Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita - Jadilah Wanita Yang Mahal

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita - Jadilah Wanita Yang Mahal | Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Buruh dan selamat bercuti buat warga yang bekerja. So, korang buat apa je hari ni? ke masih ada jemputan ke open house?? Ha, kalau ke open house tu mesti akan keluar gossip kan. Tambah-tambah pasal gossip hangat di antara pelakon sekarang ni. Eh, tapi sis bukan nak ulas pasal isu cuma nak sampaikan pesanan seseorang kepada semua pembaca sis. Sila baca sampai habis ye.



Pesanan Datin Thalia Jadilah Wanita Yang Mahal 

Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana 'Buaya'

Usahawan selebriti Datin Thalia Baiduri menitip pesan buat semua wanita agar menjaga darjat serta  nilai diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'. Beliau berkongsi perkara itu ketika sesi langsung yang diadakan di laman sosial TikTok miliknya @thalia.baiduri malam tadi ketika bersembang bersama pengikutnya.


Pelakon drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama dengan Remy Ishak itu berharap golongan wanita menjaga maruah mereka dalam setiap tindakan yang dibuat. 

"Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita saya 
harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.

"Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh 
sesama kita wanita dan buka aib sana buka aib sini.

"Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan 
berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya,"

Kata-kata Thalia itu turut mendapat persetujuan dari netizen yang menyokong bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.

"Setuju Tin (Datin), kita (wanita) ada nilai," 
kata Sim Ahza


Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil dan tidak perlu bergaduh sesama artis.

"Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik 
berhenti bercakap yang bukan-bukan," 

Thalia mengakui cinta juga akan membuat seseorang itu buta dan membuat tindakan yang tidak sepatutnya namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.

"Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam 
mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah 
muda yang dihalang itulah yang dibuat.

"Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang 
dan kita tahu kenapa mak kita halang,"


Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu ini.

"Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini 
yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.

"Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, 
memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.

"Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang 
kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik," 

Thalia berkata demikian berhubung isu hangat yang sedang diperkatakan membabitkan pendedahan seorang wanita dari Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.


Wanita itu turut mengaitkan beberapa nama selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Beberapa penggiat seni termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi turut berang dengan isu yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan.

Jadi korang, kita sebagai wanita kena la menjaga darjat diri kita supaya tidak terjebak dengan isu-isu kontroversi macam ni. Letakkan martabat diri kita di level yang tinggi dan hiasilah peribadi dengan sebaiknya.


Post a Comment

0 Comments