Buffet Dinner 2024 : Santapan Iftar Di M Resort & Hotel Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua.. Masih mencari-cari lokasi berbuka puasa?? Ha,apa kata untuk iftar nanti korang bawa keluarga atau rakan-rakan untuk berbuka puasa di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Nah, untuk entri kali ni meh sis kongsikan apa menu yang menarik dan juga harga untuk buffet dinner di sini.
Lokasi M Resort & Hotel Kuala Lumpur
Sebelum sis kongsikan lebih lanjut mengenai Buffet Dinner 2024 di M Resort & Hotel Kuala Lumpur ni, meh sis bagitau mengenai lokasi hotel ni. Rasanya masih ramai yang belum familiar dengan hotel ni kan. Tapi kalau korang familiar dengan Bukit Kiara, ha dekat situ la lokasinya. Korang boleh Waze 'M Resort Hotel Kuala Lumpur'.
Alamat :
M Resort & Hotel Kuala Lumpur
Jln Damansara, Bukit Kiara,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tema Buffet Dinner 2024 Di M Resort & Hotel Kuala Lumpur
Tahun ini M Resort & Hotel Kuala Lumpur berbesar hati untuk memperkenalkan buffet berbuka puasa untuk sepanjang bulan Ramadan nanti dengan bertemakan 'Santapan Iftar'. Pelbagai jenis juadah dihidangkan menjadi santapan untuk menyatukan keluarga dan masyarakat dalam semangat kebersamaan. Ketika kita menghampiri musim muhasabah dan kesyukuran, Santapan Iftar menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan yang melangkaui hidangan ringkas.
Menu Buffet Dinner 2024 Santapan Iftar
Ayuh tenggelamkan diri dalam deria rasa untuk nikmati pelbagai masakan ekstravaganza dengan lebih daripada 100 pilihan hidangan yang disusun rapi, semuanya mudah di bawah satu bumbung. Daripada kepakaran tradisional hingga ke hidangan antarabangsa, menu di sini pasti menggamit selera para pengunjung.
Antara menu yang wajib dicuba adalah Kambing Golek, Ayam Percik Madu, Sup Gear Box, Satay, Daging Masak Kalio, Siput Sedut Lemak, Kebab, Rendang Ayam, Serunding Daging, Ikan Bakar, Roti John, Rojak Pasembur, Udang Sambal Petai, Ayam Masak Merah, Kambing Kuzi, Gulai Ketam Nanas dan Aneka Kerabu.
Menu kegemaran orang ramai yang popular juga ada termasuk Seafood on Ice, Sushi dan Sashimi, Udang Galah Campur dengan Udang, Ketam Cili Singapura, Shawarma Ayam, Kerang "Kam Heong", Nyonya Assam Laksa, Lamb Tandoori dan Chicken Chop dengan Sos Keju.
Tidak lupa sudut sajian pencuci mulut yang menawarkan pelbagai jenis kuih-muih, pencuci mulut dan juga manisan. Pelbagai jenis dessert ada tau daripada klasik sampai la pencuci mulut ciptaan inovatif seperti Biscoff Swiss Roll, Burnt Cheesecake, Apple Tartin, Durian Choux, Dates Almond Tart, Jackfruit Financier, Mango Carrot Cake, pelbagai jenis Kuih Muih dan Bubur ada juadah untuk setiap selera!
Tarikh Buffet Dinner 2024 Santapan Iftar
Buffet makan malam ini berlangsung bermula dari Februari sehingga 9 April 2024 nanti. Para tetamu boleh mula datang menikmati juadah berbuka puasa di Fairway Coffee House seawal dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Eh tapi jangan makan dulu, kena la tunggu waktu berbuka dulu tau. hehe.
Harga Buffet Dinner 2024 Santapan Iftar
Nampak menarik kan menu-menu yang ada di sini. Bagi yang tertanya-tanya harga, nah sis kongsikan untuk korang. Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan menu tempatan dan antarabangsa yang lazat pada harga buffet yang sangat berpatutan.
Harga Buffet Ramadan 2024 Dorsett Kuala Lumpur
Sajian Rasa Nusantara
Dewasa : RM198 nett
Kanak-kanak (5-11 tahun) : RM99 nett
Warga emas : 30% Off
Promosi : Buy 10 Get 1 Free
Untuk maklumat lanjut dan tempahan di sila hubungi :
+603 7773 7690
Email :
fnb@mresort-hotel.com.my
0 Comments