GV Ride Syarikat E-Hailing Tempatan Terbaru Bakal Dilancarkan

GV Ride Syarikat E-Hailing Tempatan Terbaru Bakal Dilancarkan | Assalamualaikum semua.. Wah, negara kita bakal dimeriahkan dengan satu lagi syarikat e-hailing yang bakal dilancarkan hujung tahun ini. Syarikat yang diberi nama GV Ride ini merupakan syarikat e-hailing tempatan dan menjadi salah satu daripada 30 syarikat yang berdaftar dengan APAD serta komited untuk menjaga operasi, manfaat dan keuntungan dalam Malaysia.



Pengenalan Mengenai GV Ride


GV Ride, satu nama baru yang bakal meniti dari bibir ke bibir akan datang dan pasti semua nak tahu mengenai GV Ride ni kan. Ok, di sini sis akan kongsikan serba sedikit info yang sis dapat masa sessi bersama media. Soalan pertama yang muncul dibenak sis adalah apa maksud GV tu? Apa yang diberitahu maksud GV tu adalah Green Vision di mana syarikat ini merupakan syarikat mesra alam.

Ditubuhkan pada tahun 2023, GV Ride menawarkan solusi tempahan yang mesra bajet dan direka untuk memenuhi keperluan pemandu dan penumpang. GV Ride juga memastikan perkhidmatan yang lebih baik dengan sentiasa mendengar maklum balas daripada pemandu dan penumpang sebagai keutamaan nombor satu mereka. Buat masa ni fokus GV Ride adalah pada kawasan Lembah Klang, tanpa tergesa-gesa untuk meliputi seluruh Malaysia.



Apa yang menarik Mengenai GV Ride


GV Ride merupakan syarikat e-hailing yang inovatif dan disesuaikan dengan keperluan hari ini. Antara ciri yang ditawarkan oleh GV Ride adalah rundingan harga unik yang membolehkan penumpang menetapkan tambang pilihan mereka, dan jika pemandu bersetuju, barulah perjalanan disahkan. 

Penumpang boleh memilih pemandu mereka, menjejaki lokasi mereka, mendapatkan anggaran masa ketibaan, dan menggunakan pelbagai kaedah pembayaran. Tambahan pula, penumpang mempunyai pilihan untuk memilih kereta. 

Untuk pengetahuan korang, GV Ride juga merancang untuk memperkenalkan kereta elektrik pada akhir tahun 2024 untuk kegunaan individu, pemandu, dan penumpang. Ya, pemandu juga boleh menyewa kereta elektrik ini untuk GV Ride.


Tambang dan Kadar Harga GV Ride


Bila sebut pasal syarikat e-hailing ni benda pertama yang kita akan tertanya-tanya mesti mengenai tambang dan kadar harga kan. GV Ride menyediakan sistem yang fleksibel untuk kedua-dua pemandu dan penumpang, menggunakan sistem bidaan. Kadar pemandu minimum bermula dari RM1.25/km.  Untuk pra-pelancaran, GV Ride menawarkan bonus untuk pick-up lebih dari 5km jauh. Kadar komisen GV Ride pula adalah jauh lebih rendah daripada mana-mana syarikat e-hailing di Malaysia.



Aplikasi GV Ride

Setiap syarikat e-Hailing perlu mempunyai aplikasi yang Up-To-Date dan mesra pelanggan. Untuk mempercepatkan proses GOLIVE, GV Ride telah membeli aplikasi white label yang sedia ada di pasaran dan telah membuat penambahbaikan terutamanya penambahan fungsi Al yang menelan modal yang amat tinggi. Penambahan ciri Al ini akan mengurangkan isu Pemandu tidak dapat Penumpang atau Penumpang tidak dapat Pemandu.

Seperti apliksai lain yang yang masuk kepasaran kebiasaannya akan ada masalah system yang akan di perbaiki pada awalan selepas pelancaran, System GV Ride telah melalui proses QA selama beberapa bulan sebelum GOLIVE. Oleh itu Pemandu tidak perlu risau tentang isu masalah aplikasi hanya perlu fokus kepada penjanaan pendapatan. Dari masa ke semasa GV Ride akan menambah baik fungsi Al yang akan membantu kurangkankan masa perjalanan, menigkatkan pendapatan dan juga fokus kapada keselamatan.

Persaingan Dengan Syarikat e-Hailing Sedia Ada


GV Ride berharap kehadiran syarikat ini  akan menjadi kawan baru kepada masyarakat, menyediakan sistem yang disukai oleh pemandu dan penumpan dan juga menyediakan platform perkhidmatan pelanggan yang berkesan dan berkualiti. Jadi kita sebagai pengguna boleh la mencuba dan memberi sokongan kepada perkhidmatan yang diberikan oleh GV Ride.


Oh ya, ada sesiapa yang ingin menjadi pemandu GV Ride? kalau ada, boleh la mula mendaftar melalui aplikasi GV Ride. Pihak GV Ride akan menyediakan EVP untuk pemandu sebelum akaun dalam talian mereka diaktifkan tau. Manakala untuk pengguna pula, sempena pra-pelancaran nanti pihak GV Ride akan menyediakan kod promo dan baucar.

Untuk info lanjut boleh layari :



Post a Comment

0 Comments