AmHope Rehab Center : Pusat Pemulihan dan Regeneratif AmLife Berasaskan CSR Sempena Ulang Tahun ke-10

AmHope Rehab Center : Pusat Pemulihan dan Regeneratif AmLife Berasaskan CSR Sempena Ulang Tahun ke-10 | Assalamualaikum semua.. Baru-baru ini AmLife telah mengadakan majlis Pelancaran AmHope Pusat Pemulihan dan Regeneratif yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong. Alhamdulillah, sis sendiri berpeluang menghadiri majlis ini dan menjadi salah seorang saksi untuk majlis yang meriah ini. Apa yang menariknya, AmLife turut membuat CSR sempena dengan Ulang Tahun ke-10 ni tau. Nak tahu lebih lanjut sila baca sampai habis.



Penyakit Degeneratif Moden Terutama Penyakit Strok 


Untuk pengetahuan korang, Pusat Pemulihan yang baharu dibina ini bakal memberi impak yang amat bermakna kepada golongan warga emas di Malaysia yang terjejas akibat penyakit degeneratif moden, terutama penyakit strok di negara ini. 


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pernah menjangkakan bahawa Malaysia bakal menjadi negara tua pada tahun 2030 iaitu dalam pola 15 peratus daripada jumlah penduduk negara. Apabila penuaan di kalangan masyarakat semakin meningkat, kos penjagaan kesihatan juga turut meningkat, sekali gus akan membebankan masyarakat. Justeru, status kesihatan warga emas amat kritikal dan memerlukan perhatian segera.


Masalah Kesihatan Warga Emas


Kebanyakan warga emas kini sering berdepan masalah kesihatan seperti kehilangan otot (Sarcopenia), masalah kardiovaskular serta strok. Secara global, 15 juta orang menderita akibat strok setiap tahun. Di Malaysia, penyakit degeneratif semakin meningkat, dengan strok berada di tempat ketiga yang juga merupakan penyebab kematian paling ketara dengan anggaran 50,000 kes strok setiap tahun. Kaji selidik juga menunjukkan 80% daripada strok boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup, termasuk tidur yang berkualiti dan intervensi penjagaan kesihatan yang bersesuaian.


Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 melaporkan, individu yang mengalami insomnia mempunyai peluang 30% lebih tinggi berdepan masalah kardiovaskular, termasuk strok. Justeru, tidur yang berkualiti adalah kunci utama bagi memperbaiki dan menjana semula kesihatan badan. Ia juga dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan degeneratif.


AmHope Rehab Center



Mr Lew Mun Yee - Pengasas dan Presiden AmLife


Pengasas dan Presiden AmLife, Lew Mun Yee berkata, AmLife telah membantu ramai orang menjana semula kesihatan mereka sejak berdekad yang lalu melalui pendidikan kesihatan tidur dan penyelesaian penjagaan kesihatan.

 “Sepanjang tempoh ini, kami mendapati  gangguan tidur boleh menjejaskan 
kesihatan kardiovaskular, seterusnya meningkatkan risiko strok. Strok bukan 
sahaja masalah individu, tetapi ia juga masalah yang boleh menjejaskan 
ahli keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Bersempena dengan ulang tahun 
ke-10 AmLife, kami telah melabur RM1.4 juta bagi menubuhkan 
AmHope - sebuah pusat pemulihan dan regeneratif yang dibina bagi membantu 
warga emas mengatasi cabaran strok dan isu kesihatan fizikal yang lain.” 


Profesor Madya Dr. Khoo Ching Soong - Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia


Menurut Profesor Madya Dr. Khoo Ching Soong dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, tahap pemulihan strok bagi setiap individu adalah berbeza. Justeru, tempoh 90 hari pertama selepas strok adalah tempoh masa yang amat penting. Dalam tempoh beberapa bulan pertama selepas strok, pesakit memerlukan pemulihan yang intensif untuk membantu memulihkan atau meningkatkan pertuturan motorik, fungsi kognitif, perubahan gaya hidup, serta sokongan kesihatan mental bagi membantu meningkatkan tahap pemulihan strok mereka.

“Kami mempunyai pelbagai kaedah untuk mempercepatkan pemulihan 
strok pesakit. Selain terapi pemulihan dan senaman,  alternatif lain bagi membantu 
pemulihan pesakit strok termasuk rangsangan magnetik transkranial berulang (rTMS), 
yang merupakan prosedur perubatan bukan invasif, yang berpotensi meningkatkan 
motor dan fungsi kognitif pesakit selepas mengalami strok,”

Walaupun strok dilihat memberi kesan yang amat negatif, tetapi ia tidak semestinya menjadi pengakhiran kepada pesakit. Menurut Persatuan Strok Amerika, kira-kira 10% daripada pesakit strok pulih sepenuhnya, dengan 25% pulih dengan kesan kecacatan yang sangat minimum. Kes bagi pesakit yang pulih dari strok juga terus meningkat dari masa ke masa dengan pengunaan rawatan pemulihan bersasar yang intensif. Rawatan pemulihan ini juga boleh dilakukan walaupun selepas beberapa tahun mengalami strok. Peraturan pemulihan berkadar juga melaporkan, secara purata, pesakit boleh mendapatkan semula kira-kira 70% (+/-15%) daripada fungsi yang hilang dalam tempoh 3-6 bulan selepas strok.

