Buffet Dinner 2024 : Sajian Nostalgia Di Silka Cheras Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Selamat berpuasa. Berbuka puasa di mana hari ini?? Ha, bagi yang masih mencari-cari lagi di mana lokasi untuk iftar bersama kesayangan, apa kata korang ajak mereka untuk berbuka puasa di Silka Cheras Kuala Lumpur. Nak tahu menu apa yang ada di sini dan info berkenaan harga bufet? Sila baca entri ni sampai habis ye.
Lokasi Silka Cheras Kuala Lumpur
Bagi yang tidak tahu lokasi Silka Cheras Kuala Lumpur ni, dia terletak di area Alam Damai. Hotel Silka Cheras ni satu bangunan dengan Cheras Sentral Mall yang dahulunya dikenali sebagai Plaza Phoenix. Nak datang ke sini boleh waze 'Silka Cheras' manakala jika ingin menaiki public transport, boleh menggunakan MRT dan turun di stesen Taman Connaught.
Alamat :
Silka Cheras, Kuala Lumpur
100, Jln Cheras,
Phoenix Business Park,
56000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema Buffet Dinner 2024 Di Silka Cheras Kuala Lumpur
Bagi tahun 2024 ni, tema Buffet Dinner di Silka Cheras Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa ni adalah 'Sajian Nostalgia' di mana pelbagai jenis juadah tradisi melayu dan tempatan disediakan untuk santapan berbuka puasa. Para pengunjung pastinya rindukan air tangan ibu kan. Jadi boleh la nikmati pelbagai hidangan yang ada di sini bermula pada 14 Mac 2024 hingga 5 April 2024 dari 6:30 petang hingga 10:00 malam. Buffet Dinner ini hanya dibuka setiap Khamis hingga Ahad dan Cuti Umum sahaja.
Menu Buffet Dinner 2024 Di Silka Cheras Kuala Lumpur
Ayuh nikmati pelbagai jenis menu yang disediakan oleh Chef Muhamad bin Ramli dan team kulinari yang lain. Antara menu yang ada di meja bufet adalah seperti Daging Gulai Melaka, Sambal Sotong, Ayam Masak Merah, Ikan Goreng Berempah, Sayur Campur.
Selain itu, jangan lupa juga untuk menikmati pelbagai menu lain seperti Kambing Bakar Percik, Nasi Kawah Briyani Udang, Nasi Goreng, Mee Goreng, Spaghetti, Mee kari, Roti John, Murtabak dan macam-macam lagi.
Terdapat juga deretan gerai-gerai yang menyediakan kerabu, rojak, ketupat, lemang, biskut nostalgia, jeruk, bubur lambuk, bubur kacang hijau, kuih-muih, kek, ABC dan buah-buahan. Anak-anak pula pasti teruja dengan pelbagai perisa aiskrim.
Harga Buffet Dinner Di Silka Cheras Kuala Lumpur
Berikut merupakan info mengenai Buffet Dinner 2024 di Silka Cheras Kuala Lumpur bagi rujukan korang supaya mudah untuk membuat pilihan :
Buffet Dinner 2024 Di Silka Kuala Lumpur
Sajian Nostalgia
Harga :
Dewasa (Seorang) - RM85 nett
Kanak-Kanak (4-12 Tahun) (Seorang) - RM60 nett
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) (Seorang) - RM70 nett
Untuk Tempahan Buffet Dinner 2024 Di Silka Cheras Kuala Lumpur :
sila hubungi +60 3 9108 9280
atau email ke info.cheras@silkahotels.com
0 Comments