Perumahan Izara @ Bayu Sutera : Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home | Assalamualaikum semua.. Rumah adalah tempat untuk kita berlindung dari panas dan hujan. Bukan itu sahaja, rumah juga merupakan ruang untuk kita berehat dan melakukan aktiviti seharian. Jadi ciri-ciri rumah yang ingin didiami haruslah mempunyai ciri-ciri yang selesa, selamat dan mempunyai kemudahan yang lengkap sebab kita nak duduk dalam jangka masa yang panjang kan. Jadi, bagi yang tengah mencari-cari rumah idaman, boleh la memilih kediaman di Izara @ Bayu Sutera.
Mengenai Perumahan Izara @ Bayu Sutera
Perumahan Izara @ Bayu Sutera merupakan kawasan kediaman terbaru yang menawarkan rumah di tepi tasik dengan memiliki ciri Smart Home. Wah.. di zaman serba moden ini selain dari memiliki rumah yang besar dan selesa, dapat memiliki rumah pintar pun menjadi idaman setiap orang la. Dah tak perlu nak susah-susah untuk membuat pengubahsuaian di kemudian hari kan. Ok, jom sis kongsikan info mengenai Perumahan Izara @ Bayu Sutera ni.
Info Mengenai Rumah Di Izara @ Bayu Sutera
Untuk pengetahuan korang, Perumahan Izara @ Bayu Sutera ni terletak di Seremban dan mempunyai status Hartanah Milik Bebas (Freehold Landed Property) dengan harga bermula dari RM553,xxx. Jenis rumah pula adalah perumahan 2 tingkat dengan bukaan 20' x 70' (intermediate) dan berkeluasan 2,315 sq.ft (intermediate). Rumah ini memiliki 4 bilik tidur dan juga 4 bilik air. Dari segi keselamatan pula, jangan khuatir. Kawasan perumahan di sini dikelilingi dengan pagar keselamatan tinggi dan juga pondok pengawal
Ciri-ciri Rumah Pintar
Seperti yang sis nyatakan tadi Kediaman di Izara @ Bayu Sutera ini memiliki ciri rumah pintar (Smart Home). Tentu korang nak tahu kan apa ciri-ciri rumah pintar yang ada kan. Aha, setiap rumah di sini mempunyai Smart Homes Features iaitu :
- Digital lock
- Lighting module
- Aircond IR Blaster
- Voice control
Ha, canggih kan. Ye, rumah yang dibeli nanti akan memiliki semua ciri-ciri di atas. Jadi tak perlu dah susah-susah untuk memasang keperluan Smart Home ni di kemudian hari.
Kemudahan Di Perumahan Izara @ Bayu Sutera
Kediaman impian bukan sahaja berkaitan dengan rumah malah merangkumi kepada kawasan persekitaran juga. Sudah pastinya keperluan persekitaran yang lengkap juga akan mempengaruhi keputusan untuk memiliki rumah. Berikut antara kemudahan dan keperluan yang ada di persekitaran Perumahan Izara @ Bayu Sutera.
a) Kemudahan di Izara @ Bayu Sutera
Di Izara @ Bayu Sutera terdapat taman tasik seluas 3 ekar dan dilengkapi dengan kemudahan seperti laluan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain. Jadi, para penduduk akan dapat menikmati aktiviti riadah bersama keluarga dengan menggunakan kemudahan seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse, laluan refleksologi dan sebagainya. Best kan kalau ada kawasan rumah yang ada tempat riadah ni. Nak jogging pun rasa lebih selamat.
b) d’Tempat Country Club
Setiap pembeli rumah di Izara @ Bayu Sutera akan mendapat keahlian kelab secara percuma di d’Tempat Country Club yang memiliki kemudahan kolam renang saiz olimpik, gimnasium, bowling, snuker, bilik wayang, membaca bilik, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe. Wow, not bad kemudahan di Club House di Izara @ Bayu Sutera ni. Macam-macam ada.
c) X-Park
Bagi peminat aktiviti lasak, pastinya akan teruja pabila kawasan rumah korang berhampiran dengan tempat untuk membuat aktiviti lasak kan. Ya, lokasi Izara @ Bayu Sutera ni terletak berhampiran dengan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan iaitu X-Park yang terkenal dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu.
d) Matrix Global Schools
Selain kemudahan yang telah dinyatakan di atas, ada satu lagi kemudahan yang tak kurang juga penting nya iaitu sekolah. Bagi sis lebih suka jika rumah dekat dengan sekolah sebab anak-anak nak pergi ke sekolah. Untuk penduduk di Izara @ Bayu Sutera, sekolah yang berhampiran adalah Matrix Global Schools yang merangkumi Matrix Private School, Matrix International School and Matrix International Pre School. Kawasan Matrix Global Schools ni dibina di atas tanah seluas 20 ekar dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya British klasik Sekolah kolonial, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500 sekolah tempatan dan pelajar asing.
e) Sendayan Merchant Square
Selalunya kalau kawasan perumahan baru ni mesti jauh dari kedai-kedai kan. Tapi jangan risau. Pihak developer dah memikirkan perkara ini tau. Satu kawasan dengan tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan. Kawasan yang diberi nama Sendayan Merchant Square terdiri daripada 163 unit pejabat kedai yang menghadap ke Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti
Gempak Raya Bonanza
Berita baik buat para bakal pembeli rumah di Izara @ Bayu Sutera, sempena musim perayaan ini, Matrix Concepts menawarkan promosi ‘Gempak Raya Bonanza’. Jadi siapa yang membeli rumah di sini dalam tempoh kempen layak mendapat Rebat tambahan sebanyak RM10,000, penjimatan sehingga RM74,000. Kempen ini bermula dari 23rd March hingga 12th May 2024. Wow! Menarik kannnn. Banyak boleh jimat kan. Boleh la guna duit tu untuk beraya pulak. hehe.
Jadi korang, jangan lepaskan peluang keemasan ni. Dengar kata Fasa sebelum ni dah dijual sepenuhnya dalam tempoh yang singkat, jadi ini adalah bukti bahawa perumahan di bawah Matrix Concepts sangat diterima baik. So, dapatkan rumah idaman korang di Izara @ Bayu Sutera sekarang. Jika berminat dengan Perumahan Izara @ Bayu Sutera korang boleh hubungi Matrix Concepts di 1-800-88-2688 dan layari http://izara2.bayusutera.com.
3 Comments
My dream home, tapi kalau gaji RM 550 sebulan, saya boleh beli tak rumah ni?
ReplyDelete
ReplyDeleteNi kat sendayan ke, Projek baru launch?
ReplyDeleteNi kat sendayan ke, Projek baru launch?