Peluang Untuk Memenuhi Impian Memiliki Rumah Di Bayu Sutera Dan Tunaikan Umrah | Assalamualaikum semua.. Impian, ya semua orang mempunyai impian kan. Tapi ada tak di antara pembaca blog sis ni yang mempunyai impian untuk memiliki rumah? Kalau ada, ha meh baca entri ni sampai habis sebab sis nak kongsikan peluang untuk korang memiliki rumah dan dalam masa yang sama berpeluang untuk tunaikan Umrah juga. Menarik kan.
Pengenalan : Beli Unit Bayu Sutera Dan Terima Umrah Percuma
Masih ingat dengan projek perumahan Bayu Sutera?? Ha, kalau korang
nak tahu kini fasa terbaru perumahan ini sedang giat dijalankan dan untuk
butiran terkini, mereka sedang membangunkan Lakeside Residences yang dilengkapi
dengan ciri rumah pintar dan canggih. Sebagai tanda keterujaan dan penghargaan
atas sambutan terhadap pembangunan ini, pihak Matrix Concepts menawarkan Pakej
Umrah secara percuma untuk 2 orang bagi mereka yang membeli unit di Bayu
Sutera.
Pembangunan Projek Perumahan Bayu Sutera
Mungkin ada yang dah baca kan perkongsian sis sebelum ini mengenai
projek perumahan Bayu Sutera ni kan. Tapi jika belum, meh sis kongsikan serba
sedikit info mengenai projek perumahan ini. Untuk pengetahuan korang, projek
perumahan Bayu Sutera ini adalah di bawah kelolaan pemaju Matrix Concepts yang
terletak di Bandar Sri Sendayan. Dengan keluasan 216 ekar, fasa pertama
pembangunan Bayu Sutera telah dilancarkan pada 2021.
Berdasarkan rekod, fasa pelancaran lebih awal telah dilaksanakan dengan
lancar dan penjualannya juga mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Sebanyak 963 buah unit kediaman telah berjaya diserahkan kepada
pemiliknya.
Tawaran Kediaman Terkini Di Bayu Sutera
Kini, projek perumahan Bayu Sutera ingin memperkenalkan fasa pembangunan
terbaru iaitu Lakeside Residences yang merupakan komuniti kediaman tepi tasik
yang menggabungkan kehidupan moden dengan ketenangan alam semula jadi.
Fasa terbaru ini bukan sahaja menawarkan keindahan pemandangan tepi
tasik tetapi juga dilengkapi dengan ciri rumah pintar terkini dengan memastikan
gaya hidup yang selesa, selamat dan tenang untuk penduduknya. Untuk fasa
terbaru ini, terdapat 2 jenis rumah yang ditawarkan iaitu :
a) Izara II @ Bayu Sutera
- Izara
II @ Bayu Sutera mempunyai status Hartanah Milik Bebas (Freehold Landed
Property). Jenis rumah pula adalah perumahan 2 tingkat dengan bukaan 20' x 70'
(intermediate) dan berkeluasan 2,315 sq.ft (intermediate). Rumah ini memiliki 4
bilik tidur dan juga 4 bilik air. Untuk rumah Izara II @ Bayu Sutera ini
mempunyai 171 Unit dan dikelilingi dengan pagar keselamatan tinggi dan juga
pondok pengawal.
b) Elonia III @ Bayu Sutera
- Elonia
III @ Bayu Sutera mempunyai status Hartanah Milik Bebas (Freehold Landed
Property). Jenis rumah pula adalah perumahan 2 tingkat dengan bukaan 20' x 70'
(intermediate) dan berkeluasan 2,315 sq.ft (intermediate). Rumah ini memiliki 4
bilik tidur dan juga 4 bilik air. Untuk rumah Elonia III @ Bayu Sutera ini
mempunyai 38 Unit dan dikelilingi dengan pagar keselamatan tinggi dan juga
pondok pengawal.
