Review Dan Sinopsis Filem Project Silence

Review Dan Sinopsis Filem Project Silence | Assalamualaikum semua... Dah lama rasanya sis tak buat review filem kan. Sebenarnya banyak je filem-filem best yang sis tonton di pawagam tapi itu lah, bila mood Vitamin M datang, semua benda kelaut. Tapi kali ni mood sis kembali excited lepas menonton filem Project Silence. Ha, meh sini sis kongsikan Sinopsis dan Review untuk filem Project Silence ni.


Kalau korang nak tahu, Tayangan Perdana filem ini telah diadakan di Cannes Film Festival pada 21 Mei 2023. Filem Project Silence ini juga menjadi salah satu karya terakhir yang dibintangi oleh Lee Sun-kyun sebelum beliau meninggal dunia pada akhir tahun lalu. So, kepada peminat filem Korea lakonan Lee Sun-kyun memang kena pergi tengok filem ni.


Info Filem Project Silence


Tajuk Filem : Project Silence
Durasi : 1 hr 37 mins
Bahasa : Korea
Genre :  Aksi, Bencana
Penulis Skrip : Kim Tae-gon, Kim Yong-hwa, Park Joo-suk
Pengarah : Kim Tae-gon
Penerbit : 


Barisan Pelakon Filem


> Lee Sun-kyun sebagai Cha Jung-Won (The Presidential Aide)
> Ju Ji-hoon sebagai Joe Park (Tow truck driver)
> Kim Hee-won sebagai Doctor Yang (The head researcher of 'Project Silence')

> Moon Sung-keun sebagai Byeong-Hak
> Ye Soo-jung sebagai Soon-Ok
> Park Hee-von sebagai Mi-Ran
> Park Ju-hyun sebagai Yoo-Ra
> Kim Tae-woo sebagai Jung Hyun-Baek
> Kim Su-an sebagai Cha Kyung-Min
> Ha Do-kwon sebagai Captain Kang



Sinopsis Filem 

Satu kemalangan besar berlaku di atas Jambatan Lapangan Terbang akibat kabus tebal yang menghalang penglihatan. Bukan setakat itu sahaja, mangsa kemalangan yang terperangkap turut berada di ambang maut kerana jambatan tersebut hampir runtuh. Dalam kekalutan yang berlaku, beberapa ekor anjing hasil eksperimen tentera untuk projek 'Project Silence' yang diangkut secara rahsia telah terlepas. Anjing-anjing ini mula menyerang mangsa yang terselamat secara rambang dan mewujudkan keadaan yang tidak terkawal. Jadi dapatkah mangsa-mangsa yang terperangkap ni menyelamatkan diri? Ha, kena saksikan sendiri di pawagam tau 🤗

Tarikh Tayangan di Pawagam : 11 Julai 2024



Ulasan Filem

Memandangkan sis dah tengok filem ni, meh sis nak kongsikan sikit ulasan sis pasal filem Project Silence ni. Seperti yang kita tahu, filem thriller Korea memang penuh dengan aksi mendebarkan. Betul tak?? So sama juga dengan filem Project Silence yang bergenre Thriller Disaster ni. 

Dari mula hingga penghujung memang penuh dengan adegan-adegan yang membuatkan jantung berdegup kencang especially bila anjing tu mula mengganas. Walau pun filem aksi tapi ada juga part-part lucu dan tak kurang juga kehadiran watak yang membuatkan kita rasa geram je.. Cuma tu la, bila tengok lakonan Lee Sun-kyun rasa sedih pula sebab dia dah takde kan. Tapi secara overall memang best tengok filem Project Silence.. 👍🏻


Rating :
🌟🌟🌟🌟
4 / 5
BINTANG



Post a Comment

0 Comments