Buffet Ramadan 2024 : Harga Bawah RM100 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi

Buffet Ramadan 2024 : Harga Bawah RM100 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi | Assalamualaikum semua.. Tahun 2024 ni boleh dikatakan dah banyak tempat mengadakan Buffet Ramadan. Ada restoran mahupun hotel yang boleh kita pilih di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk dijadikan lokasi berbuka puasa bersama kesayangan. Ahaa, ada tak yang mencari buffet Ramadan 2024 di bawah RM100?? Kalau ada, meh sini sis kongsikan untuk korang satu lokasi iaitu di Santapan Ummis Hijau Kasturi, Sentul.



Info Mengenai Ummis Hijau Kasturi


Restoran yang telah bertapak selama lebih tiga tahun di Sentul Village, Kuala Lumpur ini telah diusahakan oleh Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang menyajikan pelbagai sajian pada setiap hari. Pasangan suami isteri ini telah berkecimpung lebih dari 30 tahun dalam bidang kulinari secara profesional. Sepanjang pengalaman tersebut, kedua-dua mereka setia berkhidmat dengan kerabat diraja Brunei selama lebih dari 8 tahun. Malah, mereka masih berbakti sehingga ke hari ini tatkala ada dikalangan kerabat yang mencemar duli di Malaysia atau merindui akan air tangan mereka.


Selain itu, pasangan ini juga pernah berkhidmat di Royal Brunei Airlines, Holiday Inn Toronto, Kanada, Hilton Petaling Jaya, serta terlibat sebagai tenaga pengajar di Management and Science University (MSU) Shah Alam. Menguatkan lagi rekod mereka, Ummis Hijau Kasturi sering kali menjadi pilihan katering beberapa syarikat penyiaran terkenal. Antaranya Astro, BERNAMA, TV3 serta banyak lagi. Selain itu, Santapan Ummis Hijau Kasturi juga telah menaja sajian hidangan konsert Liza Hanim yang berlangsung baru-baru ini


Tema Buffet Ramadan 2024 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Siapa yang pernah makan di Santapan Ummis Hijau Kasturi ni pasti takkan dapat melupakan keenakan menu makanan mereka. Untuk tahun 2024 ni, Restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi berbesar hati untuk membawakan gabungan sajian desa dua negara iaitu Malaysia dan Brunei.


Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan kali ini bertemakan 'Sungkei Di Desa, Air Tangan Ibu' dengan lebih daripada 45 jenis makanan gabungan hidangan Malaysia dan Brunei bakal tersedia sepanjang Ramadan. 

Menurut pemilik yang juga cef di restoran ini, Cef Haji Fauzi dan Cef Hajah Norziah, tema tersebut sengaja dipilih memandangkan sajian desa di Santapan Ummis Hijau Kasturi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pelanggan. Selain itu, berbekalkan pengalaman mereka terdahulu berkhidmat sebagai cef peribadi Istana Nurul Iman, pelbagai jenis sajian asal Bandar Seri Begawan akan turut disajikan. Jelas pasangan suami isteri ini lagi, mereka tidak menolak ada diantara sajian tersebut bakal menggamit memori pelanggan-pelanggan mereka. 



“Alhamdulillah, sambutan berbuka di restoran kami pada tahun lepas sangat memberangsangkan. Setiap hari dipenuhi dengan para pelanggan yang disayangi. “Susulan itu, pada tahun ini kami memilih menu-menu desa kerana mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi daripada para pelanggan. Pakai sahaja apa yang ada untuk ke sini kerana yang pasti sajian ini akan menggamit memori”
 ~ Cef Hajah Norziah ~


Menu Buffet Ramadan 2024 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Antara menu yang bakal disajikan adalah aneka masak lemak terdiri daripada Sup Berempah Daging Tetel Dengan Roti Benggali, Punten Dengan Sambal Hijau Ikan Bilis, Ayam Masak Sambal Bawang Merah Brunei, Paru Masak Sambal Hitam Brunei, Gulai Lemak Telur Itik Dengan Belimbing, Sambal Tumis Kampung Sotong Rendam, Telur Dadar Padang, Ikan Talapia Berlado, Ikan Kembung Bakar, Cencaru Sumbat Bakar, Mee Kari Nyonya dan banyak lagi. 










Memenuhi permintaan pelanggan, kuih yang sedang tular, Punten juga akan berada di dalam senarai bufet kelak. Menariknya, Punten ini dilengkapi bersama Sambal Hijau Ikan Bilis yang menjadi kegemaran pelanggan Santapan Ummis Hijau Kasturi. Lebih menarik, konsep gerai diperkenalkan kali ini dengan hidangan panas iaitu pelbagai gorengan dan lockcing sate ikan asli Kelantan. 


Kemudahan Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. 



Alamat dan Waktu Operasi Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Berikut merupakan info mengenai Buffet Ramadan 2024 di Santapan Ummis Hijau Kasturi bagi rujukan korang supaya mudah untuk membuat pilihan :

Tarikh Buffet Ramadan : 
13 Mac 2024 hingga 8 April 2024

Masa :
6.30 petang hingga 9.00 malam

Waktu operasi harian (selain bulan puasa) :
Dibuka pada setiap hari kecuali Isnin

Masa :
8.30 pagi hingga 6.00 petang

Alamat :
Santapan Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, 
No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul, 
51200, Kuala Lumpur. 


Harga Buffet Ramadan 2024 Di Santapan Ummis Hijau Kasturi


Seperti yang sis nyatakan kat atas, harga Buffet Ramadan 2024 di Santapan Ummis Hijau Kasturi ni di bawah RM100 kan. Ok, ni details harga untuk rujukan korang :


Harga Buffet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2024 :

Promosi Early Bird
RM50.00 nett - dewasa
(pembelian sehingga sehingga 12 Mac 2024)

Harga Biasa
RM59.90 nett - dewasa
RM25.00 nett - kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah
RM25.00 nett - Warga Emas 60 tahun ke atas

* kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma
** Bayaran 100% perlu dijelaskan bagi tujuan tempahan

Selain itu, buat mereka yang ingin mencuba pelbagai jenis sambal juga boleh dapatkan di Santapan Ummis Hijau Kasturi. Pelbagai jenis sambal tersedia seperti Sambal Hijau Ikan Bilis dan Sambal Daging. Berharga RM19.90 bagi 500gm, semua sambal-sambal ini sedia untuk dimakan dan boleh disajikan dengan aneka hidangan terutama di bulan Ramadan. 

Untuk info, restoran ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dan perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar. Bagi mereka yang berminat untuk membuat tempahan Ramadan** atau sebarang acara hubungi :

Telefon :
03-40324383(pejabat),
017-6534133(operasi) 
011-23058511(pengeluaran/production). 

Facebook : 

Instagram : 



Post a Comment

0 Comments