Smart Homes Features
Seperti
yang sis nyatakan di atas, rumah-rumah ini mepunyai ciri rumah pintar yang
terkini. Ha, mesti semua nak tahu apa yang istimewa dengan rumah pintar ni kan.
Aha, setiap rumah di sini mempunyai Smart Homes Features iaitu :
- Digital
lock
-
Lighting module
- Aircond
IR Blaster
- Voice
control
Ha,
canggih kan. Ye, rumah yang dibeli nanti akan memiliki semua ciri-ciri di atas.
Bukan tu sahaja, rumah-rumah ini juga mempunyai ruang yang luas especially
bahagian ruang tamu, bilik tidur dan juga bilik air yang pastinya akan memberi
keselesaan serta idea kreatif kepada pemiliknya untuk tata hias ruang.
Ciri-Ciri Kawasan Kejiranan Bayu Sutera
Selain
dari memiliki rumah yang cantik dan selesa, ciri-ciri kawasan kejiranan yang
selamat dan tenang juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan rumah
kediaman. Sudah pastinya keperluan persekitaran yang lengkap juga akan
mempengaruhi keputusan untuk memiliki rumah. Di Bayu Sutera, pemilik rumah di
sini tak perlu risau kerana kawasan sekeliling terjamin selamat dengan adanya
pagar keselamatan tinggi dan juga pos pengawal.
Dari segi
kemudahan untuk kejiranan pula, Bayu Sutera dilengkapi dengan kemudahan seperti
laluan jogging, parcourse, dek plaza, ciri air dan lain-lain. Jadi, para
penduduk akan dapat menikmati aktiviti riadah bersama keluarga dengan
menggunakan kemudahan seperti taman permainan, gelanggang badminton, parcourse,
laluan refleksologi dan sebagainya.
Jangan
risau, kehendak, keperluan dan keselesaan para penduduk di Bayu Sutera akan
sentiasa diberi keutamaan dalam pembangunan pembangunan perumahan di sini. Jadi
tak hairan la jika Bayu Sutera menerima Anugerah Berprestij iaitu StarProperty
Awards for : The Cornerstone Award – Best Landed
Development
(Excellence) 2024.
Pembangunan dan Kemudahan Tambahan Di Bayu Sutera
Selaras
dengan pembangunan perumahan, pihak pemaju juga turut membangunkan Bayu Biz
yang merupakan pembangunan hab komersial terkini di Bayu Sutera. Terletak
secara strategik di antara jalan-jalan kediaman yang sibuk di Bayu Sutera dan
jalan-jalannya kejiranan sekitar, Bayu Biz disediakan untuk menjadi hab pusat
perniagaan, membeli-belah, dan aktiviti sosial dalam masyarakat.
a) d’Tempat Country Club
Setiap pembeli rumah di Izara II & Elonia III @ Bayu Sutera akan mendapat keahlian kelab secara percuma di d’Tempat Country Club yang memiliki kemudahan kolam renang saiz olimpik, gimnasium, bowling, snuker, bilik wayang, membaca bilik, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, bar dan kafe.
b) X-Park Sendayan
Bagi
peminat aktiviti lasak, lokasi Izara II & Elonia III @ Bayu Sutera ni
terletak berhampiran dengan tempat hiburan terbesar di Negeri Sembilan iaitu
X-Park yang terkenal dengan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox,
paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu.
c) Matrix Global Schools
Terdapat
sekolah yang berhampiran iaitu Matrix Global Schools yang merangkumi Matrix
Private School, Matrix International School and Matrix International Pre
School. Kawasan Matrix Global Schools ni dibina di atas tanah seluas 20 ekar
dengan seni bina dan dalaman yang unik mengikut gaya British klasik Sekolah
kolonial, dilengkapi dengan kemudahan dan kurikulum untuk menampung 2,500
pelajar.
