Majlis 'Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya' Bersama California Raisins

Majlis Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya Bersama California Raisins | Assalamualaikum semua.. Siapa sini penggemar kismis?? Yeahhh, kita geng.. Sis ingat lagi memang dari kecil sis dah didedahkan dengan makan kismis ni sebab ada banyak khasiat. Biasanya sis akan makan begitu sahaja. Kalau dalam makanan pula sis akan jumpa kismis ni dalam nasi minyak atau nasi briyani. Tapi tahu tak yang sebenarnya ada banyak lagi menu-menu yang boleh dihasilkan menggunakan kismis??



Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya


Sebenarnya baru-baru ni sis dijemput untuk menghadiri majlis 'Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya' bersama California Raisins. Majlis ini merupakan sambutan pra-Ramadan yang dianjurkan oleh California Raisins yang diadakan di Texture by C3 Lab, Atria Shopping Mall. Acara ini berlangsung selama dua hari bagi mempamerkan kemeriahan serta daya tarikan serba boleh mengenai California Raisins, tepat pada masanya untuk musim perayaan Ramadan.



California Raisins


Tetamu yang tiba dihidangkan pastri dan minuman yang dibuat dengan Kismis California. Kami juga disediakan dengan pelbagai jenis produk California Raisins yang disediakan khas di meja untuk meneroka dan merasai pelbagai jenis kismis. Pengalaman mengasyikkan ini menyerlahkan kepelbagaian rasa dan daya tarikan masakan kismis.



Acara dimulakan dengan pengenalan serta penerangan mengenai California Raisins, menekankan perjalanan mereka dari ladang anggur yang subur untuk dijadikan bahan utama dalam masakan setiap hari termasuk pada hari perayaan. Untuk pengetahuan korang,  California Raisins ni mempunyai kemanisan semula jadi dan mempunyai banyak khasiat. Jadi untuk majlis kali ini, tumpuan diberi khas untuk California Raisins ni.




Resipi Dari California Raisins - Manis Secara Alam Semulajadi


Para tetamu yang hadir pada hari ini telah dijamu dengan pelbagai ciptaan kulinari bertemakan kismis, hasil dari air tangan dua chef pastri terkenal Malaysia iaitu Chef Aison dan Chef Lawrence Bobo. Kedua-dua chef ini juga sempat membuat demonstrasi dan memberikan tetamu idea resipi yang inovatif, menggabungkan perisa tradisional Raya dengan teknik masakan kontemporari menggunakan California Raisins.



Chef Aison merupakan seorang tukang roti yang mahir dengan latar belakang masakan yang kuat, serta terkenal dengan kreativitinya dalam menghasilkan menu berasaskan bakar. Beliau menggunakan bakatnya untuk mencipta beberapa pastri Kismis California yang unik, termasuk California Raisin Hazelnut Babka, California Raisin Kouign-Amann, dan California Raisin Carrot Cinnabon.


Sementara itu, Chef Lawrence Bobo pula dikenali sebagai 'The Mad Scientist' kerana kemahiran beliau tentang pastri dan kuih-muih. Di sini, beliau menggunakan bakatnya dalam patisseries untuk menghasilkan satu siri hidangan manis termasuk California Raisin Apple Tarte Tatin, California Raisin Chocolate Orange Cake dan California Raisin Vanilla Petit Gateau.


Selepas melihat demonstrasi dari chef, para tetamu juga dapat menikmati pelbagai jenis menu lain semasa makan tengah hari. Berikut merupakan senarai menu yang dihidangkan :

AperitifCalifornia Raisin & Calamansi Spritzer
Appetizer -  California Raisin Waldorf Salad 
Main Course - Smoked California Raisin Beef Brisket, California Raisin Briyani Rice, California Raisin Sambal With Fried Quail Eggs
Dessert - California Raisin Apple Tarte Tatin
Petit Fours - California Raisin Chocolate Cake dan California Raisin Vanilla Cake










Acara ini diakhiri dengan setiap tetamu membawa pulang beg jinjing yang diisi dengan snek California Raisins, serta buku kecil yang memaparkan resipi oleh Chef Aison dan Chef Lawrence Bobo untuk mereka cuba di rumah.


Gerai foto interaktif, dengan alat peraga dan slogan yang mempromosikan California Raisins, menjadi kemuncak untuk tetamu, menawarkan cara yang menyeronokkan untuk merakam dan berkongsi kenangan acara itu di media sosial. Para tetamu juga digalakkan untuk berkongsi foto di media sosial, dengan hashtag #CALIFORNIARAISINS dan #RAISINSFORRAYA, untuk peluang memenangi sebakul Kismis California. 3 orang pemenang telah dipilih dan menerima cenderahati dari California Raisin.


Kismis, Pilihan Raya yang Lebih Gembira


Bagi sis, acara ini menekankan faedah gaya hidup menggabungkan California Raisins ke dalam diet harian, terutamanya semasa musim perayaan. Sebagai pemanis semulajadi dan snek mudah, California Raisins selaras dengan aspirasi pengguna yang mementingkan kesihatan.


Flavors of Festivity adalah lebih daripada pameran kulinari; ia adalah perayaan gaya hidup seimbang dan ceria yang disokong oleh California Raisins. Acara itu membuatkan para hadirin terinspirasi dan bersedia untuk menyemai perayaan Raya mereka dengan kemanisan semula jadi California Raisins.


Diraikan kerana kualiti premium dan serba boleh, California Raisins adalah makanan ruji dalam dapur yang mementingkan kesihatan. Mereka menawarkan alternatif yang sihat kepada gula yang diproses, menjadikannya ramuan yang sempurna untuk masakan perayaan dan setiap hari.


Secara keseluruhannya sis memang happy sangat dapat hadir ke majlis 'Flavours of Festivity: Epicurean Delights for Raya' Bersama California Raisins ni. Bukan sahaja balik dengan perut yang kenyang tetapi dapat belajar banyak ilmu dan juga resipi berasaskan California Raisin. So, boleh la sis masak untuk bulan Ramadan dan Hari Raya nanti.. adios... 


Post a Comment

0 Comments