Kekal aktif juga merupakan salah satu amalan yang berkesan. Kajian menunjukkan lebih 16,000 lelaki yang mempunyai tahap kecergasan kardiorespiratori yang lebih tinggi  mempunyai 68% risiko lebih rendah mengalami strok dan kematian berbanding mereka yang mempunyai tahap kecergasan yang rendah.

Dr. Choo Hao Jian - Pengarah Penjagaan Warga Emas di AmHope


Pengarah Penjagaan Warga Emas di AmHope, Dr. Choo Hao Jian menasihatkan, bagi mencegah penyakit tidak berjangkit terutamanya strok, amalan seperti kekal aktif dan mempunyai senaman yang teratur amat bermanfaat. Beliau yang juga Pakar Perubatan Regeneratif dan Kesihatan Geriatrik berkata, kekal aktif dengan mengamalkan penjagaan kesihatan yang konsisten banyak membantu mencegah pelbagai masalah kardiovaskular dan strok. Ini termasuk mereka yang pulih daripada strok atau mengalami kecederaan sebelum ini. Justeru, rawatan fisioterapi dan pemulihan adalah penting bagi membantu mereka mendapatkan semula fungsi mobiliti dan kembali kepada gaya hidup yang normal dan aktif.



AmLife Lancarkan CSR Bantuan Kepada Pesakit Strok


Untuk makluman, tempoh 90 hari selepas mengalami strok adalah tempoh kritikal bagi pemulihan otak. Justeru,  proses pemulihan sepanjang tempoh ini amat penting bagi meningkatkan peluang pemulihan secara menyeluruh. Malangnya, ramai pesakit strok terlepas peluang ini akibat kekangan kewangan sehingga menyebabkan kecacatan fizikal yang berkekalan. Bagi menangani isu ini, AmLife telah menawarkan bantuan kewangan bagi membantu pesakit strok yang menghadapi cabaran ini. 



Pesakit yang menunjukkan laporan perubatan hospital selepas strok boleh menerima rawatan fisioterapi pada harga RM30 sahaja bagi setiap sesi (harga pasaran adalah RM150 setiap sesi). Potongan harga sebanyak 80% ini juga termasuk peralatan dan rawatan berfungsi tinggi di pusat tersebut. Tujuan utama penubuhan AmHope adalah bagi mebantu meringankan beban pesakit agar mereka mampu mendapatkan rawatan kesihatan yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.  Manakala kos rawatan mereka akan digunakan bagi membiayai rawatan untuk golongan yang tidak mampu, sekaligus menjadikan AmHope sebuah pusat penmulihan yang berkonsepkan amal.


Teknologi Canggih Terapi Hidrogen Berpotensi Tinggi


Fakta juga menunjukkan pesakit strok yang sembuh berkemungkinan besar akan mengalami strok kedua dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas pemulihan pertama mereka. Justeru, AmHope menawarkan teknologi canggih dalam bentuk HPHT (Terapi Hidrogen Berpotensi Tinggi) untuk membantu mengurangkan atau mencegah kemungkinan mengalami strok kedua. Selain itu, Terapi Oksigen Hiperbarik juga dapat mempercepatkan proses penyembuhan, termasuk kecederaan kronik (termasuk otak). Pesakit juga boleh menerima rawatan daripada mesin yang diimport dari Jepun yang dipatenkan oleh AmLife – iaitu Terapi Berpotensi Elektrik yang mampu mengecas semula keupayaan regeneratif dan kardiovaskular pesakit ketika mereka sedang berehat atau tidur. Terapi ini sangat sesuai untuk pesakit strok yang tidak dapat bergerak.




Pengangkutan Khas Membawa Pesakit


Buat masa ini, AmLife juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan khas untuk membawa pesakit. Perkhidmatan pengangkutan ini diwujudkan bagi membantu pesakit yang menghadapi masalah pengangkutan, dengan bayaran hanya RM1/km. Dalam masa terdekat, AmHope juga akan melancarkan trak mudah alih yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan pemulihan yang akan memberi khidmat rawatan kepada komuniti tempatan,” kata Lew.


Mr Lew Mun Yee berharap penubuhan AmHope ini dapat membantu golongan warga emas menjalani kehidupan yang lebih baik dan berkualiti. AmHope akan menjadi pusat pemulihan utama bagi pesakit strok dan memberi harapan pemulihan yang tinggi bagi mereka yang menghidap penyakit ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amlife.com.my.




Post a Comment

0 Comments