d) Sendayan Merchant Square
Kawasan
yang diberi nama Sendayan Merchant Square terdiri daripada 163 unit pejabat
kedai yang menghadap ke Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh
pemaju dalam kawasan komersial untuk ikatan komuniti
Tawaran Pakej Umrah Eksklusif
Antara impian untuk memiliki rumah dan juga impian untuk mengerjakan umrah, kenapa perlu pilih jika kita boleh mendapat kedua-duanya kan. Ini merupakan satu tawaran yang unik dan istimewa yang diberikan kepada bakal pemilik rumah di Izara II atau Elonia III @ Bayu Sutera. Memiliki rumah dalam komuniti yang terbaik menawarkan keselesaan dan kestabilan, manakala menunaikan umrah pula memberikan ganjaran dan keberkatan rohani yang besar.
Pakej Umrah Untuk 2 Orang
Bagi setiap pembelian unit rumah di Izara atau Elonia @ Bayu Sutera (Bumi units sahaja), pemilik layak untuk mendapat pakej umrah secara percuma untuk 2 orang. Pemilik akan mendapat Baucer Tunai Umrah bernilai RM16,000 ke Tanah Suci selama 11 hari 10 malam di Arab Saudi. Pakej Umrah ini merangkumi Tiket penerbangan, penginapan hotel, pengangkutan dan hidangan penuh untuk makan sebanyak 3 kali sehari.
Antara tempat yang bakal dilawati adalah lawatan ke tapak penting seperti Muzium Al Wahyu di Makkah. Selain itu, para jemaah juga akan diberikan faedah tambahan seperti Kursus Umrah, Kit Umrah, Air Zam-zam, dan bimbingan Mutawif yang berpengalaman. Butiran Terma & Syarat boleh merujuk kepada Agensi Pelancongan yang dilantik ‘TH Travel & Services Sdn Bhd’.
Tawaran ini sah sehingga : 20th
May – 20th August 2024
Tawaran Jualan dan Promosi Yang Menarik
Ha, macam mana?? berbaloi kan jika membeli rumah kediaman di Bayu Sutera
ni. Dah la dapat memenuhi impian untuk memiliki rumah idaman malah dapat juga
memenuhi impian untuk menunaikan umrah. Nikmat apa yang perlu didustakan lagi
jika peluang untuk memenuhi impian keduanya terbuka di depan mata kan. Ya, ini
lah masanya untuk mereka yang ingin mencari rumah kediaman dan merebut peluang
untuk tawaran yang sangat istimewa di Bayu Sutera ini.
Selain dari promosi di atas, terdapat beberapa lagi pakej jualan yang
menarik menanti pembeli rumah di sini seperti bayaran muka rendah, yuran
guaman percuma untuk duti setem ke atas SPA dan Pinjaman serta keahlian
kelab percuma di d’Tempat Country Club.
Sebarang pertanyaan dan juga info lanjut mengenai tawaran Memiliki
Rumah Di Bayu Sutera Dan Tunaikan Umrah boleh layari : https://umrahbersama.bayusutera.com/4/
8 Comments
Rezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Impian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci.
ReplyDeleteImpian saya jugaaa.. Bertuah la siapa yang beli rumah kat sini kannn
DeleteBerkenan betul la pakej gini. Beli rumah dapat plak pakej umrah lengkap. Terbaik!
ReplyDeleteBagus kan pemaju ni.. Andai ada rezeki, boleh la beli rumah kat sini 🤗
DeleteCantiklah kawasan perumahan dia . Tenang jaaaa
ReplyDeleteAah fasa yang ni di tepi tasik. Memang tenang je. Ptg2 boleh la beriadah keliling tasik 🤗
DeleteBerbaloi kalau dapat grab peluang yang ditawarkan ini.Suka giler dengan vibes kediaman kali ni, cukup mendamaikan jiwa bila dapat bersahabat dengan alam semulajadi.
ReplyDeleteBethollll.. Memang berbaloi sgt kan kak. Balik rumah rasa tenang je dgn suasana & persekitaran yg menghijau. Tawaran tunai umrah tu pun bukan senang nak dapat 🤗
Delete