemanis mulut. Ada kerabu, rojak, kuih-muih, salad, dessert, kek, kunafa, buah-buahan, dan juga minuman panas. Siapa yang suka kuih melayu kat sini ada banyak juga pilihan seperti Seri muka, karipap dan lompat tikam.
Harga Buffet Dinner 2024 Di Aloft Langkawi Pantai Tengah
Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Dinner 2024 yang sangat berpatutan iaitu :
Harga Buffet Dinner 2024 Aloft Langkawi Pantai Tengah
Memori Pasar Malam
Harga :
RM98 nett (Dewasa)
RM49 nett (Warga emas 60 tahun ke atas)
RM49 nett (Kanak-kanak 6-11 tahun)
Promosi Early Bird :
RM78 nett
(Pembelian sehingga 11 Mac 2024)
Harga minggu pertama :
RM88 nett (dewasa)
(12 Mac hingga 18 Mac 2024)
Promosi Istimewa :
Langkawians - 10% off
Group - Buy 10 Get 1 Free
Untuk Reservation boleh hubungi :
+6012 2252 416
0 Comments