Buffet Ramadan 2024 : Bufet 25 Malam Anjuran Zai Sri Gemilang | Assalamualaikum semua.. Pejam celik dah tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Jadi bersempena menyambut kehadiran bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, pasti ramai yang mulai mencari-cari lokasi untuk berbuka puasa kan. Jadi untuk entri kali ni sis nak kongsikan satu lokasi untuk bufet ramadan 2024. Kat mana? Meh baca sampai habis.
Bufet 25 Malam Oleh Syarikat Katering Zai Sri Gemilang
Buffet Ramadan 2024 yang sis nak kongsikan kali ni bukan di hotel tapi dianjurkan oleh syarikat katering terkemuka tanah air iaitu Zai Sri Gemilang. Untuk tahun ini Zai Sri Gemilang kembali dengan tradisi pakej berbuka puasa ‘Bufet 25 Malam’ untuk penganjuran tahun yang ketiga bertemakan Citarasa Timur Tengah. Lokasi yang dipilih adalah di Urban Park Hall, Alam Impian, Shah Alam.
Lokasi Bufet 25 Malam Zai Sri Gemilang
Masa sis melangkah masuk ke dalam dewan, sis dah terpesona dengan kecantikan dekorasi dengan yang ala-ala di Negera Timur Tengah. Dewannya pun luas dan mampu menampung kapasiti sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu masa dengan kemudahan fasiliti termasuk kawasan parkir dan surau yang luas bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat dengan selesa. So, memang tak payah risau kalau nak datang berbuka puasa kat sini.
Menu Bufet 25 Malam Zai Sri Gemilang
Dari segi menu pula sebanyak lebih 100 sajian lazat bakal dihidangkan termasuklah hidangan signature wajib dicuba iaitu Nasi Arab Kambing Sujud yang disediakan menggunakan pelbagai herba dan rempah ratus selain Shawarma dan Daging Tetel Gulai Kawah. Bukan itu sahaja, Zai Sri Gemilang juga turut menyediakan menu utama yang sering menjadi tumpuan pengunjung seperti Nasi Minyak, Kambing Bakar, Daging Masak Hitam, Ikan Dory Masam Manis, Sup Soto Tulang Kambing Madura, Soto Ayam, Mi Kari Nyonya, Bubur Lambuk, Char Kuey Teow, Mi Goreng Mamak dan Beraneka Pasta.
Pelbagai gerai makanan turut disediakan untuk menyajikan hidangan aneka pilihan jenis pembuka selera seperti ulaman, sambal, keropok, gorengan, sup, murtabak, roti jala, roti john, pencuci mulut seperti kuih muih, puding, aiskrim, buah-buahan, minuman serta banyak lagi.
Kata-Kata Dari Pengasas dan Pengarah Urusan Zai Sri Gemilang
“Kata orang-orang lama, kalau ingin menambat hati seseorang pikatlah perutnya. Kalau perut sudah terpikat, maka senanglah hatinya. Sudahpun berkecimpung dalam bidang katering selama dua dekad, sememangnya saya amat berpegang teguh dengan kebenaran kata-kata ini yang diletakkan sebagai asas utama bagi memastikan Zai Sri Gemilang terus kekal sebagai pilihan katering premium khususnya di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, aspek penyediaaan sajian berkualiti yang lazat dan bersih tidak boleh dikompromi sama sekali. Untuk promosi bufet Ramadan tahun ini, kami turut membawakan suasana Timur Tengah ke dalam dewan menerusi dekorasi yang disediakan sekali gus memberikan 'rasa' kepada tetamu ketika berbuka puasa bersama kami.”
Tarikh Bufet 25 Malam Zai Sri Gemilang
Untuk pengetahuan korang, Bufet 25 Malam anjuran Zai Sri Gemilang bermula 14 Mac hingga 7 April 2024. Apa yang menariknya, Bufet 25 Malam ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran empat penyanyi terkenal iaitu Zamani, Ezad Lazim, Haziq Rosebi dan In-Team yang diundang khas sebagai tarikan utama untuk menghiburkan para tetamu pada hujung minggu.
Harga Bufet 25 Malam Zai Sri Gemilang
Bagi yang bertanya berapa harga untuk buffet Ramadan di sini, nah sis kongsikan untuk korang. Para tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan yang lazat pada harga Buffet Ramadan yang sangat berpatutan iaitu :
Harga Buffet Ramadan 2024 Zai Sri Gemilang
Bufet 25 Malam
Harga :
Dewasa
RM108 nett (Isnin-Jumaat)
RM118 nett (Sabtu-Ahad)
Kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) :
RM68 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) :
RM68 nett
Promosi Early Bird :
RM98 nett seorang (dewasa)
(Pembelian sehingga 13 Mac 2024)
Pakej Berbuka Puasa :
RM95 nett seorang
(Minimum 400 orang)
Tempahan awal untuk Pakej Berbuka Puasa :
RM90 nett seorang
(Minimum 400 orang)
(Isnin - Jumaat)
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
019-228 4349/013-287 4349/012-316 1164/012-731 6929
Website :
0 Comments