Nikmati Sajian PEDAS Membakar Selera Di Table Talk @ Dorsett Hartamas Kuala Lumpur | Assalamualaikum semua... Fuhhh, nikmat apa yang perlu didustakan apabila dapat menikmati hidangan yang pedas dan cukup rasa. Yeah, sis baru sahaja dapat merasai hidangan lauk pauk yang pedas tetapi sedap di Table Talk, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur. Alang-alang sis dah rasa tu, of course la sis akan kongsikan juga dengan korang juga.
PEDAS @ Table Talk
Untuk pengetahuan korang, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur kini menawarkan pelbagai sajian yang pedas dan enak hasil dari air tangan Chef Ahmad. Hidangan PEDAS yang disediakan adalah gabungan rempah ratus pasti akan merangsang deria rasa dan membakar selera kita. Walaupun pedas tapi tetap rasa nak suap lagi dan lagi.. So, buat penggemar makanan yang pedas korang wajib cuba tau.
Menu PEDAS @ Table Talk
Ha, nak tahu tak apa menu-menu yang ada?? Ok, ni antara menu yang sis dah cuba dan sis sertakan juga senarai menu beserta harga yang korang boleh order di Table Talk @ Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
MASAK LEMAK CILI API (Beef)
Yellow coconut gravy. Made with vegetables, homemade chilli paste,
lemongrass, turmeric & coconut milk
SAMBAL PETAI (Prawn)
Homemade red chilli paste. Made with vegetables, onion & garlic
ASAM PEDAS (Spanish Mackerel)
Spicy sour base. Made with okra, homemade chilli paste,
tamarind, citrus leaf, leaf, lemongrass, ginger & garlic
Promosi Istimewa Dengan Kod Diskaun
Guyss.. sebagai tanda penghargaan dan juga kasih sayang untuk korang sebagai pembaca setia blog sis, dengan ini sis nak kongsikan Promosi Istimewa Dengan Kod Diskaun khas untuk korang yang datang menikmati sajian Pedas di Table Talk Dorsett Hartamas Kuala Lumpur
Kod Diskaun
PEDASDIKBEE
*diskaun 20% bagi jumlah keseluruhan bil PEDAS*
Waktu Operasi :
Setiap Hari
11am hingga 6pm
(Dine-In atau Take-Away)
So, bagi korang yang ingin menikmati sajian PEDAS di Table Talk, Dorsett Hartamas Kuala Lumpur boleh la membuat tempahan melalui talian 03-6209 8888
0 Comments